26 Mei 2013

[VIDEO & GAMBAR] Ustazku Kahwin Lagi... Dengan Orang Pagoh..


Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI hari ini selamat melangsungkan perkahwinannya buat kali ketiga.

Menurut sumber yang enggan dikenali berkata, mengakui bahawa penyebaran mengenai berita perkahwinan UIA seperti di laman-laman sosial Facebook (FB) dan blog itu adalah benar.

“Ikut apa yang tersebar itu memang benarlah..,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

UAI yang begitu popular di semua peringkat usia turut dikenali sebagai ‘Ustaz Youtube’ di samping penyampaiannya yang kreatif dan bersahaja ketika menyampaikan dakwah

Beliau bukan sahaja berjaya menarik generasi muda, malah turut menarik orang ramai untuk datang mendengar ceramah yang sering beliau adakan di seluruh negara.

Sementara itu, penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun memberitahu Sinar Harian Online majlis tersebut telah berlangsung hari ini.

“Ya... Betul. Maaf saya sedang dalam majlis, tidak boleh bercakap.

“Isteri beliau berasal dari Pagoh dan kini menetap di Keramat,” jawabnya melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), sebentar tadi. -SH











Ulasan GB

GB ucapkan tahniah kepada Ustaz Azhar Idrus sempena pernikahannya dan semuga berbahagia ke akhir hayat.


12 ulasan:

  1. hebat UAI...nk ngecek ilmu yg sesua blh?

    BalasPadam
  2. Saya ni minat dengar ceramah uai tapi bila suka kahwin.... I a bit confused

    BalasPadam
  3. suka atau tidak baik diamkan sahaja. takut jika bersuara kata-kata kita nanti akan menolak sunnah Rasulallah sebab Rasulallah pun berpoligami.kalau dia dapat mengendalikan semua isteri dan anak-anaknya berpandukan sunnah Rasulallah jangan la kita menghinanya. Mungkin UAI boleh dijadikan contoh pd mereka yang berpoligami tapi tidak adil n tidak menunaikan amanah Allah dengan betul.

    BalasPadam
  4. Anon 27: Kenapa sekarang baru tidak suka?? Sebelum dia terkenalpun dia dah kawin dua..UAI bukannya kawin sembunyi-sembunyi. Cuba tengok sebelah kanan dan kiri dia.. bukankah sudah dapat persetujuan kedua-dua isterinya..Jadi kenapa kita yang susah hati??..Dia lakukan sebab dia mampu..sepatutnya kita doakan dia bahagia..

    Begitulah manusia sering tidak suka kepada keimanan..suka menurut nafsu..jangan kerana kita tidak suka sesuatu kita melawan HUKUM..

    BalasPadam
  5. Dunia ahkir zaman perlukan ulama'-ulama' yang dapat tunjuk cara hidup sebenar yang diajar dalam Islam...TG Nik Aziz telah tunjuk model pemimpin sebenar yang Islam kehendaki, maka kita juga perlukan model ulama' dalam pelbagai perkara....perkahwinan Ustaz Azahar Idrus insyaAllah akan jadi model kehidupan berpoligami.....wajib kita doakan kebaikan dari perkahwinan ini....Allahu akbar....

    BalasPadam
  6. im also a bit confuse. model apakah y hendak ditunjukkan??

    BalasPadam
  7. Salam.. Kepada yg confuse n confused.. Sekiranya kita islam, kita sepatutnya tahu yg islam memvenarkan poligami. Rasulullah SAW adalah modelnya. Walau UAI hatta siaoa sahaja yg menuruti hukum poligami yg betul akan d limpahi pahala dan kebahagiaan dunia dan akhirat.. In Shaa Allah.. Jgn mengharamkan yg halal. Jika kita menhayati dan mengamaljan ajaran islam berlandaskan Quran dan sunnah, mudah saja bagi kita menerima poligami dan memahami mengapa lelaki boleh berpoligami. Bacalah ilmiah islam utk kefahaman yg lbh mantap. Islam mudah utk di fahami dan d amalkan. http://bit.ly/12UzqJV

    BalasPadam
  8. Kenapa & mengapa bila Salleh Yakob kahwin 4 tiada yg mengata TAPI bila UAI baru kahwin 3 baru berbunyi Sepatutnya pujian harus diberi kerana ini Sunnah yg diamalkannya.
    Saya secara peribadi serta Keluarga dan Jamaah PAS H.Terengganu mengucapkan SELAMAT PENGANTI BARU .

    BalasPadam
  9. x berapa suka bila kawin lebih dari 1 dikaitkan dgn sunnah nabi.. sunnah nabi kawin ngan janda atau anak dara tua. tujuannya membantu golongan sebegini. isteri nabi yg anak dara cuma aisyah..

    BalasPadam
  10. Alhamdullillah !!!
    tahniah ustaz....

    BalasPadam
  11. Tahniah Ustaz.Ada kosong satu lagi.Penuhkanlah Sunnah Nabi tu.

    BalasPadam
  12. tahniah uia. ambopun kalu blh nak juga la tambah.tp payah la..nak wat lagumana ye biar jd molek mcm uia..toksey nikah kat siam macam poyo tu..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.