Pemuda PAS Johor semalam membuat laporan polis ke atas penemuan beberapa kertas undi dari kawasan DUN Nusa Jaya dalam satu peti undi dari kawasan berlainan.
Yang Dipertua PAS Kluang, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, seorang ejen pengiraan undi PAS untuk kawasan DUN Mahkota telah menemui perkara itu ketika penjumlahan dijalankan untuk pengundian awal pada 5 Mei.
Khairul Faizi, yang membuat laporan di balai polis Kluang berkata para ejen mengesan perkara itu apabila mendapati nama calon PAS untuk Nusa Jaya, Salahuddin Ayub tertera di kertas undi tersebut.
Mahkota terletak dalam kawasan parlimen Kluang manakala Nusa Jaya terletak dalam kawasan parlimen Gelang Patah.
Katanya, ejen terbabit mengemukakan bantahan kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan menuntut agar undi tersebut dikira untuk kerusi Nusa Jaya.
Namun, SPR menganggap undi berkenaan sebagai undi rosak, katanya.
“Kami merujuk peguam dan memutuskan untuk membuat laporan polis kerana mengesyaki peti undi untuk pengundian awal bagi Mahkot, yang dimaterai dan ditempatkan di balai polis, mungkin telah diusik,” katanya.
Beliau menambah, ejen pengiraan berkenaan bagaimanapun tidak melihat sama ada kertas undi tersebut memihak kepada Salahuddin, yang tewas di kerusi Nusa Jaya kepada calon BN Zaini Bakar dengan 2,201 undi.
kantoi lagi !
BalasPadamSpr oh spr
BalasPadamBiarkanlah. Cuma kita nak tanya apakah hukum memakan hasil bulanan selama 5 tahun dari sumber penipuan atas rezeki orang lain. Kalau yang terima tu orang Islam, bawalah untuk diberi makan anak isteri dan ibu bapa. Lepas ni minta ampun dgn Allah. Tapi dosa dgn pengundi bagaimana? Berseronoklah sebelum masuk liang lahad.
BalasPadamSPR pandai menipu, tapi mulut tempayan. Teruskan membongkar segala penipuan mereka. Polis jangan nak pilih bulu dalam kes ini dan jangan cemarkan motto "Tegas, Adil dan Berhemah" anda.
BalasPadamKalau betul seperti apa yang laporkan itu , mohon dan munajat pada ALLAH , biarlah yang terlibat itu cepat2 taubat kerana telah bermimpi dihumbankan kedalam neraka di akhirat dan didunia mulut dan tangan serta kakinya cacat ..............
BalasPadamSPR= Selalu
BalasPadamPembohong
Rakyat
Semoga segala pmbohongan akan terbongkar satu demi satu dgn izin Allah dn mengubah sejarah ke arah Msia yg lebih makmur dan berkah.amin.,