7 Mei 2013

Hassan Ali Nak Porak-Perandakan PR Selangor


Dr Hasan Ali: Beri peluang Pas teraju Selangor

SHAH ALAM - Kejayaan Pas menambah penguasaan kerusi dewan undangan negeri (DUN) Selangor daripada lapan kepada 15 pada pilihan raya umum ke-13 semalam, membuktikan peningkatan pengaruh mereka di negeri itu berbanding dua sekutunya.

Perkembangan itu juga membuka peluang kepada Pas untuk mengetuai kerajaan negeri Selangor yang pada penggal lalu diteraju PKR. Berbanding Pas, PKR kali ini hanya menambah satu kerusi kepada 14, sementara DAP pula menang 15 berbanding 13 kerusi pada 2008.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata pakatan DAP-PKR-Pas di Selangor harus memberi peluang kepada Pas meneraju kerajaan negeri itu kali ini.

"PKR dah ada peluang lima tahun lepas, bagilah peluang kepada Pas. PKR kena berjiwa besar," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Hasan yang pernah menjadi Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri Selangor sebelum dipecat daripada PAS pada Januari 2012, turut menggesa pakatan itu berpegang kepada semangat setiakawan.

Beliau merujuk kepada desas-desus jawatan menteri besar itu diintai oleh Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Hasan turut menyenaraikan nama-nama anggota dewan undangan negeri (Adun) Pas yang layak mengisi jawatan itu, antaranya Adun Sabak, Sallehen Mukhyi; Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman dan Adun Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Adat Melayu, Belia dan Sukan.

Sallehen, 46, ialah pendakwah bebas dan juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor manakala Mohd Khairuddin, 42, merupakan Setiausaha Perhubungan Pas Selangor, dan Dr Ahmad Yunus, 48, ialah Yang Dipertua Pas Kuala Langat.

Abdul Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu calon Menteri Besar Selangor akan ditentukan oleh pucuk pimpinan pakatan dalam masa seminggu ini.

"Soal pentingnya bakal calon MB (menteri besar) mesti diterima dan diperkenan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah)," katanya. - Bernama

Ulasan GB

Tiba-tiba suara Hassan Ali muncul selepas PRU. Suaranya dilaporkan oleh BERNAMA seperti berita di atas.

Tetapi masih sumbang seperti dulu. Kerana ia cuba memporak-perandakan Pakatan Rakyat Selangor, atau BERNAMA yang melaporkan mengkehendakkan keadaan begitu.

Dahulu semasa beliau menerajui PAS Selangor, beliau begitu mudah termakan bujukan UMNO yang menghasutnya kononnya beliaulah orang paling layak jadi MB.

Setelah beliau dipecat dari PAS, beliau ke hulu hilir memburukkan PAS di pentas UMNO, mengajak rakyat supaya jangan beri satu undi pun kepada PR!

UMNO berjaya memperalatkan Hassan Ali, nama Hassan lansung tak wujud di dalam senarai calon BN untuk PRU13.

Kita tinggalkan hal tersebut kerana biar si Luncai itu terjun dengan labu-labunya.

Yang GB nak fokuskan kini ialah wajarkah PAS menuntut kerusi Menteri Besar apabila sudah memenangi banyak kerusi di Selangor (tambahan 5 kerusi menjadikan kedudukan PAS kini mempunyai 15 kerusi, sama banyk dengan DAP dan lebih 1 daripada PKR).

Pada pandangan GB, selain dari menjaga kesetiakawanan rakan di dalam PR, keterampilan dan kebolehan MB Selangor yang lepas iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim tidak dapat ditolak dan dinafikan.

Malah UMNO BN amat cemburu dan irihati kerana PR mempunyai seorang MB yang berkewibawaan dan berintegriti yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana MB-MB di negeri pimpinan UMNO sendiri.

Pelbagai serangan, tohmahan, fitnah, perancangan dan perencanaan dilakukan untuk menumbangkan kerajaan PR Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid, namun kesemuanya gagal, malah rakyat Selangor berdiri kukuh di belakang beliau dengan memberikan mandat yang lebih besar kepada PR di dalam pilihanraya yang baru lalu.

Jadi sewajarnya sekalipun parti beliau bukan majoriti di dalam DUN Selangor namun PAS perlu mengakui dan akur dengan ketokohan beliau, apatah lagi di bawah pimpinannya kerajaan Selangor diiktiraf oleh Jab Audit Negara sebagai negeri yang cemerlang di dalam prestasi pengurusan kewangan dan bebas rasuah.

GB meminta agar pimpinan PAS Pusat tidak lagi mendengar kata-kata hasutan yang bertujuan memporak-perandakan PR seperti yang berlaku di dalam isu Kota Damansara tempohari.

