Cadangan BN parti tunggal adalah rasional
PHUKET: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata cadangan untuk menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal adalah rasional dan perlu dikaji secara mendalam untuk kesinambungan sokongan rakyat pada masa depan.
Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata cadangan besar dan penting bagi memastikan BN kekal relevan itu perlu difikirkan segera oleh setiap parti komponen dan dijawab dalam tempoh terdekat jika mengambil kira keputusan pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
“Selepas mengambil kira apa yang berlaku dalam PRU lepas kalangan pimpinan BN melontarkan pandangan apakah wajar BN dilihat semula kerana kerjasama yang wujud sekarang ialah penggabungan 13 parti yang menjadi komponen BN dengan setiap parti mempunyai perlembagaan sendiri dan cuma bergabung atas nama BN.
“Ada yang berpendapat mungkinkah sudah sampai masa bahawa penggabungan itu dapat dibentuk dalam satu situasi yang lebih mantap iaitu BN sebagai sebuah parti politik, bukan lagi gabungan pelbagai parti politik,” katanya mengulas cadangan parti Gerakan yang mahu BN bersifat parti tunggal seperti mana yang dinyatakan pemangku presidennya Datuk Chang Ko Youn dua hari lepas.
Bercakap kepada pemberita di sini, Muhyiddin berkata cadangan itu mempunyai asas tetapi menuntut setiap parti melakukan kajian mendalam dengan mendapatkan maklum balas dan pandangan anggota parti masing-masing kerana ia melibatkan soal organisasi dan struktur penubuhannya.
Mekanisme pelaksanaan
Beliau berkata walaupun cadangan itu mungkin berdepan tentangan tetapi yang penting setiap anggota parti perlu melihat ke depan dan jika merasakan ia wajar dilakukan, satu mekanisme pelaksanaan yang boleh diterima semua anggota parti yang bergabung dalam BN perlu dikemukakan segera.
“Ini adalah lebih dari soal bermuhasabah, kita kena lihat sendiri struktur BN yang sedia ada bahawa apakah sudah sampai ketikanya sebuah parti yang dinamakan BN dibentuk, bukan lagi dalam bentuk gabungan parti-parti komponen BN tetapi BN sebagai sebuah parti politik,” katanya.
Sehubungan itu beliau mencadangkan sebuah makmal politik diadakan bagi mencerna idea tentang format baru BN seperti yang dicadangkan di mana semua pihak, termasuk kalangan bukan anggota parti yang mengambil berat mengenai masa depan negara dan ingin memberi sumbangan turut dilibatkan.
“Bagi saya itu sesuatu yang agak besar tetapi saya juga berpendapat ia penting kerana saya tidak tahu sama ada kita boleh kekalkan kedudukan sebegini untuk tempoh lima tahun mendatang tetapi yang pasti persoalan ini perlu dijawab dalam tempoh yang terdekat dan kalau ia wajar, bagaimana hal itu hendak dilaksanakan.
“Ini perlu difikirkan untuk tempoh beberapa bulan dan setahun ke hadapan, kalau sudah dianggap boleh selepas makmal itu dibuat mungkin boleh panggil satu konvensyen maka pemimpin BN boleh duduk bersama bagi membincangkan hala tuju dan survival parti di masa depan,” katanya.
Struktur BN
Ditanya apakah beliau akan membawa cadangan penubuhan makmal itu ke peringkat lebih tinggi, Muhyiddin berkata: “di peringkat BN saya pun telah beritahu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin satu daripada perkara yang kita akan teliti ialah struktur BN itu sendiri, bukan lagi sekadar kosmetik tetapi secara serius bagaimana ia harus berubah dari yang lama kepada struktur baharu yang lebih ke hadapan.
Beliau berkata cadangan itu mengambil kira perubahan pemikiran masyarakat, pengundi dan generasi muda yang sebahagiannya tidak mahu melihat parti yang dikatakan dibentuk berasaskan kaum.
