19 Mei 2013

Benarkah Zahid Hamidi Nak Tangkap Anwar?


Bernarkah Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Keselamatan Dalam Negeri bercita-cita untuk menangkap DS Anwar Ibrahim atau ia sekadar propagnda murahan akhbar pencacai yang begitu tertekan dengan sambutan rakyat terhadap siri perhimpunan yang diadakan oleh Pakatan Rakyat di seluruh negara?

Jika benar Ahmad Zahid Hamidi bercita-cita demikian, yang akan menerima kesan negatif paling besar ialah UMNO BN sendiri kerana masing-masing sudah pun melihat bagaimana sambutan rakyat terhadap Anwar malah segala kempen dan perancangan untuk menghancurkan kareer Anwar tidak berjaya. Malah apa yang berlaku ialah di sebaliknya dimana "majoriti" rakyat menyokong Anwar. Saya menekankan perkataan "majoriti" kerana itulah hakikatnya, Pakatan Rakyat berjaya memperolehi "majoriti" undi popular semasa PRU13 yang lalu.

Hanya "persempadanan" yang dilakukan oleh SPR menyebabkan majoriti "bilangan kerusi" tidak dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Hal itu pun masih banyak menimbulkan keraguan kerana petisyen akan berlaku selepas ini yang mana sekurang-kurangnya 27 kerusi parlimen kini sedang diteliti oleh Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

UMNO BN tetap tumbang kerana sepertimana GB selalu ungkapkan, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Kemenangan dengan cara penipuan tetap tiada keberkatan dan kemenangan secara demikian tidak mempunyai dasar yang kukuh untuk bertahan lama.


27 ulasan:

  1. Tindakan ZH hanya akan mengundang suasana tegang krn dlm PR pnyokong muda terlalu ramai dan mereka ini trlalu bsemangat mendokong prinsip demokrasi.. Sebarang pkara yg bertentangn dgn perjuangan mrk pasti akan mrk tentang habis2an...

    BalasPadam
  2. kalau nak tengok kebangkitan rakyat, dgn segala hormatnya dipersilakan tangkap anwar. jgn cakap tak serupa bikin, jenis cakap bergegar-gegar tapi habuk pun tadak. dgn org umno blhlah kau nak ugut-ugut jenis bacul, tapi dgn anwar kau silap orglah. ingatkan menteri ini sekali bahlol aje, tapi rupanya dah jadi duoble bahlol. dia dah naik hot krn dah kena dgn anwar sebiji "ingat ini neraga bapak kau ke?". lain kali nak cakap tu gunalah otak jgn ikut perasaan aje, mentang2 kau menteri nak tunjuk ego lah konon, kau ingat rakyat hormat sangat ke kat kau? sorrylah bro, kirim salam aje.

    BalasPadam
  3. D'Jango@TheRed BURET said :

    POLITIK BANGSAT UMNONOK BN NI....FIKIR DUNIA DIA YANG PUNYE...COME ON BROOO....JGN JADI BANGSAT PADA BANGSA SENDIRI DISEBABKAN KEKAYAAN DUNIAWI....LU ORG KENE FIKIR BAHAWA UMNONOK SENDIRI LAH YANG MEMPURAK PERANDA BANGSA MELAYU....SOALAN BODOH GUA "ZAHID MELAYU ANWAR MELAYU....SO WHAT...BANGSA SENDIRI DOK NAK TANGKAP BANGSANYA SENDIRI...AKAI APA....FIKIR FIKIR RENUNG RENUNG BUAT BANGSAKU....MELAYU....TAK MELAYU HILANG DIDUNIA....."

    BalasPadam
  4. Tangkap 1 ANWAR bangkit berpuluh-puluh ANWAR.Jangan ikut cara MAHDHIR MAMAK TAK SEDO DIRI Tipu Melayu atas dasar membela BUMIPUTERA.Yang kaya anak beranak dan kroni.Melayu lain dapat hampas.LAWAN TETAP LAWAN.