Dan begitulah juga GB meminta, nama-nama yang disebutkan oleh Hassan Ali itu tidak termakan dengan umpan pujian dan sanjungan palsu Hassan Ali untuk menuntut jawatan MB di Selangor sepertimana Hassan sendiri yang telah termakan umpan pujian dan sanjungan palsu UMNO terhadapnya dahulu.

GB dengan ini mengusulkan cadangan supaya jawatan MB Selangor dipegang oleh Tan Sri Khalid Ibrahim dan PR tak perlu tunggu lama-lama untuk buat keputusan demikian supaya kerajaan Selangor dapat dibentuk segera dan berfungsi secepat mungkin.

99 ulasan:

  1. Rakyat selangor mahu tan sri khalid. Pas jangan jadi bodoh macam di kedah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas x bunyi pun nak jawatan mb.... jgn guna bahasa yg kasar berkomen. Hanya bagi untung kat umno saja nanti

      Padam
    2. Ini mangkuk hidung kembang lu duduk dlm kandang babi diam2.Jgn nk kacau rumahtangga org.lu dah puas kutuk dan hina Pas atas pentas umno skrg ni nak sibuk lg.suara lu hnya laku dipergunakan bn std mcm umi hafida.

      Padam
    3. Kan dia ni dah MEROYAN. Mcm lebai malang. Ke hulu tak dapt ke hilir pun tak dapat. Sifat tamak ada pada dia ni.

      Padam
    4. calon terbaik ialah Hasan Ali tapi dia sudahbkeluar dari Pas. Cuba tanya kawan baik dia Harusanasini siapakah yg layak..Dua2 nya layak asuk dlm tong Txxx.
      Kalau tak keluar pas MB dah dlm tangan.....sesal kemudian lah Hassan Ali

      Padam
    5. Saya sebagai penyokong kuat PAS di P.Pinang, tetap mahukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Kaedah Islam menyatakan kita tidak harus bercita2 nak jadi pemimpin. TETAPI jika yang akan di tonjulkan " ceroi" maka wajib kita menjadi pemimpin. Setakat ini TSK adalah cemerlang dan berkemampuan pada pandangan saya.

      Padam
  2. Pada aku, better biar Khalid je pegang jawatan MB. Dia dah tunjuk kebolehan dia dalam ekonomi.


    Tapi kalau ada yang lagi elok, x kisah la dari PAS or PKR, janji kebajikan rakyat dan Islam martabat.

    BalasPadam
  3. Kesiannya dia, klu dia sabor dulu, ada peluang dia jadi MB. kahkahkah

    Ujian ->sabar, redha, upgrade perangai -> kejayaan.

    Ujian -> tak sabar -> melalak2 & melalut2 --> menyesal tak sudah -> meroyan.

    peringatan utk aku & kita semua.

    BalasPadam
  4. Sudahlah Hassan Ali..Jangan Nak Tunjuk Pandai..Melaga Lagakan Kesefahaman Dalam PR...Nyata Tan Sri khalid Ibrahim Telah Menjalankan Tugasnya Dengan Baik..Terbukit PR Memang Besar Di Selangor Dan Diterima Oleh Semua Orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. meroyan si hasan a/l ali...mmpus la ko,puas ati aku tgk ko meroyan2..g jmpe pm mintak exco kt pahang ke jgn cbuk kt slngor..

      Padam
  5. Setuju cadangan admin...kekalkan Tan Sri Khalid sbg MB selangor....

    BalasPadam
  6. Saya anak selangor yg menyokong PR setuju dgn GB. Kekalkan Tan Sri Khalid sebagai MB. jgn lihat pada logo parti masing. Tp pada Pakatan Rakyat

    BalasPadam
  7. syukur alhamdulillah.... PR terus menerajui Selangorku.... saya setuju MB kita dikekalkan kepada Tan SRI khalid Ibrahim.... agar Selangor terus berada di hadapan berbanding negeri2 lain. Sarawak dan Sabah terus mundur kebelakang.... pendek kata terrrrrcurut.....sekali.

    BalasPadam
  8. mengapa bari perhatian kepada hasan ali lagi .... biaq pi dia la....!!!

    BalasPadam
  9. NI SI HASAN KELDAI JGN DILAYAN..JK JMPA PATUT DILEMPANGGG SEBNYK MGKIN...BATU API,BIAWAK MENGKARUNG DAN SEUMPAAMNYA....

    BalasPadam
  10. Tan Sri Khalid is the best

    BalasPadam
  11. oyak ko dio nih! x payoh kecek banyok la... lamo keng aku kui pnapar!

