Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali pada Sabtu men'tweet' bahawa beliau mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor.
"Kita harus menyokong Khalid untuk kekal.
"Fokus saya kini adalah menjadi Ahli Parlimen yang efektif," kata Azmin dalam laman Twitternya.
Beberapa hari selepas berakhirnya Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) Ahad lalu yang menyaksikan Pakatan Rakyat berjaya mempertahankan negeri Selangor, Azmin berkata menteri besar yang baru tidak perlu 'pak turut' yang menyebabkan dirinya dipimpin oleh orang lain.
Gelaran 'pak turut' itu nampaknya dikaitkan secara tidak langsung dengan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah diberi sokongan oleh DAP dan PAS untuk mengekalkan jawatan Menteri Besar.
Pada sidang media Jumaat lalu, Azmin tanpa berselindung menyalahkan Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana menghantar senarai calon Menteri Besar kepada Istana Selangor pada Khamis tanpa mendapat persetujuan dan konsensus barisan kepimpinan PKR Selangor, termasuk beliau.
Azmin turut mempertahankan diri daripada dikatakan kemaruk jawatan Menteri Besar kerana beliau telah menolak tawaran pada ketika itu bagi mengelakkan masalah perpecahan dan kestabilan dalam PKR.
Sejak beberapa hari lalu, Azmin menimbulkan banyak persoalan apabila membuat beberapa kenyataan dalam Twitter yang dilihat mengkritik kepimpinan tertinggi PKR. -mstar
Ulasan GB
Sejak timbul "krisis" diantara Azmin yang dikatakan hendak menuntut kerusi MB Selangor, pihak UMNO cukup gembira dan beberapa blogger pro-UMNO telah mengambil kesempatan di atas isu berkenaan untuk menangguk di air keruh.
Mujurlah "kematangan" Azmin mengatasi nafsunya, dan akhirnya beliau akur bahawa rakyat Selangor berkehendakkan Tan Sri Khalid sebagai MB Selangor.
Semuga Selangor terus maju dan berjaya di bawah panji-panji PAKATAN RAKYAT.
saya sokong TSKI sbg MB. minta dpt ler sabsidi letrik plak...
BalasPadamSYABAS AZMIN ,MOGA KEMATANGAN ANDA MEMBAWA BERKAT PADA SEMUA !
BalasPadamPentadbiran di Selangor TERbukti TERbaikkkkkkkkkkkkkk !Hidup rakyat Selangor. TSK bangunkan semua rakyat jangan kira parti, jangan jadi tongong macam MB Ganu !
BalasPadamSyabas pakatan. Isu azmin ini sengaja dibangkitkan oleh jentera strategik pkr supaya umno gembira dan sekaligus menenggelamkan sendiri isu tsunami cina yg mereka cipta sendiri. Akhirnya mereke tertipu. Hahahaha.
BalasPadamUmno kempunan negeri yg diidam idamkannya dan visi utama utk merampasnya terlopong.Rindu benar akan lagu perang saraf BN Sayangi Selangor utk didengari semula.Semua Perang Saraf dan Propaganda tak laku dan tidak mendatangkan apa apa keuntungan kepadanya,Tidak Pulang Modal.Meniaga Rugi sampai kedai pun tergadai.
BalasPadamJagalah Selangor Bersama PR untuk selamanya sehingga Teraju Negara Bertukar Tangan Kpd PR.
jangan jadi macam orang umno yang semakin berperangai kebudak budakan...... umno ni bodoh tidak faham signal mengapa diorang ditolak..... tahniah azmin Ali anda matang dlm berpolitik......
BalasPadamCUMA SEBAGAI PENGUNDI PAKATAN RAKYAT DAN PKR PARLIMEN BATU @ TIAN CHUA, AKU AMAT BERHARAP AGAR AZMIN TIDAK 'LEBIH SUDU DARIPADA KUAH" SERTA "MEMBUKA PEKUNG DI DADA" DAN "MENGHADIAHKAN PELURU HIDUP KEPADA BN" PADA MASA YANG AKAN DATANG. JANGANLAH KERANA TAK DAPAT APA YANG DIIMPIKAN, "HABIS JAMBATAN HENDAK DIBAKAR", ATAU "KERANA NYAMUK SEEKOR, KELAMBU DIBAKAR".
BalasPadamAZMIN KENA INGAT, "MEMBERI PELURU HIDUP PADA BN" DALAM APA JUA KEADAAN, BERMAKNA ANDA SEBENARNYA "GUNTING DALAM LIPATAN" DAN "MUSUH DALAM SELIMUT". JADI NASIHAT UNTUK "AZMIN, DAN BEGITU JUGA DENGAN ZURAIDA SERTA 11 ANGGOTA YANG BERKENAAN", BERKHIDMATLAH UNTUK RAKYAT DAN BUKAN BERKHIDMAT UNTUK PANGKAT!
Tahniah Azmin !!!!
BalasPadamIni adalah suatu ujian dan cabaran genting untuk melatih mengawal nafsu emosi, dan apalah jawatan Mentri Besar jika Azmin layak dan berwibawa untuk Jawatan Perdana Menteri kelak.
Tak perlu mengikut jejak langkah si Bahalol yang dulunya Mentri Besar dan kini Bacul.
Think BIG, Azmin is BIGGER!
Azmin yang diceritakan oleh rakan yang kenalrapat adalah orang teliti dan tekun dgn kerjanya.Mungkin Azmin perlu lebih berhati2 dgn kata2nya supaya tidak digunapakai sebagai senjata utk menyerang PR khususnya Keadilan.
BalasPadamTeman setuju bebenor dengan Pak Ya 223 : Apa jua masalah hendaklah diselesaikan secara dalaman; tak kan tak ada ruang rundingan; hantammmm cukup2 tak apa sebab bertarung dalam rumah sendiri dah tu guna peluru plastik !Hidup Pak Ya !
BalasPadamSaya sokong 100 persen Tan Khalid Ibrahim kekal menerajui Negeri Selangor yang kaya raya , semoga Allah memberkati MB Selangor
BalasPadamBerita terkini diberitakan asang ali sedang menghantuk2 kepala krna tak di pilih jadi mb krna beliau adalh murSHITdol jati tak jati2
BalasPadamSaya rasa azmin ni ok, dlm bab ni mungkin dia kecik hati, dia kan tim presiden pkr, tentulah dia rasa perlu bincang atau just infome sblum sesuatu keputusn besar diambil. Mungkin dia pun x nak jwt mb tu, kita jgnlah trrlalu prejudis, cuba selami perasaan org lain sbb pemimpn pin ada perasaan, bukan smpurna, ada setngah cekap buat kerja teknikal tapi kurng dlm interpersonal skill, mcm kes husam pun, ada yg x kita ketahui.
BalasPadamsalute
BalasPadamMEMANG TSKI telah menunjukkan kaliber dan prestasi terbaik, bukan macam MB TEGANU yg nafsu serakah dan menidakkan rakyat ramai, dah tak ada sokongan usahakan lah rakyat menyokong awak kembali, ni nak balas dendam, ingat kita bukan sentiasa berada di atas, dan islam melarang ummat nya berdendam dan zalim terhadap kesusahan rakyat,. doa org yg di zalimi sangat mustajab.
BalasPadamTAHNIAH AZMIN. ANDALAH PEMIMPIN YG MATANG, TAHAN DIUJI. JGN BIARKAN PERJUANGAN SUCI ANDA SELAMA INI DIPERDAYAKAN OLEH UMNO. INGATLAH APA YG UMNO BUAT KPD ANDA SEKELUARGA. INGAT UMNO, INGAT JAHAT.
BalasPadam