Dalam perkembangan lain Timbalan Perdana Menteri berkata bedah siasat BN berhubung keputusan pilihan raya umum yang sedang dilakukan oleh sebuah badan yang dilantik khas boleh diketahui selewat-lewatnya Julai ini.
Muhyiddin berkata bagi memastikan analisis yang tepat, bebas dan telus pasukan itu dibentuk dari kalangan mereka daripada luar parti bagi memberi kebebasan sepenuhnya kepada mereka untuk mengemukakan pandangan asalkan berasas.
“Kita tidak mahu berselindung, kita hendak tahu apakah sebab kita menang atau kalah, apa faktor yang menyebabkan kemenangan dan kekalahan, dan lebih lanjut daripada itu adalah perakuan-perakuan yang kita akan buat untuk menentukan supaya BN terus relevan dan bagaimana kita menangani tempoh lima tahun sebelum menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya. – Bernama
...there'll come the time when the truth speak for themselves., bila tiba kebenaran kebatilan pasti akan terkubur... benarlah kata orang bijak pandai dan lagi benarlah firman allah yang maha besar.., kini siapa kah yang lebih benar percakapannya ? yang menentang Allah atau yang membela agama allah.... Allahu Akbar ... Allahu Akbar... Allahu Akbar....
BalasPadamMakmal politik???Amende tuh??
BalasPadamNanti mesti ada yg kata 'Akan hilang ketuanan Melayu'...
BalasPadamnah! umno dah nak kuburkan dirinya sendiri. memang dah terbukti umno pengkhianat bangsa melayu. perkasam jati, mana suara lu orang? sudah jadi budu ke? lepas ini tidak akan ada lagi nama MELAYU...nasib baik aku "mamak "
BalasPadamTak Mustahil Perkasa akn mengambil tpt Umno sebagai pejuang assabiyah.
BalasPadammakmal = Tmpat ujikaji. Makmal politik = tmpat ujikaji spisies2 poli'tikus' = untuk melihat kecenderungan n pemilihan politik yg sebagaimana diminati....ha3.
BalasPadamApa tujuan perubahan struktur BN ini?
BalasPadamHanya nak memenangani hati pengundi, nak menang pilihanraya
Apa cerita segala kelemahan pentadbiran, penyelewengan, salahguna kuasa? Usaha pentadbiran yg baik dan mengembalikan hak demokrasi rakyat?
Membuang barah atau suntikan botox di pipi?
Welcome to the PR Parties to MCA & MIC, you have been cheated by UMN@ since 50 years ago...Let them be alone. They are too arrogant. We will push them to the limit. Inikalilah.
BalasPadamMan Laksa.
Tiadala lagi UMNO yg jadi kebanggaan......he3
BalasPadamPada saya yang telah melalui situasi politik sejak 1998, saya perhatikan tidak perlu BN buat parti tunggal kerana rakyat kini menyokong bukan berdasarkan parti semata-mata tetapi berdasarkan integriti dan amanahnya sesuatu kepimpinan itu mentadbir negara. Sebab itu Selangor(Tan Sri Khalid), P.Pinang(Lim Guan Eng) dan Kelantan(TG Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat) PR menang 2/3 majoriti. Pemimpin BN tidaklah begitu, mereka tidak amanah. BN menanag pru13 pun sebab penipuan. Jika tiada penipuan, pasti BN dah lama berkubur.
BalasPadamMesti ROS lulus sertamerta, PR 2 PRU tak lulus lagi.Mereka menggelupur nazak nak meneruskan nyawa,rakyat makin menyampah.Kalau SPR profesional dan bukan bertaraf SRP ,BN pasti masuk kubur dapat undi superminoriti.
BalasPadamand what is this SHORT & FAT CLOWN doing in Phuket??? his presence alone SPOILS the whole lovely Island's Image :-D
BalasPadamTak de peluang lagi nak jerit "hidup melayu" atau " mampuih umno" hhi...hi..hi..
BalasPadamPada yudin, buat le parti apa pun. Kalau makanannya 'rasuah' tak guna juga.