    BalasPadam
  12. strategi perang saraf umno.lihatlah anjing umno ini dah menyalak bagi pihak tuannya.

    BalasPadam
  13. Tan Sri Khalid mb selangor terbaik!!

    BalasPadam
  14. HASAN ALI, JANGAN MENYEBUK.....MAIN MAIN JAUH JAUH.

    BalasPadam
  15. Saya ahli PAS setuju sangat dengan pandangan dan cadangan GB tu, pihak PR jangan hiraukan suara si mangkuk hayun tu yang bukan lagi ahli PAS, muka tak tahu malu..dulu terlalak-lalak hentam PAS diatas pentas UMNO Baru sahaja turun Masjid Negara selepas solat Jumaat, naik atas lori (pentas) hentam Anwar tuduh sebagai dalang Lahat Datu (dalam Islam tuduh tanpa bukti apa hukumnya Encik Ahsang ooi ?) dan bangkitkan isu moral Anwar. Saya nak tanya awak Ahsang...awak ada moral ke atau moral awak cukup sempurna ke? Semua ini kami tak akan lupakan wahai Ahsang...

    BalasPadam
  16. PAS Jangan bongkak. Tan Sri Khalid paling layak. Day terbukti 1 penggal. Lihat Trengganu & Kedah a pa jadi? 1 penggal PAS pegang lepas tu hanyut

    BalasPadam
  17. Kalau dari firasat aku, Tan sri Khalid akan kekal jadi MB dan exco negeri akan dilebihkan ke PAS...

    BalasPadam
  18. kebanyakan org selangor pilih pakatan sebab puas hati dengan khidmat pakatan yang lalu. barang yang elok tidak perlu ditukar.

    BalasPadam
  19. Biarlah TS Khalid teruskan agenda PR. Sejarah BN 1999 pun bukan UMNO yang menang banyak kerusi perintah Penang.Cukuplah tu Tok San.

    BalasPadam
  20. JANGAN SEKALI-KALI MENDENGAR ORANG YANG TELAH MENGKIANATI PAS. KEPADA RAKYAT SELANGOR DAN ORANG PAS SILA PILIH TS KHALID SEBAGAI MB SELANGOR, JIKA TS KHALID TIDAK AMANAH BARU PILIH YANG LAIN - ORANG PAS KEDAH

    BalasPadam
  21. Anggap sahaja kenyataan Hasan Akidah tu macam CD lucah! Buat tak tau je... jangan layan orang gila talak

    BalasPadam
  22. Sya sokong tsk jadi mb semula..majority rakyat selangor dan membuktikan pada pru baru ni..tlg jgn semak hassan jati diam2 plzz..

    BalasPadam
  23. Bukan tak nak bagi calon PAS jadi menteri besar, takut nanti jadi macam Kedah...yang untung siapa? Tengok Kedah, untungnya Mukriz walaupun Azizan baik..ini politik bukan soal parti...Semasa Azizan di kritik, ramai yang berdiri di belakangnya, tapi apa jadi hari ini...Azizan seorang yang baik tetapi tidak sesuai jadi MB...Hassan ini hatinya tak baguih..suka kacau sini sana...silap-silap org PAS kena cuci otak dengannya..habiss lah Selangor...kena bagi jawatan MB kapada yang keras..Walaupun ada yang buat hal dengan Khalid tapi dia masih cool...jangan termakan kata-kata manis Hassan...kalau bagi Azmin jd MB pun tak bagus sebab dia tak berani nak cakap tidak dengan Anwar..oleh itu sama-sama bagi sokongan kepada Khalid walaupun dari parti DAP ke, PKR ke atau PAS ke..Selangor kena terus maju dan menjadi contoh baik bagi negeri-negeri yang lain dengan segala kebajikan yang tidak dapat diberikan di negeri lain...

    BalasPadam
  24. wlaupun kerusi pas lebih, elok lah jwtn MB bgi pd khalid ibrahim sbb prestasi dia baik. lebihkn plak jwtn exco utk adun pas.

    >>Ahli PAS Seumur Hidup

    BalasPadam
  25. TOLONG BELAJAR DARI KEJATUHAN PAS KEDAH..

    1. Pengundi cina mahukan kestabilan ekonomi Selangor dibawah teraju Khalid Ibrahim.
    2. MB Khalid telah terbukti berjaya dan standard beliau sukar ditandingi oleh semua MB di Malaysia.
    3. Dikuatiri MB lain akan menjadikan Selangor seperti Kedah pada PRU14.

    JANGAN JADI BODOH ikut saranan Hassan Ali yang suka Selangor dirampan BanglaNatinal.

