10 Apr 2013

PKR Letakkan Chegubard Di Sungai Acheh, Fariz Musa Di Pekan Lawan Najib


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrul bakal bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Aceh pada PRU 13.

Pengumuman itu dibuat melalui kenyataan media Pengerusi KEADILAN Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman melalui emel pada jam 10.38 malam tadi.

“Sukacita saya mengumumkan KEADILAN meletakkan Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali CheguBard sebagai calon kerusi Sungai Acheh.

“Parti berharap pemilihan beliau ini akan membawa perubahan kepada DUN Sungai Acheh, seterusnya memenangkan Pakatan Rakyat,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Sungai Acheh, satu daripada tiga DUN dalam Parlimen Nibong Tebal yang dimenangi BN melalui Datuk Mahmud Zakaria yang mengalahkan calon KEADILAN, Dr Azhar Ahmad dengan majoriti tipis iaitu 250 undi. -KD



Fariz Musa lawan Najib Razak di Parlimen Pekan


Datuk Sri Anwar Ibrahim mengumumkan Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN (MPP) Pusat, Fariz Musa sebagai calon melawan Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Pekan.

Beliau yang juga Penyelaras badan bukan kerajaan (NGO) Jingga 13 rasmi diumum demikian pada program di Megaview Hotel, Kuantan, malam tadi.

Pada sidang media itu, Anwar berkata Fariz bergiat dalam kegiatan parti dan perjuangan reformasi sejak awal, selain seorang aktivis yang berkesan.

“Fariz banyak memperjuang isu berkaitan penyelewengan dasar, rasuah, malah beliau kemuka ratusan laporan polis yang belum diambil tindakan.

“Untuk Parlimen Pekan, tokoh pemuda yang kena berani kerana banyak gerombolan samseng di mana-mana sekarang,” katanya.

Pada 1999, pilihan raya umum selepas gerakan reformasi tercetus, Najib Razak nyaris tewas dan cuma menang dengan majoriti 241 undi, malah ada pendapat menyatakan kemenangan itu hasil ‘peranan’ undi pos.

Selain Pakatan dan BN, Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) juga diuar-uar mahu meletakkan calon mahasiswa.

Ketua Umum KEADILAN itu turut menamakan seorang lagi MPP KEADILAN, Zakaria Abdul Hamid bagi merampas kerusi Parlimen Bera yang disandang Datuk Ismail Sabri Yaacob dari Umno BN.

Kata Anwar, Zakaria, seorang jurutera yang menerima latihan di New Mexico dan California, pernah memimpin MPN Pahang dan menjadi Timbalan Pengarah Pilihan raya KEADILAN Pusat.

Calon KEADILAN yang sudah diumum bertanding di Pahang ialah Datuk Fauzi Abdul Rahman (Indera Mahkota), Fuziah Salleh (Kuantan), Murnie Hidayah Anuar (Paya Besar).
-KD



4 ulasan:

  1. Tahniah !!!

    Di mana sahaja Pakatan Rakyat ada , di situ adalah kemenangan rakyat.

    Cukuplah puak puak DUMBNO merompak rakyat siang malam sampai kojol....

    Tahniah sekali lagi , apa pun bukan ABU !

    BalasPadam
  2. from : D'Jango@TheRedBURET

    TERHARU KAWE DGN BARISAN CALON-CALON PR...TERHARU SEBAB GEMBIRA BOHHH....GANDINGAN YANG MANTOP MANTOP TU BOHHH...CONFIRM KE LUBUK GENG BN TU BOHHHHHHH.....SAMPAI KE LUBUK BOHHHHHH....AYAT DATO' MUSTAFA MAAROF DALAM FILEM "MATINYA SEORANG PATRIOT"....SAMPAI KE PM KADIRRRRRR.....HAHAHAHA....SIAN GENG BN NI....AKHIRNYA AKAN JEJAK KE TANAH JUA GENG BN NI BOHHHHH....DAH LAMO SANGAT DOK DI AWANG AWANGAN BOHHHHH....RASA JADIK RAKYAT BIASO PULOK PAS NI BOHHHH.....TAKBIRRRRR

    BalasPadam
  3. Inilah calon - calon yang hebat yang sudah mengalami seribu satu kesusahan bersama - sama dengan rakyat. Hanya mereka yang pernah mengalami kesusahan sahaja akan faham apa masalah yang dihadapi oleh rakyat. BN ada calon macam begini?? Kalau ada saya rasa tak payah BN hari - hari keluar iklan nak tayang semua kebaikkan dan pembangunan yang BN buat.

    BalasPadam
  4. Ingat ya, walau bagus wakil yg dipilih, tapi org2 kampung pinggir bandar, pedalaman, org felda ,tetap kenal dacing. Bila diberi tahu Pakatan Rakyat nak hapuskan tol, dan beri pendidikan percuma, ada yg terkejut. Mereka tidak tahu apa kebaikan pakatan rakyat. Yg mereka tahu parti dacing dan Najib. Sebab hari2 tengok muka Najib di TV. Pakatan rakyat kena fikir utk lakukan sesuatu, supaya maklumat sampai kpd pengundi2 ini.Ahli Parlimen dan ahli DUN perlu bergerak aktif utk memberi penerangan dan edaran manifesto ke sasaran yg disebutkan itu.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.