Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menasihatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menyalahkan beliau sekiranya mengambil tindakan mahkamah.
Katanya, surat bantahan dan permohonan membatalkan senarai pengundi yang meragukan dalam bahagian Parlimen Lembah Pantai telah dihantar dan dicap terima oleh Nur Izdiyani, seorang pegawai kanan SPR pada 5 Mac lalu.
Demikian dakwa Nurul sambil menyifatkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof tidak ada kredibiliti kerana menuduhnya mengambil tindakan mahkamah terburu-buru tanpa memaklumkan terlebih dahulu kerumitan itu kepada suruhanjaya itu.
Malah kata Nurul, surat itu juga telah difakskan oleh peguamnya iaitu Chooi & Company yang dihantar pada hari yang sama.
"Semua nama pengundi yang saya bantah bantah itu telah dikemukakan kepada SPR.
".... beliau tidak sepatutnya menyalahkan saya kerana menyaman SPR dalam hal ini walhal dalam surat itu saya turut menyatakan sekiranya SPR tidak beri jawapan bertulis dalam tujuh hari, tindakan mahkamah akan diambil," katanya pada sidang media di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Lembah Pantai, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Abdul Aziz pada Khamis lalu yang menafikan SPR tidak menerima surat daripada ahli parlimen itu yang mendakwa lebih 4,500 pengundi mempunyai alamat tidak lengkap dan tidak dikenal pasti manakala tiga pengundi pula telah meninggal dunia.
Dalam pada itu, Nurul Izzah mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya mengambil tindakan tegas ke atas Umno-Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai berhubung dakwaan menimbulkan keganasan politik sejak tahun lalu.
Beliau yang juga Naib Presiden PKR mendakwa biarpun pihaknya banyak kali membuat laporan polis beserta bukti pelakunya namun hingga kini tiada tindakan tegas diambil ke atas mereka terbabit.
"Gangguan yang ditimbulkan Umno Lembah Pantai terhadap saya bukan saja keganasan berbentuk 'criminal intimidation', malah memperlihatkan tiada ada tertib berpolitik.
".... saya juga mendesak supaya menteri terbabit supaya lakukan sedaya mungkin dalam bidang kuasanya untuk pastikan insiden sebegini tidak berulang," katanya.
Jelas beliau, lebih malang lagi apabila petugas dari pejabat pusat khidmat wakil rakyat kendaliannya menerima ugutan daripada sekumpulan samseng ketika mereka sedang bertugas di khemah PKR di Taman Sri Sentosa Utara, Khamis lalu.
Menurut Ketua Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) Sentosa Utara, Siti Mariam Mohd Aly, sekumpulan samseng terbabit yang menaiki kereta waja itu yang dipercayai didalangi Umno Lembah Pantai.
"Saya dah buat kawat cam muka dan polis kata mereka ini geng tetak dan jual dadah.
".... pihak berkuasa kata mereka itu dikehendaki polis tapi banyak kalai polis cari namun tak temui, padahal mereka ada di situ," dakwanya.
Sehubungan itu, Nurul Izzah mendesak supaya semua parti komponen BN dan Pakatan Rakyat (PR) mewujudkan politik matang dan baru bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Izzah Sanggah SPR, Kemuka Surat Aduan Sebagai Bukti
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyanggah kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang mendakwa pihaknya tidak menerima sebarang makluman membatalkan senarai pemilih yang didakwa meragukan sebelum memfailkan permohonan semakkan.
Sebaliknya Izzah mendedahkan satu surat yang ditandatangani Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria bagi membuktikan bahawa pihak suruhanjaya telah menerima surat berkenaan.
Selain itu, surat peguam melalui Tetuan Chooi & Company turut diterima dan disahkan oleh Peguam Kanan Persekutuan SPR, Nur Ezdiani Rolen.
“Pembatalan nama-nama yang alamat berdaftarnya tidak lengkap atau tidak wujud terkandung dalam Rang-Rang Daftar pemilih Lembah pantai P121 yang mana semua nama yang kita bantah kita maklumkan kepada SPR.
“Kita sebut di perenggan terakhir sila maklumkan secara bertulis dalam masa tujuh hari dari tarikh di sini sama ada pihak tuan akan membatalkan nama-nama terkandung yang dilampirkan bersama surat.
“Jika kami tidak menerima apa-apa jawapan atau jawapan yang tidak boleh diterima, kami telah diarahkan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tuan tanpa notis selanjutnya,” katanya dalam sidang media hari ini.
Beliau turut mempersoalkan mengapa soal tidak menghubungi SPR sebelum difailkan ke mahkamah dibangkitkan sedangkan pihaknya melakukan perkara berkenaan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
“Pada saya kenyataan ini lagilah menghancurkan sebarang kredibiliti yang masih ada dalam SPR. Bukan sahaja mereka (tidak) mengambil serius dengan (dakwaan) pengundi hantu kita tonjolkan tapi boleh membuat dakwaan yang tidak berasas,” ujarnya.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk membatalkan lebih 4,600 pengundi yang didakwanya meragukan dalam Rang Daftar Pemilih dalam Parlimen Lembah Pantai.
SPR,,,tolonglah telus,,,bab-bab rekod pengundi tidak dapat dikemaskini,, mamcam mane SPR boleh mengaku selame ni PRU dijalankan dengan adil..??
BalasPadambuat cara betul pun ko kata salah. prosedur macamana lg yg korang ndak. sudahlah SPR !! sepatutnya dr dulu lg si toyo tu bg penyapu pd korang. bahlol..
BalasPadamSokong Nurul Izah. Badan yg lembab ini perlu diajar. Bawa ke mahkamah. Kita kemukakan semua bukti. Saudari satu-satunya harapan rakyat untuk membongkar kepincangan spr. Rakyat ada hak mengetahui hal sebenarnya. Ini sudah menjadi isu kedaulatan negara - Bagaimana rakyat asing boleh mengundi ? Dimana sahihnya alamat mereka? Kita heret sekali jpn pd masa akan datang. Jgn bincang dengan spr kerana ia akan dibuat secara tertutup agar rakyat tidak mendapat liputan. Agar rakyat tidak mengetahui tembelang mereka. Teruskan gegar spr jgn ditarik balik kes ini. Takbir. PR Kerajaan Harapan Rakyat.
BalasPadamSPR hilang integriti dan kredibiliti selagi diterajui oleh kaki putarbelit mcm skrg. mereka ni sepatutnya berkhidmat utk rakyat bukan Umno. dari isu pengundi hantu, persempadanan semula, pengundi warga asing, syarat2 yg menyusahkan utk pemantau bebas, sume dilakukan dgn niat utk menangkan BN. dulu terdedahnya pemimpin spr ni adalah ahli umno, dgn pantas puak2 munafik ni cover line dgn mendelete rekod dari sistem. rakyat da nmpak pun.yg kelakar Ibrahim Ali kata x salah org SPR sokong umno sbb wat keje secara profesiional??? ptuiii.. demokrasi ala umno. x menipu x umno la.
BalasPadam