    --idios--

    BalasPadam
  26. Bukan sekadar nak kritik, apa sudah jadi dengan Kedah? Di bawah pimpinan Azizan tak boleh terima pendapatan yang berlainan...semuanya ok...last last untungny Mukriz walaupun Azizan orang bagus tetapi tidak sesuai untuk jawatan MB..kita mesti pilih calon MB yang betul-betul sesuai. ..tak nak Selangor jadi macam Kedah...Selangor menjadi contoh untuk negeri-negeri lain dengan kemudahan and kebajikan yang lebih bagus untuk rakyatnya....lihat untuk jangka masa panjang...dulu bagi air free cakap boleh bangkrap tetapi BN copy dan tak paste betul...

    BalasPadam
  27. Hasan Ali seronok PAS menang tetapi dia terlupa yang dia bukan ahli PAS lagi . Macam cerita lebai malang

    BalasPadam
  28. diam seekor katak itu lebih mulisa dpd berbunyi.

    kena repot kat najib ni hassan jati masih ada hati kt PAS. menyibuk bersuara hal rumah tangga org.

    tk masuk bertanding PRU jgn campur hal politik.

    pegi buka summer camp kau tu semula la. ajar bangla2 menyanyi lagu negaraku utk PRU14

    BalasPadam
  29. MB selangor Tan Sri Khalid Ibrahim. Tak payah fikir2 lg.

    BalasPadam
  30. Listen..listen...listennnnn....but dont listen to Hasan Ali...lingkup kita nanti

    BalasPadam
  31. itu tandanya PR tak gila kuasa macam BN. hassang aley tu buat ape je... habuk nyanyuk sana sini memanggil hujan... tapi hujan tak turun. padan muka.

    BalasPadam
  32. Tan Sri Khalid lebih sesuai jadi MB Selangor bagi meneruskan kelangsungan pemerintahan PR yang diterima oleh rakyat selangor, buktinya kemenangan besar PR Selangor di PRU13. PAS pasti mendapat pertambahwn exco.

    BalasPadam
  33. Tan Sri Khalid telah membawa kejayaan besar kepada Selangor.
    Sikap amanah, telus, perihatin, diterima semua kaum dan byk lagi adalah satu kelebihan Selangor. Umno memang menunggu Khalid tidak menjadi Menteri Besar supaya senang nak tawan Selangor semula.
    Kekalkan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim

    BalasPadam
  34. Aku pengundi muda PAS.
    Berdasarkan track record Tan Seri Khalid menjadi MB Selangor aku yakin beliau akan dapat memacu Selangor dgn lebih jaya. Beliau telah berjaya mentadbir dan menjaga harta rakyat selangor dgn baik. Jadi, beliaulah yang paling layak mentadbir negeri Selangor- sebagai MB. PAS & DAP akan terus membantu yB Khalid mentadbir dgn baik.

    BalasPadam
  35. Pkr, pas atau dap.... semua tu ok.... asal bukan bn dah la...

    BalasPadam
  36. Tak payah dok layan Hassan ali tu...dia dah gila meroyan, gila talak, dok perjatuh, doh perlekehkan selangor sekarang dok menyibuk pulak.... kalau kita pergunakan otak yang waras..cuba kita perhatikan berapa negeri kita menag?...kan 3 negeri. kalau tiga negeri maka sudah sewajarnya selangor dibewrikan kepada PKR kerana di Pulau Pinag DAP memerintah , Kelantan PAS memerintah so selangor bagilah pada PKR barulah adil. Ini nak merosakkan perpaduan ummah... saya orang Pas saya rela diberikan MB kepada Khalid untuk teruskan menjadi menteri besar kerana dia telah menunjukan prestasi yang baik bagi menaikan selangor dimata dunia sehingga BN berusaha unbtuk merampas selangor.... perkara berkaitan air ditangannya jadi sudah sewajar baginya meneruskan kerja-kerja yang telah dibuat selama ini...pastikan syabas dijatuhkan....

    BalasPadam
  37. PAS jangan jadi bodoh.. Jangan nak terpengaruh dengan cakap Hasan Ali. siapa Hasan Ali ni? Presiden PAS? Mursyidur Am PAS? Bukan ahli PAS pun... so ape hal dia nak cakap soal PAS.. dan org PAS pulak ape hal nk dengar cakap org gila mcm ni. Tapi tak tahu lah pulak kalau ada pemimpin atau ahli PAS yg memang bangang pi dengak cakap Hasan Jati ni.

    BalasPadam
  38. Bagi saya rakyat selangor dan menyokong gagasan pakatan rakyat dan penyokong setia pas sejak layak mengundi jawatan menteri besar layak dikekalkan kpd tan sri khalid ibrahim..ketokohan beliau amatlah dikagumi kawan dan lawan..

