13 Mei 2013

18 Mei: Rakyat Turun Ke Jalanraya Jika Pengerusi & Timb SPR Tak Turun


Satu himpunan lebih besar akan diadakan pada Sabtu, 18 Mei bagi menuntut perletakan jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan (SPR) dan jawapan badan itu berkenaan penyelewengan dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara demikian dinyatakan aktivis mahasiswa, Adam Adli ketika berucap pada himpunan aman di depan Ibu Pejabat SPR di di sini petang ini.

“Kita beri tempoh seminggu dari sekarang. Pengerusi SPR didesak untuk meletakkan jawatan. Jika tidak, hari Sabtu 18 Mei depan, beliau akan berhadapan dengan kemarahan rakyat.

“Kita dah bagi ruang supaya Pengerusi SPR untuk letakkan jawatan. Kita dah lama bersabar. Hanya rakyat yang boleh selamatkan demokrasi di negara ini,” kata Adam disambut tepukan 200 aktivis NGO yang berhimpun.

Manakala dalam ucapan beberapa pimpinan mahasiswa dan wakil NGO, mereka menyatakan rasa marah kerana SPR sebagai badan pengendali pilihan raya tidak amanah menjalankan tanggungjawab sebagai ‘pengadil’.

“Kami tidak mewakili mana-mana parti. Sebab itu kami minta beri laluan untuk bertemu Pengerusi SPR.

“Mereka hanya berani bawa pengundi hantu. Mereka hanya berani tukar peti undi. Tapi mereka tak berani nak jumpa rakyat,” kata pemimpin mahasiswa, Safwan Anang.

Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN pada kenyataan memaklumkan, beberapa Himpunan #Black505 akan diadakan di seluruh negara bagi menyatakan bantahan penyelewengan pilihan raya oleh SPR.

Antaranya di Stadium Kompleks Sukan Batu Kawan, Pulau Pinang pada Sabtu, 11 Mei; Medan Istana, Ipoh, Perak pada Ahad, 12 Mei; Kuantan, Pahang (14 Mei) dan Johor Bahru, Johor (15 Mei).

Mereka yang hadir digalakkan memakai pakaian hitam sebagai simbolik berkabung atas kematian demokrasi di negara ini. -KD

13 ulasan:

  1. Jadi jangan salah anak muda kalau mereka kurang ajar! Kalau tak faham bahasa anak muda.......maka jalan raya jadi pilihan mereka.ANAK MUDA PENEGAK KEADILAN PRU 13.

    BalasPadam
  2. Pengerusi dan Timbalan dengarlah lauhan rakyat ini. Adakah baru hendak berkata yang benar walaupun pahit setelah sampai umur bersara wajib nanti, sebagaimana kenyataan Pengerusi sebelum ini? Tak terdetikkah ke walaupun sesaat didalam hati , sekiranya mati dalam keadaan membohongi , menzalimi , menyalahguna kuasa yang sementara itu dan tidak bertanggungjawab kepada rakyat muslim malaysia? Berapa jutaan dosa yang perlu dipikul semata2 bekerjasama dengan pemerintah yang rasuah , perompak harta rakyat dan tidak adil .....Marilah bersama-sama bertaubat sementara masa masih ada...... Ingat pencen juga benar sebagaimana soal munkar nakir juga benar , syurga dan neraka juga benar...

    BalasPadam
  3. Polis...
    Jangan tangkap anak muda.
    Siasat pengkhianatan SPR.
    Rakyat nak minyak turun.
    Rakyat nak harga kereta turun.
    Rakyat nak pendidikan percuma.
    Rakyat nak hutang PTPTN hapus.
    Rakyat nak tol turun.
    Rakyat nak harga barang turun.
    Macamana PR boleh kalah.
    Ini kerana SPR barua BN/UMNO.
    Ertinya mengkhianati hak rakyat.
    Pengerusi & timbalan SPR...
    letak jawatan cepat.

    BalasPadam
  4. Tul tu..jgn salahkan pihak polis jika pihak polis tegakkan undang2.

    Jika kita marah kononnya SPR tak ikut undang2..apakah orang lain tak marah bila kita sendiri langgar undang2.

    BalasPadam
  5. Meminta bahalol bahalol turun dari gaji buta mereka kecapi dan dati kerusi empuk yang rakyat tanggung adalah mustahil kerana bahalol bahalol tersebut sudahpun mengganggap kejadian mereka adalah bapak mereka punyea.

    Tidak kah mereka tahu bahawa menganiaya rakyat akan menerima azab yang pedih di dalam kubur kelak?

    Mereka mereka ini adalah umat umat yang hidup kerja gaji buta, buat habis beras aje.

    BalasPadam
  6. Suruhanjaya Penipu Rakyat(SPR)

    BalasPadam
  7. Syabas Anak Muda. Anda akan melakar sejarah Reformasi.

    BalasPadam
  8. Kepincangan yang jelas menjolok mata ini jika tidak diperbetulkan mulai saat ini, percayalah ianya akan berterusan selagi ada BULAN dan matahari.

    BalasPadam
  9. apabila demokrrasi dicemari maka jalan rayalah jadi pengganti...

    BalasPadam
  10. nak tanya pada hati..pernah tak kita mendoakan pada mereka agar mereka menerima hidayah?adakah saf solat kita lurus?
    adakah kita solah berjemaah, bangun 2/3 malam?
    kalau belum..jauh lagi kemenangan Islam..bangunlah wahai pemuda Islam dengan penuh iman didada.pandangalah kebaikan org lain dan pandanglah keburukan yg ada dlm diri..

    BalasPadam
  11. komen sy sebelum ini belum diterbitkan oleh greenboc (memperkukuh kebenaran,keadilan&kekuasaan)??
    kenapa la kita suka menunding jari pada SPR? d pendang Dr.Hayati diganti oleh Mat Sabu sedangkan rekodnya baik. apa dah jadi dengan Pas Parlimen Jerai dan Pdg Terap? ka dah lupa balik tengok pengundi..Satu lagi, siapa itu Yusrin di Pas Kedah? tolong kaji fakta saya...ni asyik salahkan SPR..
    Pemerhati Bebas

    BalasPadam
  12. Darah anak muda panas, jgn jadi buta dan tuli oleh kerana kamu percaya pada fitnah. Muhasabah diri dan jgn salah kan org lain atas silap sendiri. Assalamualaikum!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.