Islam mula memancarkan cahayanya di negeri Selangor, jika diukur dari prestasi PAS mencatat kejayaan memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) baru-baru ini.
Kerusi DUN yang dimenangi PAS ialah Sabak, Taman Templer, Gombak Setia, Hulu Kelang, Lembah Jaya, Chempaka, Dusun Tua, Bangi, Seri Serdang, Paya Jaras, Meru, Selat Klang, Sijangkang, Morib dan Tanjung Sepat.
Keupayaan PAS memenangi tambahan tujuh kerusi lagi menjadikan lima belas berbanding lapan kerusi DUN sahaja pada 2008, peningkatan hampir 100 peratus, merupakan satu lonjakan dan kemenangan yang besar bagi PAS, satu-satunya parti yang menggabungkan perjuangan politik dan aktiviti dakwah.
Pada PRU-13, rakyat Selangor yang terdiri dari golongan teknokrat, kelas menengah dan miskin bandar serta celik internet dan kaya maklumat dengan bebas dan berani menyatakan sokongan kuat kepada PAS.
Jika trend ini berterusan maka suatu hari nanti, kita tidak harus terperanjat jika Selangor, negeri termaju dan terkaya di negara ini, akan mengikut jejak langkah Kelantan, negeri yang terkenal dengan gelaran “Serambi Mekah”.
Analisa keputusan PRU-13 di negeri Selangor khususnya, menunjukkan para pengundi tidak takut dengan dakyah Umno mempermainkan isu pelaksanaan hukum hudud jika PAS berkuasa, baik di peringkat negeri lebih-lebih lagi di peringkat persekutuan.
Walaupun hampir 100 peratus ahli Umno terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam, mereka bersembunyai sebalik tabir MCA, untuk cuba menakut-nakutkan rakyat dengan menghina hudud, hukum yang jelas disebut dalam Al Quran.
Kalaupun ada segolongan rakyat yang termakan dengan suntikan racun Umno-Barisan Nasional (BN) ini, mereka ini adalah orang-orang Melayu yang kurang berpendidikan yang kebanyakannya menetap di kampung-kampung.
Rakyat di bandar dan pinggir bandar, baik orang Melayu, Cina atau India terutamanya di Selangor tidak mudah terpedaya dengan taktik jahat Umno-BN ini dan ini terbukti dengan jumlah undi yang dipungut oleh calon-calon PAS berdasarkan demografi pengundi.
Masyarakat Cina di Selangor jelas mengundi calon PAS di kawasan-kawasan di mana tidak terdapat calon DAP dan nampaknya orang Melayu di kampung lebih takut kepada hudud berbanding masyarakat Cina dan India di bandar.
Pelik tapi benar
Senario yang pelik tetapi benar. Ini adalah kesan daripada indoktrinasi Umno dan Biro Tata Negara yang menanam fahaman perkauman yang sempit, dasar ‘pecah dan perintah’ yang diwarisi daripada penjajah Inggeris serta fahaman sekular yang memisahkan agama dan politik.
Masihkah kau ingat? Lebih 30 tahun yang lalu, ahli-ahli PAS yang komited dengan perjuangan Islam susah hendak bergerak ke sana ke mari kerana takut dicap sebagai anggota parti yang menyeleweng dari ajaran Islam.
Masihkah kau ingat? Parti PAS pada suatu ketika dahulu hanya disertai oleh orang kampung, pak-pak lebai, ustaz dan guru agama yang berketayap dan berserban putih.
Masihkah kau ingat? Imej ahli-ahli PAS digambarkan sebagai mempunyai watak yang jumud, kolot dan kurang berpelajaran serta mempunyai pandangan yang melampau, fanatik dan sebagai pengganas.
Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS membentuk kumpulan-kumpulan kecil yang dinamakan Usrah dengan bergerak dari rumah ke rumah untuk menyebarkan fahaman politik Islam (siyasah syar’iyyah) sambil berdakwah.
Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS menganjurkan pelbagai program seperti Tamrin, Halaqah, serta kuliah dan pengajian agama untuk memantapkan kefahaman ahli-ahli lama dan untuk menarik ahli-ahli baru.
Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS bergerak dalam kumpulan yang lebih besar dengan menganjurkan mesyuarat agung tahunan di peringkat cawangan dan kawasan di mana kehadirannya boleh dibilang dengan jari.
Masihkah kau ingat? Ahli-ahli PAS merekrut ahli-ahli baru dengan cara menyebarkan borang keahlian PAS secara sembunyi-sembunyi dan kadang-kadang dimarahi oleh golongan Umno tegar.
Tetapi kini tidak lagi kerana PAS di Selangor adalah anggota gabungan Pakatan Rakyat (termasuk DAP dan PKR) yang kembali memerintah negeri Selangor untuk penggal kedua.
Kini mesej dakwah Islam disampaikan kepada anggota masyarakat secara terbuka dan meluas serta markas (tempat di adakan mesyuarat parti, program kuliah dan latihan) semakin banyak ditubuhkan dan diimarahkan.