    BalasPadam
  39. selangor untuk rakyat yang cerdik.dan untuk rakyat yang bijak memilih kesejahteraan untuk rakyat selangor bersama PAKATAN RAKYAT.

    BalasPadam
  40. Siapakah dia hendak mengarah PAS tak tahu la pula jika Presiden PAS setuju dan menyokong cadangan Hassang Ali sewel ini, dah tak laku dah suara kau Hassang oi!!!!

    BalasPadam
  41. Setuju amat bersetuju TS Khalid jadi MB ,KPI penuh markah.Org macam nilah yg patut jadi MB.
    Mesti diingat kes Perak MB Pas walaupun minoriti dalam dewan.PR akan terus teguh jika Jawatan itu diserah kpd yg berkelayakan dari segi rekod rekodnya selama 5 tahun lepas.
    Jangan dilayan Silahabau/sibangang yg cuba jilat balik ludahnya.Lantik je siHasan ni jadi MB Jamban Jati & MB Lokap Sg Buloh.
    Bodoh bin Bangang nak jadi penasihat konon.

    BalasPadam
  42. xpayah nak mengharutlah hasan ali ooi, hang dah kena talaq, jgn nak sebuk kat rumah PR dah... chau!

    BalasPadam
  43. Setuju cadangan admin...kekalkan Tan Sri Khalid sbg MB selangor....

    BalasPadam
  44. macam orang mabuk, dah disingkir PAS masih nak laga-lagakan PAS dengan Pakatan Rakyat

    BalasPadam
  45. syaitan kembang yang tak bertanduk

    BalasPadam
  46. masih hidup lagi Pak Kaduk ni, masa PRU13 senyap sunyi, tiba-tiba keluar suara lepas PRU13

    BalasPadam
  47. kami orang PAS bukan kumpulan UG, sokong Tan sri Khalid, Hasan Ali ular dalam semak

    BalasPadam
  48. JASA KHALID MENANG BESAR DI SELANGOR HARUS DIHARGAI

    BalasPadam
  49. walaupun dari jumlah kerusi PAS dpt lebih....tapi kemenangan yg diperolehi adalah kemenangan bersama....bg saya jumlah kerusi tidak boleh jadi syarat2 utk dijadikan alasan kuat perlantikan...kita kene tgk kebolehan dan sejarah pencapaian dia sebelum ini.....lagi satu PAS dah buat hal kat kota damansara.....sekarang kenelah bertolak ansur.....jgn buat hal lagi....

    BalasPadam
  50. If PAS is willing to let TS Khalid be the MB and take another seat in EXCO then there will be a lot of goodwill build up from the rakyat of Selangor for them.

    BalasPadam
  51. dulu dia nak jadi MB dengan buat UG dengan UMNO, sekarang nak pecah belah Pakatan pula

    BalasPadam
  52. Wpu sy bukan org Selangor tapi sy sokong Khalid Ibrahim. Jangan percaya Hassan Ali, Ibrahim Ali, Azmi Ali, Zul Nordin, dan tongkat segala Ali. Kerana mereka ni cuba utk merobohkan setiakawan dan muhibbah di kalangan PAS, DAP, dan PKR. Teruskan YB Khalid. Kita percaya org selangor bijak, tak seperti segelintir org Kedah atau hampir semua org S.....

    BalasPadam
  53. Saya juga pengundi di Selangor menyokong penuh Tan Sri Khalid dikekalkan bg jawatan Menteri Besar Selangor. SELANGORKU!!

    BalasPadam
  54. bagi PAs pun ok..tapi syarat kemukakan calon yang betul layak..kalau spesis mcm Hassan..nanti Selangor ditawan BN...air free cuma 20liter...Hassan ni tak tau kira...Sokong untuk pendapat yang Selangor untuk org yang tahu menilai apa itu baik dan bukan baik..

    BalasPadam
  55. Hasan jati ni sapa yg nak kacau dalam soal kepimpinan Pas selangor.pedulikan dia biar dia dok mereben sorang-sorang.

    BalasPadam
  56. Kenapa nak serbuk hal parti org dah la Parti Umno Mat Bangla tak pilih jadi calon ino serbuk pula nak tahu siapa nak perintah Selangor duduk diam diam klu duit dah habis minta pada Parti Mat Bangla Parti Pas bkn mcm Parti Mat Bangla serbuk berebut rebut nak kan tempat so nasihat saya jadi la manusia yg berhemah tinggi mcm Tuan Haji Nik Aziz yg akan dikenang jingga keanak cucu dan juga cicit mcm P Ramlee.Maaf ya klu kata saya keterlaluan

    BalasPadam
  57. Rancanglah dn brmesyuwarahlah dgn baik. Kita hanya merancang. Allah yg menentukan. Mesti ada sepakatan dari PAS, DAP dgn PKR. Jangan sesekali tunjuk belang antara satu sama lain. Itu akan menyebabkan umno/bn akan ambil kesempatan. INSYAALLAH kita pasti akan berjaya.