    BalasPadam
  5. Ini kebangkitan rakyat,Anwar salah seorang mewakili rakyat,ada beribu lagi rakyat berazam seperti Anwar mahu perubahan terutama generasi muda.
    Rakyat bangkit secara aman,jangan bagi rakyat bertindak kasar.Contoh regim tumbang dah banyak dan yang berjaya sekat rakyat tiada.
    Rakyat bukan bodoh dan ada tahap kesabaran.(dulu bukan main sanggup lagi ke Perancis,kemudian pusing bagi alasan.Kalau rakyat marah dan tangkap kamu pula apa cerita?)

    BalasPadam
  6. Boleh jadi juga. Sebab itu menterinya ditukar. Jika menterinya orang sebelum ini, rakyat akan anggap ini perancangan adik beradik.

    Nasehat kulo karo Zahid Hamidi...kito orep ora suwe , ejek athoh perjalanan kito, dunia tempat tumpangan sementara, akhirat jua tempat kekal selama-lamanya. Pilihlah satu antara dua.

    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  7. Tangkap la....dlm masa terdekat nie....lets see what happening after this.......come on zahid.... bkn ka u nie org yg berani

    BalasPadam
  8. Sembang deras menatang nie.. Klu ko berani tangkap la DSAI tu..

    BalasPadam
  9. Dah bahalol dari keturunan bahalol , tak boleh ubah dah kalau bahalol tahap begini.

    BalasPadam
  10. Waktu ni le nk tunjuk kan pm betapa hebatnye dia..klu waktu zaman koboi dulu kira anwar ni 'wanted' le cuma bezanye bawah gambor dia tk catit brp upah musnah kan dia..utk zaman moden ni sape yg dapat musnahkan anwar ni kira hebat le mcm cerita tamil td rajinikanth..bila tgk cerita tamil td teringat polis dan menteri kat malaysia..lebih kurang je..

    BalasPadam
  11. Jgn le marah kat menteri kita tu..mungkin fikiran dia celaru..anak dh d wad dan anwar pulak tgh menggila ..biarkan dia dulu klu dh waras nnti ok le agaknye..

    BalasPadam
  12. UMNO dan bukan BN hanya ada 2 telur

    1. PDRM
    2. BANK NEGARA

    tangkap dan ugut(siasat) .... tuuu dia modal sejak di zaman komunis lagi

    lagi satu .... pusing angka hutang negara semakin turun padahal naik ... rezab negara semakin turun ... statictic yg betul berkaitan hutang isi rumah / duit yang di larikan ke luar negara ??? duit ceti haram ... duit vvip yg terlepas dari cukai ???

    tuuu dia dua biji telur umnno ... selagi ada dua biji ni buat apa pun boleh .... mampuih ko rakyat jelata

    BalasPadam
  13. Tangkap la Anwar tu.. lepas tu tangkap sekali TGNA. Lebih dramatik lagi, tangkap TGNA masa tok guru tgh bagi kuthbah jumaat. Balaci yang tangkap pula siap bertopeng dan bersenapang... biar video tersebar dlm youtube.

    Inshaallah, dalam 3 minggu lagi kita akan lihat kerajaan sial BN ni tumbang.

    BalasPadam
  14. najib jahat. zahid pun dua kali lima jahat....

    BalasPadam
  15. Oklah tu. Tentulah Zahid kena tunjuk belang, kuku, dan taring. Menteri Dalam Negeri (MDN) katakan. Naib Presiden UMNO lagi tuk. Power! Power! Luar biasa hebat. MDN tak peduli apa imej di luar negeri, asalkan dpt laksanakn yg dlm negeri. Hal imej luar negeri tu, biar Anifah Aman yg handle. Jaga kerja masing2. PDRM pula backup MDN, sesuai dgn kedudukannya dlm KDN. Cantik tu. Cukup cantik. Tunjuk herolah sikit, mana tau ada peluang tanding Timbalan Presiden, jika Najib turun, Muhyidin naik. Regu yg bagus tu. kena tunjuklah kat Muhyidin (bukan Najib) yg dirinya itu dapat diharapkan. Tegas dan berani, sedangkan org lain geli2 ulat kat Anwar. Sekadar nak ingatkan Zahid, Anwar tu ikon rakyat, sokongan padu rakyat, lekat di hati rakyat. Sekali Anwar petik jari, takut riuh 1Malaysia nanti. Takut Zahid terbersk dan terkencing. Ingat masa Pak Lah dulu, perhimpunan BERSIH nak digerakkan di KL, Pak Lah bagi warning keras, tapi apa berlaku, ratusan ribu banjir di KL. Ada berani kau Zahid, Najib, Khalid (KPN baharu) etc.?

