Kajian laman web The Edge yang menunjukkan 81 peratus pembacanya bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus bersara daripada politik rupa-rupanya palsu.
Mengikut laporan penjelasan The Edge, editor laman webnya Ho Wah Foon mendapati kajian yang berusia seminggu itu telah menarik 12,736 reaksi yang berat sebelah. Ini menyebabkan beliau menghentikan kajian tersebut pada 14 Mei yang lalu.
Setelah disemak, jabatan IT The Edge telah mendapati 6,354 reaksi datang daripada satu alamat IP yang sama, dan 1,700 datang daripada beberapa alamat IP yang lain dari bangunan yang sama.
“Manakala 2,000 lagi datang daripada tujuh alamat IP berlainan. Daripada ini, ia adalah jelas kajian telah digodam dan keputusannya tidak boleh diambil sebagai satu yang objektif dan boleh dipercayai,” kata The Edge.
Difahamkan keadaan itu berlaku akibat telah digodam cybertroopers.
Dalam kajian yang keputusannya disiar media kelmarin, laman itu bertanya samada Anwar harus terus memimpin Pakatan Rakyat atau bersara ekoran kegagalan pakatan itu untuk memenangi pilihanraya 5 Mei yang lalu.
81 peratus atau 10,396 daripada 12,736 reaksi yang diterima berpendapat Anwar patut bersara. -hd
Ulasan GB
Sewaktu berita mengenai satu kajian kononnya 81% mahu Anwar bersara disiarkan oleh Sinar Harian dan malaysiakini kelmarin (15 Mei 2013), GB lansung tak percaya dengan berita berkenaan sekalipun blog para pencacai UMNO melompat sakan dengan penyiaran berita berkenaan.
Ini kerana senario semasa lansung tidak menunjukkan sokongan terhadap keputusan kajian berkenaan, malah jika diukur dari keputusan pilihanraya pun, undi popular yang diterima BN lansung tidak mencecah 50%. Jadi bagaimana boleh sampai 81% mendesak Anwar berundur.
Memang puak UMNO BN ni sekarang di dalam keadaan amat tertekan dan terdesak. Melakukan apa saja dan "penipuan" merupakan satu-satunya cara kini untuk kekal berkuasa.
Namun percayalah hukum kebenaran dan keadilan kini sedang mengambil tempatnya dan UMNO BN sedang menuju kehancurannya!
jika buka malaysian digest hari ini, benda ini akan keluar:
BalasPadamhttp://www.malaysiandigest.com/images/anwar-najib-badminton2.jpg
Adakah ia juga telah digodam atau lawak yang tak kelakar dari malaysian digest
kihkihkih... patut la bila keluar sinar berita ni aku cuba suft website edge tu tetapi xde pun... bn/umgok ni apa pun x blh menipu je kerjanya... aku berdoa spaya yg haq ditunjukkan kebenaran yg batil ditunjukkan salah... berkuburlah puak2 munafik dari bumi Allah
BalasPadamitu lah kerja dia dari kechik sampai ke tua, menipu aje sudah lah berperangai munafiq.
BalasPadamSalam GB.....
BalasPadamStandard la, kan?.....dgn kemenangan palsu, twitter palsu, tuduhan2 palsu, pengundi palsu......tiada kebenaran langsung yg ada pada mereka melainkan "kebenaran" dan lesen utk merompak harta rakyat sambil membodohkan rakyat jelata....
setuju sangaat....
PadamIngat tak lagu rock: Tipah Tertipu.
BalasPadamTipah juga yang tertipu.
Siapa Tipah tu???
Melayu la tu???
Bagi Melayu, apa yang Melayu UMNO buat semuanya OK dan HALAL.
Depa nak tipukah?
Depa nak rasuahkah?
Depa nak khianati bangsa sendirikah?
Depa nak khianati Negara Malaysiakah?
Depa nak menindas rakyat Malaysia termasuk Melayu yang menyokong depakah?
.......
Semuanya tak pa sebab kalau tidak, nanti DAP memerintah di Malaysia.
Yang jahat ialah orang Cina walaupun depa tu jujur dan ikhlas. Kalau melayu pun kena tengok juga, kalau Melayu PAS,... dah jadi budak suruhan DAP dan sama saja dengan Cina. Sokong PAS tu sokong Cina le.
BODOH PUNYA MELAYU. Yang kita dok bermati-matian mempertahankan depa, depa tipu kita dan depa dok senang lenang dengan Cina Elit. HARAMJADAH punya rakyat yang menyokong UMNO-APCO.
Sesuai dengan imej pemimpin rambut palsu, bini palsu, IC palsu, keputusan PRU13 palsu
BalasPadam