    BalasPadam
  58. Kelantan Ada PAS,Penang Ada DAP maka Selangor PKR...itulah dinamakan Pakatan Rakyat

    BalasPadam
  59. Aku pas.disegi kerja tan sri dato khalid bagus la.

    BalasPadam
  60. KO ORANG SEMUA TLG JGN SEBUT NAMA HASAN.,HASANG KE BOLEH TAK.? ROSAK H.PHONE AKU. DJ

    BalasPadam
  61. Sebagai penyokong PAS, saya berharap wakil wakil rakyat PAS yang baru jangan taksub untuk menjadi Menteri Besar selangor. Adalah elok Tan Sri Khalid meneruskan kepimpinan beliau selaku MB S'gor. Jangan tertipu dengan pandangan sesetengah pihak spt contoh Dr Hassan Ali. Tujuan mereka adalah untuk memecah belahkan ikatan dalam Pakatan Rakyat. Memang jawatan MB adalah glamour tapi tanggungjawabnya adalah besar. Lets TS Khalid continues his leaderships as MB in guiding S'gor PR. Pengajaran yg perlu dijadikan ikhtibar adalah kejatuhan negeri Kedah kpd BN. Sbb itu mereka cuba memecahkan perpaduan PR d S'gor dgn cara mengadudomba anda sekelian....

    BalasPadam
  62. saya ahli pas, saya mahu ts khalid mb selangor muktamad

    BalasPadam
  63. Pemimpin PAS yak mabuk kuasa nak kan sangat jawatan MB. Apa yg diharapkan ialah kesejahteraan hidup rakyat yg berjaya dlm kehidupan di dunia dan di akhirat.

    BalasPadam
  64. Dr Hassan Ali sudah dipecat, dan dia memburuk-burukan Pakatan Rakyat dalam ceramah ceramah nya, Dia berkempen pada khalayak umno bn...Dr Hassan Ali tidak perlu bercakap tentang PAS kerana dia tidak berminat dgn PAS lagi..bila dia tidak pun merayu kpd Majlis Syura PAS...oleh kerana dia tidak berminat dgn PAS, buat apa dia masuk campur urusan PAS

    BalasPadam
  65. Salam GB
    Ish....perasan tak nama2 yg hasan rekomen jadi mb selangor mcm jarang kita dengar....kalau betul dia ikhlas beri pendpt kenapa dia tak sebut nama Khalid Samad ek?....sebab KS arch nemesis dia hehehehe....sudah-sudah la hasan oi....org da menyampah kat hang jangan la perasan nak cari glamor lagi dlm politik malaysia ni....understand the word "has-been" , savvy?

    BalasPadam
  66. apapun cik yah tetap mau YB Khalid Ibrahim jadi MB Selangor, Dr Hassan.. hang jgn dok masuk campuq urusan PR Selangor, dulu sapa suroh hang kata kat pr selangor hang pun dah xtak dlm parti Pas, hang dah tak dak apa, toksah la nak cakap banyak, kami dak tak mau dengaq cakap hang.. eloklah hang angkat kaki, hidup Selangor, sayangi Selangor cintai PR...

    BalasPadam
  67. jawatn baru..timbalan mb~org pas

    BalasPadam
  68. Sya orng pas. Tpi sya cdg tan sri khalid jd mb. Bijak urus ekonomi. Jngan bri Pas nnti jdi kedah . Slangor negri ulung. Jngan salah ltak pemimpin. Cuma sbagai akauntn jngan duk simpan duit je. 2.6 bilion tu banyak. Belanja lg 1 bilion ke utk pendidikan sek agama, tahfiz, pndidikan niaga, niaga khas utk ibu tunggal dan skim khas o.k.u. ada duit belanja untuk bangunkan ummah. Bukan utk simpan banyak2 macam hj bakhil. Nak tengok duit berkat belanjalah utk sjahtera rakyat.

    BalasPadam
  69. Aku nak sgt DENGAR komen ZUL NODIN yg dgn bongkak kata pd reporter You jumpa saya 5 Me sbg wakil rakyat Shah Alam...Sonyap yo...da hilang suara ke wak zul tu..kahkahkah!!!