    BalasPadam
  16. D'Jango@TheRed BURET said :

    MASAK ASAM BETUL LA....1998 BOLEH SEMBANG BOHHH....SATU LAPIS PUN DSAI TAK DAK BOHH...TU LA LU ORG BOLEH HAMBAT DSAI DGN SENANG...LA NI CUBAQ HANG PA HAMBAT DSAI TU....BERLAPIS LAPIS MAAAA....CONFIRM TAK LEPAS UTK HANG PA TU....POLITIK MALAYSIAN POLITIK BANGSAT, KOTOR DAN PENUH DURJANA...TAPI LU ORG GENG UMNONOK KENE INGAT TERJADI APA APA DGN DSAI TU....MASAK NEGARA NI...AKAN ADA KEBANGKITAN RAKYAT LEBIH TERUK DARI 1998...HANG PA TAK CAYA HANG BUAT LAHHHH...REFORMASIII

    BalasPadam
  17. Sill Cepat tangkp DSAI, nanti 47% jadi 30%...Minoritiness Akan meningkat.

    BalasPadam
  18. kami hormat sgt kpd DSAI kerana sanggup pegangkan panji2 dihadapan utk kebaikan Malaysia . Rakyat marhaen yg hati terbuka sebenarnya adalah dibelakang DSAI. .. dia tumbangkan kami terus bangun dan kehadapan .

    BalasPadam
  19. kalau ko berani..dtg la tangkap DSAI..kalau ko nk tgk malaysians spring berlaku kat malaysia...aku nk kerah seluruh anggota aku turun....amcm? ada berani ka zahid poyo?

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum wbtuh dan salam Sejahtera. .janji nak dedah pemimpin PR..dikatakan terlibat dengan peristiwa Lahad Datu? Bila??? kata lepad Pru13. .janji DICAPATI. .

    BalasPadam
  21. Zahid, ingat kerana nak pangkat,1998 meleleh air liur di TV menarik pengakuan supaya sekokol dengan mamak kutty. La ni nak tangkap. Malu lah U tak ada prinsip, sanggup anaiya DSAI tahun 1998.Cuma bertaubat, takut mati malu di hadapan Allah sebab di dunia membuat pengakuan palsu.Jangan jadi balaci, pemimpin umno kerana dosa subahat berat.

    BalasPadam
  22. Zahid awak boleh pukul boyfriend anak awak....
    Jika awak rasa sebagai kdn undang-undang di tangan awak AWAK SILAP..... JANGAN SOMBONG, TAKBUR, SAMSENG DAN GEDEBE.... itu sifat Allah.
    Awak akan bayar dengan HARGA AMAT MAHAL jika awak benar berkata dan lakukan pa yang awak kata. Penyokong awak hanya di kawasan awak..... Pengikut / sokong DSAI diseluruh Malaysia.
    Zahid JANGAN JADI SAMSENG KAMPUNG...

    BalasPadam
  23. kah keh koh ... opo cerito ne wak ei ... nak tangkap ? kami pun boleh jugak nak buat aduan tentang statement wak kang tentang menghalau orang yang tak undi BN ke luar negara .. undang-undang melindungi warga negara malaysia ... atau wak kang iki wes edan riko ngomong koyo ngono...

    BalasPadam
  24. Zahid ko tak insaf lagi ko, anak dah hampir koma nak pekena orang lagi. Taubat nasuha lah pulak!


    BalasPadam
  25. yang sorang ni nampak berlagak benar.rasa hebat sangat la tu. Allah jauh lebih hebat.

    BalasPadam
  26. Haish...KDN ZH macam orang sebelumnya jugak, KDN HH...Meriam besar balak tapi yang keluar cuma asap berkepul-kepul. Tukar sikit lagu P Ramlee - Menteri lapuk, otak kosong,penuh habuk!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.