Hijrah Rasulullah
Mengimbau kembali sejarah kedatangan Islam lebih 1,400 tahun yang lalu, maka kita dapati Islam mula berkembang di kota Madinah dan bukannya dikampung atau di desa.
Hijrahnya Rasulullah saw ke Madinah atas perintah Allah yang diberitahu melalui malaikat Jibril adalah kerana warga Madinah menyambut baik Islam yang dibawa oleh baginda. Nama Madinah sendiri membawa makna kota atau bandaraya yang bercahaya.
Sejarah juga memperlihatkan betapa para penduduk Madinah yang digelar golongan Ansar lebih kuat keimanan mereka dan lebih dahulu menerima Islam berbanding golongan Muhajirin, mereka yang ikut berhijrah ke Madinah dari Mekah.
Oleh pancaran cahaya Ilahi, mereka menjadi sangat kasih dan sayang kepada Rasulullah saw dan menyediakan segala keperluan baginda dan para sahabat baginda yang ikut serta berhijrah.
Seruan untuk ‘Ubah’ dan hijrah adalah seruan Allah. Hijrah Rasulullah adalah perintah Allah, pergi ke kota Madinah dengan meninggalkan bangsa Arab jahiliyyah dan orang-orang musyrikin Mekah.
Dengan meninggalkan Umno-BN juga satu bentuk penghijrahan; berhijrah dari parti ‘asobiyyah’ yang sempit, di mana para pemimpinnya sudah tercemar dengan akhlak yang buruk, amalan rasuah dan kronisme serta salah guna kuasa yang bermaharajalela.
Untuk menyekat pengaruh Umno dari terus meracuni pemikiran rakyat, kerajaan negeri perlu menyediakan persiapan dengan lebih intensif seperti menambah peruntukan untuk Hal Ehwal Islam.
Pembinaan sekolah agama rakyat perlu diperbanyakkan terutama di kawasan kubu kuat Umno, bantuan kewangan kepada sekolah agama rakyat dan swasta ditambah, gaji dan elaun guru-guru agama dinaikkan.
Kelas-kelas fardhu ain, termasuk kelas tafsir Al Quran, harfiah, bahasa Arab, tajwid, program ceramah di masjid dan surau harus dipertingkatkan di seluruh negeri supaya Selangor dapat melahirkan masyarakat madani dan celek Al Quran.
Para pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang membantut dan menentang perkembangan Islam harus ditukar dan digantikan dengan penjawat-penjawat awam negeri yang beriltizam dan beristiqamah dengan perjuangan Islam.
Kerajaan Selangor harus memberi pertimbangan yang sewajarnya terhadap pengwujudan sekolah-sekolah agama ala pengajian pondok seperti di Kelantan, agar dapat melahirkan lebih ramai kader-kader Islam hingga memantapkan pentadbiran kerajaan negeri dengan roh Islam.
Memang ada program untuk menarik anak muda ke masjid tetapi aktiviti serta program seumpama ini harus dipergiat dan ditingkatkan lagi agar anak-anak muda tidak lagha dengan program hiburan yang sengaja dijaja oleh Umno-BN.
Ini adalah sekadar beberapa cadangan yang harus dilakukan oleh kerajaan negeri dengan segera, sambil mengharapkan pertolongan daripada Allah swt dan agar segala usaha kita mendapat keberkatan daripadaNya. -Zainal Abdidin Nor/FMT
NAMPAKNYA NASIHAT DARI APCO ZIONIS TAK MENJADI DAA! ISU AGAMA & PERKAUMAN SEMPIT DIPUTARBELITKAN PUNYA TERLAMPAU TAPI JUGA TIDAK MENJADI , AKIBAT KHIANAT DALAM HATI NAN HITAM !
BalasPadamTakde dayanye apco nak menghalang progres yg dirancang oleh Yg Maha Agung.
PadamHasang Ali dah boleh jadi MB Selangor jika masih istiqomah bersama PAS. Ini akibatnya kalu tak sabar.
BalasPadamKata orang tua, orang tamak selalu rugi. Sekarang apa yg dapat. BN pun tak, PR pun tak. Beras Jati 100% hancur.
Janganlah aku jadi mcm dia.
Sebak hati mengenang ini semua
BalasPadamjika PAS ikut Hassan Ali dengan kerajaan perpaduan dengan umno bolehkah dapat sokongan pelbagai bangsa macam ini di selangor? Kenapa di Kedah lebih ramai orang Islam kalah?. Kena kenang juga perpaduan dalam PR, ketelusan dan kecekapan pentadbiran kerajaan PR di Selangor yang banyak membantu PAS.
BalasPadamKejayaan PAS adalah kejayaan yg dikongsi dlm PR. Jika PAS dlm BN berapa kerusi dapat bertanding? dpt bertanding pun berapa kerusi boleh menang di Selangor? kenapa di Kedah kalah teruk? mana2 YB pas yg masih kepingin dengan kerajaan perpaduan nak jadi boleh berbaik2 dengan Muhyidin mcm ust Nasha sekarang.