    BalasPadam
  70. Hasan Ali ni lantik jadi peon ts Khalid je

    BalasPadam
  71. PAS menang bukan dari penyokong PAS sahaja. Turut dibantu oleh penyokong PKR & DAP juga. Dan begitu juga sebaliknya. Mungkin undi lebih banyak dari penyokong PAKATAN rakyat yang tidak spesifik kepada mana2 parti yg tiga ini namun tertarik dgn kesePAKATAN ini.
    Bukan kalah sahaja ujian Allah, menang pun adalah satu ujian...sejauh mana kesetiaan kita.

    BalasPadam
  72. Saya undi atas dasar PR. Setuju TS Khalid terus jadi MB. Jangan melatah... demi ukhwah PR.

    BalasPadam
  73. kg senduk bukit gantang7 Mei 2013 pada 8:18 PTG

    betul kata unnon 7.16... jgn simpan duit byk2 kalau dah dekat nak pilihanraya.gunakan sebaik mungkin utk menolong rakyaat.. syukur PR memerintah balik..... kalau tak kenyang ular2 BN ... gelak sakan depa kalau BN memerintah dgn peninggalan duit yg banyak... takbir...allahhuakbar

    BalasPadam
  74. anta sejutu kekalkan TSri Khalid pegang jawatan MB. Beliau bijak menguruskan ekonomi dan pentadbiran Negri Selangor. Yg sekoq tu biarkan die dgn labu2 nya..pasai ape nak menyibuk...duduk sudah ...lah

    BalasPadam
  75. Apa?
    Orang-orang PAS
    nak dengar cakap dia ke.
    Pergi mampuslah, Hassan oi...
    Kah... kah... kah...

    BalasPadam
  76. Semuanya sibuk disebabkan Hasan Jati.
    Cuba offer jawatan pada dia (secara lantikan terus)dan kita tengok apa komen dia

    BalasPadam
  77. salam..apa2 pun keputusan pimpinan pr selangor..saya harap rakyat negeri selangor terima dgn sepenuh hati..n kita semua ahli pr,terutamanya ahli pr rakyat selangor.toksah dengaq la dia ni...
    ingat apa sekali keputusan terima dengan redha agar x jadi perbalahan yang akan merugikan kita kelak..

    BalasPadam
  78. Hassan Ali yg sebok nak jaga rumah orang, apa hal. Pas dah tendang, sepak, terajang awak, awak nak sebok tu apahal, minta Najid kasi lu jadi TPM la. Mintak duit BN bayar kempen... Sifat Katak Puru, rupa x elok, kencing sana sini, nak pecahkan perpaduan ummah dan pakatan.

    BalasPadam
  79. Aku suka klu ada dialog kepimpinan Pas dan TSKI mengenai hal ni;
    Pas: TSKI syura kami memutuskan utk melantik TS sbg MB.
    TSKI:Eh! Bukankah Pas dan dap majoriti mk kamu lebih layak m'ikut undang2 tubuh negeri.
    Pas: Benar! ttp keadilan yg dituntut islam adalah melantik seseorg yg benar2 berkelayakkan utk berada ditempatnya dan itu telah TS buktikan 5 tahun dahulu.
    TSKI: Tiadakah dikalangan kamu yg bercita2 untuk melaksana islam spt diKelantan.
    Pas: InshaaAllah kami boleh laksanakannya dgn naungan dr kebawah duli dan TS sendiri yg juga seorg mukmin. Mudah2an kita mendapat petunjuk dr Allah swt.

    Takbiiirrrrr!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terbaik la bos...komen dr org educated ni

      Padam
  80. Asan Ali x saba klau x dia yg jadi mb Pas. Tu la kalai x sabar terasa jugak atau kata org teringat janda lama Ade betul dia ckp Pas jadi MB pulak bukan Psal cam Kedah. Kedah tu kwn2 kat Kedah MB tu payah sikit klau ade x sepakat mcm2 leh jadi. Kalau Tan Sri kalid jdi MB lagi BN ckp Pas kena tunggang. So fikir2 la

    BalasPadam
  81. Asan Ali x saba klau x dia yg jadi mb Pas. Tu la kalai x sabar terasa jugak atau kata org teringat janda lama Ade betul dia ckp Pas jadi MB pulak bukan Psal cam Kedah. Kedah tu kwn2 kat Kedah MB tu payah sikit klau ade x sepakat mcm2 leh jadi. Kalau Tan Sri kalid jdi MB lagi BN ckp Pas kena tunggang. So fikir2 la

    BalasPadam
  82. Alhamdulillah...Pakatan menang di selangor..Aku setuju kalau Ts khalid memerintah di selangor.

