4 Mei 2013

Kezaliman Yang Tiada Taranya: Mejar Zaidi Ditukarkan Kerana Buat Laporan Polis


Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun, beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga Isnin, 6 Mei minggu depan ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.

“Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya,” katanya dipetik Harakah Daily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut, malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas, Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila dibasuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu.

Ulasan GB

Ditukarkan serta-merta hanya semata-mata membuat laporan polis untuk mendedahkan kebenaran dan untuk mendapatkan keadilan!

Kezaliman apakah yang menimpa ke atas Mejar Zaidi ini?

Beliau wajar menerima bantuan guaman daripada Pakatan Rakyat untuk menyaman semula pihak TUDM dan Kerajaan Malaysia terhadap penganiayaan yang berlaku ke atas dirinya.

Dan kepada Mejar Zaidi, diharap dapat bersabar, hukum kebenaran dan keadilan akan berpihak kepada tuan akhirnya nanti.

33 ulasan:

  1. Aku setuju, saman tldm dan kerajaan malaysia. apa jenis bangsa melayu umno, perangai dan mentaliti macam yahudi, pendedahan kemungkaran didapati bersalah.

    BalasPadam
  2. Hukum dunia dia bleh buat tp ingatla nanti hukum padang mahsyar ikv apa yg dia buat kat dunia ni, ketawa gembira la skrg janji ALLAH tak pernah bohong

    BalasPadam
  3. Jangan risau Mejar, rezeki itu ketentuan ALLAH. Di Izinkan ALLAH PR menang di PUTRAJAYA, posisi Lef. Kolonel tetap milik anda.

    Itulah namanya pejuang BERANI KERANA BENAR, TAHNIAH.

    BalasPadam
  4. memang ini kalilah BEnd memerintah utk kali terakhir...zalim sangat aaa....

    BalasPadam
  5. Tahniah! Ini baru perajurit yang pertahan negara, bukan jenis jual negara

    BalasPadam
  6. sabar dan banyak berdoa...kerana doa org yg dizalimi tiada hijab..InsyAllah

    BalasPadam
  7. Tak pa 7hb nanti hang akan ditukar semula ke B'worth serta dinaikkan pangkat.

    BalasPadam
  8. Saya adalah seorang bekas Tentera, Saya berhenti awal ialah disebabkan tidak berpuashati dengan Pegawai Atasan yg bergelar Panglima, tapi panglima Betina tidak berani, penakut. Tidak langsung berani mempertahankan orang bawahan bagaimana mungkin terjadi Panglima ini hendak mempertahan Tanah air yang tercinta ini. Saya mengucapkan syabas kepada Mejar Zaidi dan keluarga kerana berani memperjuangkan hak dan anda akan dibela bila PR memerintah pada 7 Mei ini Insya4JJ1

    BalasPadam
  9. Sy doakan Mejar Zaidi dan keluarga dibawah rahmat dan lindungan Allah SWT. Insyallah Mejar PR menang kita lihat siapa yg kena. X Army

    BalasPadam
  10. Tahniah Mejar, berani kerana benar.Memang trend gomen jadi kuku besi tak suka tukar.

    Dek kerana pengampu penuh menguasai kepala orang gomen, tukar amat digeruni, hilang punca duit rasuah, hilang kuasa bila tiada peranan jadi tali barut.

    Orang gomen dah tak takut hilang berkat padahal tukar kat mana pun gaji dibayar sampai mampus.

    Tunjuk berani macam ni baru menteri pakat kecut.

    Satu mejar kena tukar, beribu2 semangat mejar dengan kerusi bangkit.

    Ini kalilah kita ubah.

    BalasPadam
  11. Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.4-135

    BalasPadam
  12. Tahniah Mej diatas keberanian & cabaran yg diterima. Pejuang Islam tak berhenti memberi tekanan berbagai cara. Cuma kita berserah pd Allah diatas kezaliaman itu. Saya 708714 PW ( U ) 1 ( B) Jamaluddin bin Chik. N/A PAS 449449. Ex 12 & 15 Skn. Tahniah Tuan.

    BalasPadam
  13. yes kebenaran perlu di tegakkan..apa apa pun 6 haribulan dah tukar kerajaan.. sabar wahai sahabatku

    BalasPadam
  14. BANGSAT PUNYA ORANG POLITIK! Berani sungguh mereka mempermainkan perajurit negara! Kenapa panglima panglima yang sepatutnya melindungi perajurit kita sebaliknya memusnahkan mereka? Mereka ini rupanya panglima penderhaka!
    Mereka ini perlu diajar!
    Hidup Mejar Zaidi! Tuan akan dapat kembali hak Tuan selepas 5 mei nanti! HIDUP MALAYSIA, UBAH!! INI KALILAH!

    BalasPadam
  15. Ini baru di panggil berani mati, berani menegak yg benar. Insyallah Allah bersama orang2 yg sabar. Agi idup agi ghelaban.

    BalasPadam
  16. Sabar doa orng teraniaya akan allah makbulkan, ins sya allah

    BalasPadam
  17. FAKTA YG MENGEJUTKAN!! Harus semua ambil iktibar... SEBAB2 KENAPA PENJARA PUDU DITUTUP??!! Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...  Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.Dinamakan "BILIK TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung..Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali Kesalahan mereka yang lalu.  Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara2 sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut.Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula.Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara2 yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu.  Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.  Sedang ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.  Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu? Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik Terakhir itu.Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar menjadi pintu gua.  Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan kambing tadi.  Apabila sampai je ke dalam gua tersebut alangkah terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa ""Ahmad Albab yang punyaaaaaa" Ha Ha Ha Ha Ha "Yaaaaaaa, Ahmad Albab yang punyaaaaaa ... "Tahniah kerana minat membaca.p/s:-aku pun terkena, so apa salahnya foward & share dengan kawan2 lain pulak..! hahaha...atsixty di 8:30 AM

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok..terkena..ptong mood simpati aku jer kt mejar tu...apepon..dhrap mejar sabar..tingat komen lim guan eng..dia x pnh regret bntu prmpuan melayu yg kena aniaya dulu..sbb dia kta if x tolong..prsaan bersalah tu akan menghantui spjgn hidup dia..so at least mejar x perlu rs bersalah seumo idup krn sembunyikan kebenaran.

