16 Mei 2013

Himpunan Black505 Bakal Gempur N Sembilan, Kedah, T’ganu & Melaka


Gelombang Black 505 yang menzahirkan suara bantahan rakyat menentang penipuan PRU 13 yang kini telah memcecah kehadiran hampir setengah juta pengunjung akan diteruskan lagi di negeri-negeri Kedah, Terengganu, Melaka dan Negeri Sembilan.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dalam kenyataan medianya berkata mengikut anggaran seramai lebih 400,000 rakyat Malaysia telah menyerti black505 setakat ini (120,000 – Kelana Jaya, 120,000 – Batu Kawan, 60,000 – Ipoh, 60,000 – Kuantan dan 60,000 – Ulu Tiram).

Beliau yang juga MP Pandan berkata semua perhimpunan berjalan dengan aman dan mematuhi arahan PDRM walaupun lokasi perhimpunan berubah di saat akhir.

Katanya beberapa lokasi yang terpaksa di ubah di saat akhir berlaku di Pulau Pinang, Pahang dan Johor. Namun sambutan rakyat amat mengkagumkan.

Lokasi Perhimpunan selanjutnya diadakan di Negeri Sembilan pada hari Jumaat 17 Mei 2013, bertempat di kawasan parkir Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland, Seremban. Orang ramai dinasihatkan hadir awal untuk mengelak kesesakan.

Lokasi seterusnya,Kedah – 21 Mei 2013 (Selasa) , Terengganu- 23 Mei 2013 (Khamis) dan Melaka- 24 Mei 2013 (Jumaat).

“Saya menyeru seberapa ramai rakyat untuk turun menyertai black505 sebagai bantahan terhadap penipuan pilihanraya dan sokongan kepada reformasi pilihanraya yang perlu diadakan segera.” kata Rafizi

7 ulasan:

  1. Saya salute kat mr rafizi dan dsai, tanpa mereka tiada yg mungkin mahu bkerja keras mbela nasib rakyat. Tapi sbenarny timbul juga rasa kasihan trutamanya pada dsai yg lebih berusia. Sama2 la kita doakan kesejahteraan mereka. Kalau ikutkan hati saya nak saja cari bomoh yg paling terer untuk santau pmimpin yg zalim atau tak paya susah2 beli saja senapang atau pistol utk tembak kepala pemimpin yg zalim ...tapi bila fikir panjang, kalau sy lakukn khurafat atau bunuh org..sy sendiri yg rugi. Jadi apa yg saya mampu lakukan cuma bdoa sja, sy pcaya neraka jahanam mnunggu pmimpin yg zalim..Allahuakbar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Btol tu...insyaallah...bnyak2kan berdoa ye


      Plz support my new blog
      Che'en punyer

      Padam
  2. Keep it up guys...with all my respect and gratitude....Nancy

    BalasPadam
  3. segala usaha yang dibuat dgn rapi dan berkesan pasti akan berjaya, menyedarkan rakyat satu hal tapi ketersusunan usaha itu penting. Pakatan juga perlu mengeluarkan modal sedikit untok ini. Lihat perpatah saidina Ali kebatilan yang tersusun dapat mengalahkan kebenaran yang tak tersusun.

    BalasPadam
  4. Tahniah Rakyat, Tahniah Pakatan Rakyat !!!!

    BalasPadam
  5. Biar darah mengalir.....namun berundur tidak sekali.... sebut saja hari dan di mana.... insyaallah sampai lah hamba ke sana....lawan tetap lawan.....lawan sampai menang....tidak hari ini....minggu depan..tidak minggu depan...bulan depan....lawan tetap lawan....takbir..

    BalasPadam
  6. Yes dont dampen the momentum ......the real voting people are always with the fighters of truth and justice in ease and hardship.....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.