    BalasPadam
  83. wahai pemimpin pas,dap,dan pkr tolong baca apa yang kami tulis disini ...siapa yang kami mahu jadi mb selangor.cukuplah seorang satu negeri..kan bagus begitu .jangan dengar hasutan hassan akidah yg nak menjahanamkan pakatan.

    BalasPadam
  84. Sya org pahang,minta sangat2 dengan rakyat selangor, pimpinan Pas terutamanya.jgnlh layan si hassan tu.biarlah Ts Khalid terus menerajui selangor.biar selangor jadi model kpd semua negeri d Malaysia dlm pemerintahan.tolonglah yeeeeeeeee...semuaaaaaaaaa....

    BalasPadam
  85. Assalamualaikum..

    Allahu Akhbar..Iblis sudah mula mainkain peranan..Sudah mula menghasut..Hassan Ali oh Hassan Ali..cukup-cukuplah tu..pi la minta PM bagi kau buat SUMMER CAMP..tarbiahkan anak2 Menteri BN dan puak2 UMNO..kan masyuuk..Malulah orang PAKATAN RAKYAT tak minta pun pandangan kau..Syaitan punya perangai lah engkau ni

    BalasPadam
  86. Amaran keras kepada pucuk pimpinan PAS."KALAU JAWATAN MB SELANGOR DIBERIKAN KEPADA PAS,SELANGOR AKAN JADI MACAM KEDAH".Dalil:Setakad ni,belum ada muka-muka PAS yang memenangi DUN pada PRU yang baru lepas LAYAK memegang teraju negeri Selangor.Tan Seri Khalid adalah pilihan yang terbaik.Menang 15 kerusi bukan paspot nak jahanamkan Selangor.Jangan ikut cakap "tukang hasut" Hassan Ali.Dia sudah tak boleh pakai dan sudah nyanyok.

    BalasPadam
  87. Asangali BUKAN dari kalangan kita, bagaimana harus dengar cadangan dia, mengurus diri sendiri pon kucar kacir,

    Kerusi MB elok sangat dikembalikan kepada Tan Sri Khalid berdasar trek rekod dengan reputasi yang cemerlang memberansangkan, kemudian kerusi Exco diputuskan dalam mesyuarat PAKATAN.

    Apapun Asangali tiada apa apa kaitan dalam urusan tadbir urus KEBAJIKAN rakyat Selangor kerana dia BUKAN dari kalangan kita, jika ada apa apa persamaan dengan kalam Asangali, itu hanya KEBETULAN sahaja

    AWAS!, Asangali sedang menjalankan JARUM tajaan Orang Tua dari Utara

    BalasPadam
  88. hey...hassan budak jahat...hang dok diam diam.noooo...jangan gatal nak selak kain orang...hang jaga hang punya seluaq dalam hang jangan bagi koyak...

    BalasPadam
  89. Walaupun aku bukan org selangr..tp aku nak Tan Sri Khalid jd MB Selangor..terbukti pencapaian yg cemerlang..ya aku tau pas sepatutnya layak jd mb berdasarkan kepada lebihan kerusi yg menang di parlimen..tapi kami yg bukan anak selangor ni nampak kemampuan tan sri khalid jd mb selangor..JANGAN PENING2 KEPALA DAN JGN GADUH2..INGAT APA YG DAH JD DI KEDAH..NEGERI SELANGOR NI NEGERI YG TERKAYA DI SEMENANJUNG MALAYSIA NIE..JGN BG BN RAMPAS SELANGOR..TAHUKAH ANDA SEMUA JIKA ANDA SEMUA MASIH BERBALAH DALAM MENENTUKAN SIAPA MB,,ORG BN DISANA GELAK DGN APA YG BERLAKU SEKARANG NI..PADA PENDAPAT AKU BIAR TAN SRI KHALID JD MB DAN LEBIHKAN EXCO DALAM PARTI PAS..BETUL TAK..

    BalasPadam
  90. Kita tak perlu bertelagak memikirkan siapa yang perlu menjadi MB Selangor. Yang penting berikan sokongan kepada sesiapa sahaja yang dilantik dan diangkat sebagai MB. PAS tak perlu melatah. Beri peluang kepada Tan Sri Khalid teruskan tugas. Kita beri sokongan bagi tegak. Bukan sokong bawa rebah

    BalasPadam
  91. Biarlah tansri khalid jd mb, dia munhkin boleh mentakbir selangor dgn baik, tgk banyak pembangunan dia buat, isu air tu sampingan dr pihak x puas hati.

    BalasPadam
  92. Hassan Ali.....dah duk diam2..... Jgn melalak x tentu pasal....xde sape nak puduli!!!......pi buka kelas motivasi.....kan itu kepakaran awak....jual air liur

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.