8 Mei 2013

Kemenangan Calon Melayu DAP Pecahkan Tembok Perkauman


Momokan perkauman sempit dan jahat Umno Barisan Nasional (BN) terhadap DAP ternyata bohong apabila tiga calon Melayu DAP memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab dan Parlimen Raub, Pahang dan Bukit Bendera, Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Tengku Zulpuri Shah Raja Puji memenangi Dun Mentakab apabila mendapat 7,882 undi menewaskan Chuah Boon Seng (MCA-BN) dengan majoriti 1,554 undi.

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz pula memenangi kerusi Parlimen Raub dengan memperoleh 23,415 undi apabila menewaskan Datuk Hoh Khai Mun (MCA-BN) dengan meajoriti 2,814 undi.

Zairil Khir Johari pula memenangi kerusi Parlimen Bukit Bendera dengan majoriti 12,813 undi apabila mendapat 45,591 undi menewaskan Teh Leong Meng (Gerakan-BN) yang hanya mendapat 12,813 undi.

Biarpun kempen PRU 2013 di Johor dicemari dengan momokan politik perkauman pihak lawan, calon DAP Parlimen Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim mendapat 19,581 undi, peningkatan 8,650 undi berbanding hanya 10,931 pada PRU 2008 lalu.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai berjaya dimenangi calon MCA-BN, Datuk Wee Jeck Seng yang mendapat 25,038 undi.

Keputusan memberangsangkan calon Melayu DAP itu membuktikan DAP semakin diterima baik rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu yang semakin terbuka dan bijak selain momokan perkauman Umno BN tidak berjaya menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, khususnya DAP di seluruh negara.

PRU kali ini menyaksikan BN kehilangan tujuh lagi kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi yang dimenangi pada PRU 2008 lalu.

9 ulasan:

  1. MCA da ke calon Melayu?

    BalasPadam
  2. kalau mca ke mic ke letak calon melayu, kena register balik la sebab nama pun kena tukar.

    BalasPadam

  3. sayang calun melayu dap kat parlimen tg piai kalah juga ditempat majoriti melayu.

    BalasPadam
  4. Aduss...senang betul Melayu ditipu! Melayu mewakilil DAP bukan perkara baru mat oii. Pertengahan 1980an dulu pun ada - kat Ipoh. Tapi, akhirnya dia tahu agenda DAP, dia pun chow larr...serupa jugak dgn Tunku aziz. Kakakaka...senang betul utk kornar org melayu ni!

    BalasPadam
  5. anon 7.57pm, sebenar nya modal umno menipu melayu ialah memperkecikan peranan DAP dalam poitik mlaysia, sebenarnya kalau kita perhati dan perincikan sebenar2 nya DAP telah mengubah dan menjadikan politik malaysia sudah hilang rasis dan perkauman, hanya UMNO saja yg masih melaung2 kan bahawa DAP membawa unsur perkauman, celik ah mata besar2 dan lihat lah realiti, PR telah mengubah senario dan merapatkan jurang perkauman, tidak spt UMNO, MCA, MIC yang masih dlm kepompong mengharapkan kemenangan dengan menjaja sensitiviti negatif terhadap PR. BUKA MATA ANDA.

    BalasPadam
  6. UMNO, MCA, ... masih tak mahu memahami aspirasi rakyat terutama golongan muda. Depa masih hidup di zaman purba dengan sifat perkaumannya yang menebal. Golongan muda mesasarkan kehidupan yang penuh dengan keadilan dan tiada rasuah.
    Dulu hanya orang India Muslim yang mengaku Melayu, sekarang dah ada Cina yang malu menjadi Cina (Tanya Timbalan Presiden Parti Cinta Malaysia). Keputusan pilihan raya yang tidak memihak kepada BN memalukan Cina????? Ini Cina apa ni? Cina paria kot. Sahabat aku, Cina Muslim tak pernah mengaku diri dia Melayu pun. Lupa aku ada satu Cina Muslim yang dah jadi MELAYU .... RIDHUAN TEEEEEE ... ops silap bukan Ridhuan Tee Abdullah tapi Ridhuan bin Mamak Cina. Dari dulu sampai sekarang, pengkhianat ni ada kat mana-mana, bukan pada warna kulit. Hanya yang berfikir secara waras saja mendapat cahaya kebenaran.

    BalasPadam
  7. Alhamdullillah !!!!

    Calon calon DAP Melayu membuktikan rakyat bukan-Melayu telah dan sudah bersatu memilih kebenaran untuk menghapuskan Rasuah , Kronisma , dan Kepimpinan Bahalol oleh Kerajaan Sedia Ada.

    Calon Calon DAP Melayu ini juga membuktikan bahawa Melayu adalah juga Bangsa Yang Menyokong Kebenaran Membencikan Penipuan.

    Janganlah membodohkan Rakyat , jika diri sendiri Bodoh.

    Cukuplah... Seksa kubur amat pedih bagi Penganiaya Rakyat.

    Masya ALLAH !!!

    BalasPadam
  8. Andre irwan...apakah maksud anda kepada Dr Ridhuan Tee sbg pengkhianat?blh bg penjelasan?

    BalasPadam
  9. apabila rakyat tidak lagi memilih kaum sebagai peminpin....itu tandanya parti yg berasaskan perkauman akan lenyap....MCA sudah merasai penangan pengundi cina....yg lain2 tunggu masa saja.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.