      Padam
  18. Tabik mejar zaidi. Anda mmg berani.

    BalasPadam
  19. Masya ALLAH !!!!!

    Apa pun , Tahniah Mejar Zaidi !!!!!

    Berani Kerana Benar , Rezeki ALLAH yang punyea dan jangan risau....

    Ada rezeki , Mejar Zaidi boleh ambil tugas Politikal Secretary Menteri Pertahanan dalam Pakatan Rakyat di bawah General Hashim , ketahuilah Rezeki Jodoh Hidup Mati kita hanya di tangan ALLAH SWT.

    Esok , mohon nasihat mat rempit di kampong kampong undi Pakatan Rakyat...agar hidup mereka Ber Makna.

    BalasPadam
  20. mati terjelir lidah 10'' lah syaitan2 tu nanti

    BalasPadam
  21. Salam, Tabik hormat kepada Mejar Zaidi dan isteri! Ditukarkan ke KL dan dinafikan kenaikan pangkat tidak mengapa! Itu hanyalah gelaran dan anugerah dunia! Dan semua tu boleh dibeli dan di kawtim! Tetapi apa yang tidak boleh dibeli dari ANDA ialah KEBERANIAN! Hati,jiwa dan sikap berani dan prinsip berani kerana benar yang anda anuti menjadikan anda seorang perajurit yang sebenar! Keberanian anda mengatasi jawatan Panglima! Panglima anda sepatutnya bersyukur punyai pegawai tentera yang berjiwa berani! Semoga akan lahir banyak lagi leftenan,Kapten,Mejar,kolonel dan lain-lain yang berani, kerana Negara Malaysia memerlukan tentera/perajurit yang berani dan jelas fikrahnya untuk mempertahankan negara! Anda adalah perajurit itu! Rezeki ditangan Allah, bukan ditangan Panglima atau Pengampu UMNO dalam tentera! Anda hanya perlu yakin kepada Allah dan saksikan nanti kebesaran dan rahmatnya ke atas mereka yang berani seperti anda! Tabik kepada anda dan isteri!

    BalasPadam
  22. Lama dah aku kata umno ni parti dajal sanggup buat apa saja hatta mnbunuh sekalipun krn gila n tamak kuasa.

    BalasPadam
  23. Jika setiap penyokong PR memberi atau menderma kelapa beliau RM 1 sahaja atau RM 10. Major Zaidi boleh keluar dari kerjanya dan menjadi seorang Jutawan. Apa kata kita semua setuju. Dapatkan A/C Bank bro, Takbir.

    BalasPadam
  24. Bismillahirrohmanirrohim. Allahummasolliwasalim ala saiyidina muhammadin wa ala alihi saiyidina wamaulana muhammad. Alhamdulillahirrobbil alamin hamdan hamidin hamdan syakirin hamdan yuwafi nikmahu wayukafi mazidah ya robbana lakalhamdukama yanbaghilijalaliwajhika waadzimi sultonik. Ya Allah ya Tuhan kami, berilah taufik dan hidayahMu pada kami smua ya Allah. Kami mohon pdMu ya Allah, berikanlah ketenangan dan kesabaran pd shbt kami ini sklrga ya Allah. Sesungguhnya kami akur bhw kehidupan di atas muka bumi ini adalah smata2 utk mnempuh ujian dan mghrp keredhaanMu. Sesungguhnya Kau lbih mengetahui apa yg kami tidak ketahui. Robbana atina fiddunniya hasanah wa filakhirotihasanah waqina azabannar. Wa sallallahuala saiyidina muhammadin wa ala alihi wa sohbihiwasallim walhamdulillahirrobbil alamin. Taqobbalallohuminkum.

    BalasPadam
  25. salam. support mejer zaidi dgn taruk mukadia d wall atau d fb. KITA SEMUA ADALAH MEJER ZAIDI!!!!!

    BalasPadam
  26. pastikan kita undi pakatan rakyat untuk menyelamatkan mejar tersebut ya.... INI KALILAH.

    BalasPadam
  27. pengikut firaun dulu pun ada yang bangun melawan firaun ini kan pula setakat puak haprak ni.benar tetap benar.

    BalasPadam
  28. Bawakan kes ini terus ke mahkahmah. Insyaallah kami rakyat malaysia akan bantu if you ada masalah kewangan untuk dapat khidmat guaman.

    BalasPadam
  29. tak payah pasang peguam..6Me n pertukaran tu dbatalkan oleh DSAI PM ke 7...Da layak kan? ok 7 Mei nak left. kolonel..tabk Tuan

    BalasPadam
  30. arba,
    Tahniah! Anda memang seorang pejuang...Ayoh rakyat semua esok kta ubah!

    BalasPadam
  31. kami berbangga dgn kebenaran yg ditonjolkan oleh saudara,kami hormat dan tabik kpd saudara sekeluarga serta kawan,berani krn benar

    BalasPadam
  32. Sabar mejar..masa anda akan tiba

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.