29 Mei 2013

Isteri Safwan Berdiri Teguh Dengan Pendirian Suaminya


Suami saya memperjuangkan kebenaran, suami saya bukan pesalah. Semalam kami diserbu oleh 15-20 orang polis di kawasan parking di kediaman. Rasa terkejut diserbu seolah-olah penjenayah dan rasa sedih disebabkan beliau didakwa hari ini atas kesalahan yang tidak beliau lakukan masih tak hilang.

Dalam keadaan mengandung, emosi, mental dan fizikal cukup berat menghadapi dugaan sebegini besar. Turun naik mahkamah, berkejar ke sana sini, bekerja, tak hirau masa makan dan berehat, saya tak mampu berdiri sendiri tanpa sokongan. Hasbunallahu wani'mal wakeel.

"Hari ini suami saya sanggup masuk ke dalam penjara dan menolak sebarang jaminan untuk memprotes kezaliman dan kebatilan yang terus berlaku dalam negara hari ini. Dan saya sanggup berkorban dengan menerima keputusan beliau. Semoga kami terus diberikan kekuatan.

Mohon solidariti malam ini jam 8 di hadapan Penjara Sungai Buloh. Jangan biarkan suami saya keseorangan." Isteri Safwan Anang.

-JANGAN BIARKAN SAFWAN KESEORANGAN-


Safwan Anang enggan diikat jamin



Salah seorang aktivis yang ditahan di bawah Akta Hasutan semalam, Safwan Anang dari Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) enggan diikat jamin.

Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Mohammed Bukhairy Mohammed Sofian, semasa pendengaran perbicaraan, Safwan menyatakan bahawa beliau tetap menjunjung sistem raja berperlembagaan serta menghormati undang-undang dan keputusan mahkamah.

Namun apa yang mendukacitakannya ialah seluruh sistem di negara ini telah menjadi tunggangan untuk kepentingan politik Umno-Barisan Nasional (BN), kata Bukhairy dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Bukhairy, Safwan sempat menyampaikan tiga pesanan penting untuk disampaikan kepada seluruh rakyat Malaysia:

* Penahanan dan dakwaan ini bermotifkan politik. Tindakan saya ini sebagai protes dan memberi signal penolakan terhadap salah guna kuasa untuk kepentingan hayat Umno-BN.
* Tindakan saya juga demi sayangkan negara dan ingin memulihkan demokrasi yang makin tenat.

* Ini juga mesej jelas kepada anak muda bahawa kita benar-benar serius perjuangkan hak kita. Saya di dalam tetapi saya yakin kalian di luar sana tetap akan terus bangkit berjuang lawan penipuan!


Menurut Bukhairy, demi menyelamatkan demokrasi yang kian nazak di Malaysia, Safwan rela untuk terus dikurung di lokap. Safwan juga rela berhadapan dengan polis dan SB sepanjang di dalam lokap nanti.

Tiga lagi aktivis yang ditahan semalam ialah pemimpin ABU (Asal Bukan Umno) Haris Ibrahim, Naib Presiden PKR Tian Chua dan bekas Ahli Parlimen Batu Berendam Mohd Tamrin Abdul Ghafar.

Mereka telah ditangkap untuk siasatan dibawah Akta Hasutan berhubung dakwaan ucapan mereka pada program Malam Anak Bangsa Malaysia pada 13 Mei lalu.

Hari ini kesemua mereka telah dibawa ke mahkamah untuk dibaca pertuduhan. Mereka semua tidak mengaku bersalah dan masing-masing dikenakan ikat jamin sebanyak RM5,000
-FMT

14 ulasan:

  1. Polis hilang kewarasan...tak dpt beza yg betul dan yg salah.

    BalasPadam
  2. Sampaikan salam ayah pada Safwan dan isteri Dan katakan yg mereka tidak sendirian, tapi seluroh pendokong dan penyokongl pakatan berdiri teguh bersama mereka..
    Lawan tetap lawan

    BalasPadam
  3. Sabar puan,..tiap2 yg sbr tentu di bri prtolongan..ALLAH tetap akn membantu puan dn suami puan,..doa org2 yg kena zalim tiada hijab di sisi ALLAH...ALLAH mha melihat apa yg mereka laku kn...bala ALLAH sdg menghampiri mereka...inshallah.

    BalasPadam
  4. Ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country!
    I'll pray for you bro Allahuakbar

    BalasPadam
  5. Memperjuangkan keadilan memang punyai resiko. Tapi percaya lah bahawa kalau majoriti rakyat Malaysia ingin kan keadilan dari para penguasa yang rakus akhir nya pasti ALLAH akan mengkabul kan doa kita semua, dengan syarat jangan lemah,lalai dan leka.

    Buat saudara Safuan dan keluarga tetap dan teguh kan lah "IMAN" dan "PENDIRIAN" kamu dan jangan lupa dan berterusan lah hendak nya kamu sekeluarga bergantung kepada tali ALLAH.Dengan pertolonggan ALLAH pasti kamu dan mereka yang
    memperjuangkan keadilan akan di tunjuki jalan keluar oleh yang Maha Esa.

    BalasPadam
  6. lawan ttp lawan sampai menang...jangan bicara pasal perjuangan jika takut dengan risiko...teguh kan iman mu demi masa depan rakyat yang lebih terjamin!!!

    BalasPadam
  7. Puan,mintak no. akaun.saya ingin buat sedikit sumbangan yang termampu sebagai penghargaan kepada pengorbanan suami/puan

    BalasPadam
  8. Bismillahirahmanirahim. Pihak berkuasa yang mana beragama Islam, berbicaralah dalam hati, apakah tindakan menangkap sebegitu mengikut undang2 atau mengikut perasaan. Jangan kelak bila dah bersara, tiada kuasa dan tiada segala2nya, hanya cacian dan maki hamun menjadi teman semasa tua. Berpada-padalah ketika berkuasa di dunia (cuma di bumi Malaysia yang kecil ini). Allah bagi pinjam sekejap saja.

    BalasPadam
  9. Inilah golongan pemimpin pelapis tulin yang berjuang atas landasan kebenaran.Ujian inilah yang memamtapkan jiwa,meneguhkan semangat tidak patah sekerat jalan.Tahniah.

    BalasPadam
  10. Diharap Safwan bersabar, kebenaran akhirnya membuktikan kita tidak bersalah, kita berjuang atas konsp demokrasi

    BalasPadam
  11. Pemimpinx BN tidak bijak, tidak berfikiran jauh, hanya memikirkan mereka sajalah yang betul Semua rakyat kena ikut kehendaknya. Kalau tak ikut....

    Pendekatan ini tidak akan bertahan.

    BalasPadam
  12. bn baru menang pr13 cara menipu.memang mcm2 dia akan buat.bila dh dekat pr14 nanti,kendurlah nanti.mcm2 bantuan tu ,bantuan ni mrncurah2 mcm air hujan.they are such good actors.

    BalasPadam
  13. Smoga anak2 saya mendapat istri sperti puan,kami doakn smoga prjuagan suami puan bejaya...smoga allah mlindugi suami puan..LAWAN TETAP LAWAN

    BalasPadam
  14. binasalah orang-orang yang suka menghukum orang sebelum waktunya

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.