8 Apr 2013

Pengganas Sulu Ditahan DI Melaka, Bagaimana Beliau Boleh Berada Di Sana?


Misteri Ketua Pengganas Sulu Yang dicari-cari selama ini mungkin sudah sampai ke punghujungnya. Penangkapan ini semestinya dapat membantu PDRM dalam melakukan siasatan lebih mendalam bagi menjejak saki baki pengganas.

Seorang lelaki berusia 60-an dipercayai salah seorang ketua pengganas sulu berjaya ditahan di Melaka kelmarin.

Belum ada kenyataan rasmi daripada PDRM, namun mengibas muka lelaki yang ditahan itu menyerupai Datu Piah yang sedang diburu pihak polis.

Kita Tunggu Kenyataan Rasmi PDRM

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna sebelum ini.

Sumber


OPS DAULAT : GEMPAR!! LELAKI SULU DITAHAN DI MELAKA!!!


5HB.April 2013

Tertuduh yang merupakan warga Filipina mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syajaratudur Abd. Rahman dan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Beliau merupakan Seorang lelaki Sulu dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dihadapkan di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas tuduhan memiliki kad pengenalan palsu dan menetap secara haram di negara ini.

Iskandar Azlan Al Shah Mohd. Nazal Al Shah, 33, yang ditahan di bawah SOSMA kerana mempunyai kaitan dengan pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah didakwa di Mahkamah Majistret di sini satas kesalahan memiliki kad pengenalan palsu dan di Mahkamah Sesyen kerana memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki kad pengenalan dengan maklumat pengenalan diri palsu menggunakan surat beranak milik Sharif Abdilla di No. 19, Jalan Seri Mangga 2/5, Taman Seri Mangga, di sini pada pukul 7 malam, 8 Mac lalu.

Dia didakwa di bawah Peraturan 25(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda tidak kurang RM3,000 dan tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Shahidani Abd. Aziz yang mengendalikan pendakwaan memohon agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin kerana dia ditahan di bawah SOSMA dan merupakan warga asing.
-UM



Profile Penyangak SULU Didedahkan !!!



Krisis Pencerobohan Di Lahad Datu pada 12 Februari 2013 telah membongkar beberapa individu yang dikenalpasti sebagai watak-watak utama di sebalik pencerobohan ini samada selaku ketua pengganas Mahupun sebagai talibarut.

Datu Esmail Kiram @ Raja Tua Kesultanan Sulu, 60 seorang suluk daripada Kg. Maimbong Jolo Sulu.

Datu Agbimuddin Datu Kiram @ Datu Puing, 60 merupakan Raja muda Kesultanan Sulu daripada Tubig Indangan, Simunul, Tawi-Tawi. Semasa di Lahad Datu tinggal bersama anak-anaknya Datu Nulbakti Datu Malhimuddin Jamalul Kiram @ Datu Puing di Kg Bilis, Tungku, Lahad Datu.

Agbimuddin @ Datu Puing adalah individu yang bertanggungjawab melatih 1,500 Royal Sulu Force, di Tubig Simunul. Panglima yang bertanggungjawab melatih adalah Jeneral Hadji Musa Abdulla dan Lt. Con. Ernesto Sambas @ Lion of Sulu.

Datu Piah Kiram, 60 seorang Suluk daripada Zamboanga City; pernah berkerja sebagai juruukur tanah di sebuah syarikat swasta di Kota Kinabalu, belum tertangkap dipercayai masih bersembunyi di Semporna.

Amat Malandi @ Mat Bom, 71 bajau sibutu - memberi perlindungan kepada pengganas di Kg Tanduo Felda 17 Sahabat, sehingga meletusnya tembak menembak dengan pasukan keselamtan pada 1 Mac. Mat Bom kini dalam tahanan.

Ali Amat-37 anak Mat Bom yang bertanggungjawab memasukan pengganas ke kg Tanduo. Ali yang memandu Toyota Cygnus dan Toyota Prado mempunyai aktiviti penyelundup dan mencuri buah kelapa sawit daripada ladang Felda.

Datu Amir Bahar Hushin Kiram, 40 seorang suluk yang tinggal di kg Sri Melur, Bugaya Semporna- telah ditangkap. Bertanggungjawab menyebar berita palsu termasuk pada blog-blog dan media di Filipina. -Sumber
-UM



8 ulasan:

  1. mcm mana boleh sampai ke melaka. imegresion, polis sempadan. takkan tak cam kot. ke dtg naik flight? airasia, MAS. sila jawab.

    admin BANkami

    BalasPadam
  2. hehehe ilmu ghaib?

    atau sempadan malaysia senang nak bolos?

    BalasPadam
  3. Menjawab soalan tajuk:

    (1) Penganas Sulu dah lama milik IC Biru.
    (2) Sekatan penguatkuasa bolos.

    BalasPadam
  4. haprak betul buat kerja ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  5. Pemimpin melayu dan semua tali barut berotak udang. Akal pendek sejengkal.

    BalasPadam
  6. pemimpin umno dan semua tali barut berotak udang, cetek akal.

    BalasPadam
  7. Penganas Sulu ada IC macam orang kita , boleh dapat passport dan berjalan serata dunia... Apalah ada di melaka tu , nak di cari Hang Tuah sudah tak de , Hang Toye pun sudah tak de juga..... Kalaunak cari Keris Taming Sari , mungkin ada di Pasar Malam Jonker Street kot.

    Apa apa pun , bukan lah toye Penganas Sulu ini kerana dah ke hulu hilir dalam Malaysia , kentut sana kentut sini sudah.

    Yang benggap nya mamat bahalol bagi dia IC dulu lah.... Dah budak bahalol jadi pemimpin , bahalol juga lah kerja nya.

    Tengok muka dia sudah tahu bahalol punyea budak !

    BalasPadam
  8. Utusan Meloya akan kata orang ini guna ilmu hitam ( boleh ghaib ) untuk tutup isu masalah kawalan pintu masuk malaysia yang longgar dan isu ic biru.
    Apa tujuan orang ini ke Melaka ? Adakah kerana ingin membuat huru-hara di sana atau ada yang menawarkan pelindungan?
    Atau adanya saudaranya yang bernama Hang Sulu di Melaka.
    Kita nantikan kisah selanjutnya di episod akan datang.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.