BalasPadamnampaknya orang kampung yg terdiri dr lebih 90% tu takut dgn ustaz @ ulama jd pemimpin mereka,sayang....kubur kata mari...rumah kata pergi tapi masih tak sedar diri.
BalasPadamAlhamdulillah... kemenangan dan peningkatan kerusi PAS adalah kemenangan bersama komponen PR. Tingkatkan kefahaman tentang Islam di kalangan non-muslim melalui dialog dsb.
BalasPadamDialog dgn UMNO pun perlu bagi memahamkan kesan bersengkongkol dgn puak yang menghukum tidak mengikut yang disyariatkan Allah.
Sekian wassallam.
Rakyat amat harap PAS DAP PKR sentiasa kerja sama. Jangang terperangkap dengan pihaik yang korupt. Selangor amat penting kerana iainya adalah "base" bagi rakyat mengatasi parti korupt rasis iaitu syaitan yang lama dikenali
BalasPadamsetuju dengan cadangan penulis agar kerajaan rakyat negeri selangor mempertingkatkan lagi aktiviti agama bukan saja untuk orang islam bahkan kepada golongan bukan islam...!
BalasPadamProgram menimarahkan masjid yang dilakukan sepanjang masa oleh kerajaan Selangor merupakan faktor utama yang menyumbang kepada peru bahan besar dikalangan umat Melayu Selangor untuk menyokong PAS.Kehadiran orang Melayu islam di setiap program agama yang diadakan memberi kefahaman betul terhadap isu2 semasa terutama yang melibatkan nilai2 negatif seperti kezaliman, rasuah, fitnah dsbnya yang sangat berkaitrapat dengan akidah. Umno yang sejak diwujudkan memang menyedari hakikat ini dan cuba sedaya upaya menyekat orang2 Melayu daripada memahami islam sebenar. Cogankata Umno ialah Kejahilan orang Melayu mengenai islam menguntungkan Kita(Umno).Itulah sebabnya semasa pemeritahan Umno terutama semasa Khir Toyol banyak surau dan masjid ditutup atau dicegah dari mengadakan ceramah atau kuliah2 agama.Kedah yang diperintah oleh Pas tidak mempraktikkan apa yang dilakukan oleh Kerajaan Agama. Kuliah2 dan ceramah agama amat kurang diadakan di surau2 dan masjid2...maka hasilnya orang melayu islam luntur kefahaman islam dan mudah terhasut dengan dakyah Umno.
BalasPadamSaya faham selangor banyak duit sebab dijaga oleh akauntn TS Khalid. Bagus. Tapi TS jangan seronok simpan sampai 5 bilion pula. Ingat duit rakyat jika nak berkat kena belanja melalui program2 terancang. Program agama, belia, niaga, pendidikan, oku, ibu tunggal, orang miskin, infra masih ada ruang diperhebat. Program khusus untuk ubah minda orang luar bandar supya pro PR mesti dilaksanakan. Cari jalan kebaikan walaupun mereka musuh PR. Terapkan falsafah dan semangat kebajikan kepada rakyat semua bangsa. Tolong bersihkan hati PR dulu, supaya Allah reda. Insya-Allah PR rakyat suka.
BalasPadamKMi orang johor akan ikut jejak langkah selsngor
BalasPadamas salam,
BalasPadamkejayaan yang dikecapi sekarang adalah hasil usaha tok guru pondok / mudir mahaad tahfiz dan sekolah agama yang mengeluar pelajar-pelajar yang berani melawan arus serta tak putus asa berdakwah dan mertabatkan syair Islam, tanpa melibatkan habuan dunia.Mereka lah para pekerja yang didikasi di dalam pas dan sebagainya.Tak sebuk dengan jawatan , kalau tak ahli parti mereka ini ini setiap masa memberi kefahaman kepada masyarat...tak gila jawatan dan pangkat...tanpa mengira penat lelah
Akhirnya Islam bersinar di Selangor di bawah pakatan.....Namun , selepas 5 tahun dan bakal 5 tahun lagi kerajaan baru (sama dengan yang lama BN) masih lupa dan tak ingat nak bantu / daftarkan/memperkasa pondok/maahad/sekolah ini untuk bantuan secara bulanan/tahunan ..hatta duit zakat pun tak dapat ...duit dari parti jangan kira..memang tak dapat dari dahulu,kini,selama....adakah mereka pernah demo,piket dan sebagai...jawapan tak..sebab duit bukan matalamat perjungan mrk buka pondok/maahad/sekolah ............MOHON PIMPINAN PAS DAN USTAZ PAS,MENTERI BESAR .......TOLOANG BUKA MATA HATI ...tengoklah keadaan mereka di selangor...duit zakat wajib mrk dapat di bawah asnaf...BANTULAH MRK SELAGI ANDA DI BERI KUASA OLEH ALLAH SWT