BN mula khianati janji turun harga kereta
KUALA LUMPUR, 29 MEI: Belum sampai sebulan mendapat ‘mandat minoriti’, kerajaan Barisan Nasional (BN) mula mengkhianati janji manifesto untuk menurunkan harga kereta antara 20 dan 30 peratus peratus dengan alasan tidak munasabah dan memalukan.
Tembelang BN itu terbongkar dengan sendirinya apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapha Mohamed mengumumkan bahawa penurunan harga kereta hanya akan dilakukan selepas lima tahun, bukannya dalam masa terdekat.
“Pengumuman itu seolah-olah memberitahu rakyat Malaysia bahawa mereka boleh melupakan impian membeli kereta dengan harga lebih murah dalam masa terdekat ini,” kata Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua dalam satu kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, Mustapha juga cuba mengalih perhatian ramai daripada persoalan asal apabila menyatakan penurunan harga kereta akan memberi kesan serius kepada industri yang membabitkan 200,000 peluang pekerjaan dan risiko penutupan perniagaan.
Menolak hujah dangkal Mustapha itu, Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat (PR) berjanji menurunkan semua duti eksais secara berperingkat-peringkat selama lima tahun dan bukan menurunnya secara sekaligus.
“Ia cuma akan membabitkan pengurangan empat hingga lima peratus harga kereta malah kesan terhadap perniagaan kereta terpakai juga sangat sedikit.
Pua menambah, perkara yang lebih memalukan apabila Mustapha seolah-olah memperbodohkan dirinya kerana penurunan harga kereta itu adalah daripada cukai kerajaan dan bukannya pengurangan keuntungan syarikat penjualan kereta.
“Pengurangan cukai kereta akan meningkatkan pendapatan boleh guna yang sebenarnya oleh rakyat Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi dalam sektor lain,” jelasnya.-Roketkini
BN memang celaka lagi mencelakakan.Ambil komisyen,songlap duit lembu,bagi tanah keretapi, tiada kajian dan tidak memalukan pula.Media tidak bebas,hutang negara tinggi,Polis & Spr diperkudakan.Apa yang boleh diharap dan dibanggakan lagi dari minoriti haram ni selain menyusahkan rakyat dan memporakperandakan keharmonian kaum.
BalasPadamYang masih totok dengan UMNO/BN akan merasa kesilapan yang sudah dibuat.Bukan sahaja janji-janji manifesto tidak akan dilaksanakan malah harga barang dan minyak petrol akan naik sebab Najib dah sakan menggunakan dana untuk PRU ke13.Kalau yang belum angkat sumpah diDewan Negara boleh diangkat jadi menteri,melanggar Perlembagaan Negara,ada apa pada janji-janji PRU ke13.Tak percaya! Tunggu!!!
BalasPadamSelepas melihat temuramah Ajib Gor dengan TV Al-Ajeera, rumusannya ialah semua Melayu dalam UMNO memang bersifat biawak, lidah bercabang atau bersifat munafik.
BalasPadamYang hairan ialah masih ramai yang mempercayai UMNO. Kalaulah ahli UMNO saja yang mempercayai UMNO, oklah. Ini yang bukan UMNO ni, awat yang tidak cerdik langsung. Nafsu mengatasi akal. Kesian.
Malaysia Boleh. Boleh segala-galanya. Yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan. Yang salah disanjung tinggi dan yang benar dipenjarakan (diremankan).
POLIS DI RAJAH MALAYSIA .... sesuai dengan satu ungkapan peribahasa yang ada kaitannya dengan sejenis binatang. Bila lagi nak reman bekas hakim yang mengeluarkan kenyataan menghasut? Jangan ingat POLIS saja yang mengaji sampai universiti, dah ramai anak muda yang berada di menara ganding. Jadi berfikir secara penaakulan dah jadi kebiasaan. Entah-entah POLIS DI RAJAH MALAYSIA masih ... atau memang sengaja ... jadi OKU.
Ingat kata-kata orang tua aku dulu ... POLIS = SAMSENG BERLESEN. Banyak mulutnya dan tak boleh dipercayai. Sesiapa yang pernah berurusan dengan POLIS akan faham apa yang aku maksudkan. TAHNIAH. MALAYSIA BOLEH.
Modal untuk suap kemulut rakyat semasa berkempen PRU14, maka ketika itu rakyat yang benggong terutama yang disaluran warga emas akan memuji UMNO bagus kerana turunkan harga kereta untuk rakyat, tetapi jenis harga kereta yang diturunkan bukannya harga mampu untuk rakyat sebaliknya hanya untuk orang kaya sepertimana harga minyak yang diturunkan baru-baru ini ,berapa ramaikah rakyat yang berpendapatan sederhana yang mengunakan minyak petrol Ron97 ? kenapa tidak diturunkan minyak yang beronkan 95 yang keseluruhan pengunanya adalah rakyat ramai, nampak sangat UMNO penipu,yang mana barang dan keperluan rakyat ramai itulah yang dilihat oleh UMNO berpotensi untuk menaikan harga dengan berbagai alasan,lihatlah nanti semua apa yang ditangguhkan oleh keparat UMNO akan dilaksanakan dalam masa lima tahun ini, bila hampir PRU14 ,akan ditangguhkan bagitulah keadaan seterusnya,diKedah misalnya Exco gatal telah mula mencadangkan untuk menguatkuasakan AES, tidakkah itu menampakkan bagaimana gilanya untuk memberi tender bekala kemera kepada kroni.
BalasPadamJanji manifesto sekadar janji toto, logiknya bila cukai kereta turun dah tentulah ramai yang mampu guna proton dan kancil..
BalasPadammaster kena tunggu lg la kalau nk beli kereta. pakcik master baru tau cukai kereta 70%, tapi dia bg hujah org x beli proton lak. adui la, bukan sume org mampu nk beli kereta import. kancil tu pun org beli sebab murah, padahal byk kelemahan. pastu dia bg hujah nnt ramai la org guja kereta. hadoila, kalau ada pilihan lain, org malas nak drive, masalahnya xde pilihan.
BalasPadamHarga kereta yang turun proton dan perodua je la.. macam sebelum ni... bagi la nama proton rakyat.. esok ada pula perodua rakyat.. spesifikasi kosong.. nak murah la katakan. Nah kau... tak payah ikut spesifikasi euro ke apa ke.. janji turun harga.. janji ada kereta murah.. janji dicapati... si totok pun sorak sakan lah.
BalasPadamsusah dah nak cuci kalu dah berkukubang dlm telaga taik..nak tak nak terpaksa telanlah juga ulat taik.cari lah formula manapun untuk bersihkan..tak akan jadi cuci. 1 cara je ada bakar api biar jadi abu kemdian kambus dlm tanah baru lah tak merebak bau nya.tp payahlah sbb masih ramai lg yg suka dan percaya pada tong2 taik.
BalasPadamTahniah kepada semua pengundi-pengundi BN. semuga anda puas hati dengan segala janji yang akan dicepati ...tapi tunggguuuuu.....
BalasPadamSaya dan berjuta lagi rakyat akan mendakwa anda dan menuntut anda bertanggungjawab atas segala kerosakan dan ketidakadilan yang akan berlaku ...di hari Akhirat. di Mahkamah Yaumil Mahsyar