Ops Daulat: Polis cari lelaki bergelar 'Datuk Seri'
Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman, dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.
"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat Lahad Datu hari ini.
Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.
Beliau berkata tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.
Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama
Ulasan GB
Siap dengan ayat "cover line" lagi:
Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.
Macam pernah dengar ayat itu. Oh ya: Menteri KDN, Hishamuddin sewaktu mula-mula kes Lahad Datu meletup pernah menyatakan "yang datang menceroboh itu bukan militan atau pengganas"...
Namun kebenaran akan tetap kebenaran dan apa yang GB nyatakan sebelum ini di dalam kes menteri-menteri bergambare dengan seorang penjenayah bernama papagomo nampaknya menjadi semakin benar
Enggang sama enggang, pipit sama pipit - "seorang penjenayah saja yang akan bersama penjenayah yang lain"..
klik untuk baca
,br>
BalasPadamKANTOI 'big time'
kami generasi muda amat malu dengan tindakan pihak keselamatan negara,,tiada ketegasan dalam keputusan,,tiada kecerdikan dalam menyiasat dalang pengganas lahad datu,,dimana integriti pihak keselamatan..??
BalasPadamHarapan kami generasi muda, PKR dapat membersihkan semula maruah pihak keselamatan apbila mnawan putrajaya kelak,,,takbir..!
A.B.U
PKR
Dulu,kini dan selamanya,,
Laa ke situ pulak kisahnya... masa berita ari mcm nak sgt tangkap dia ni..
BalasPadamBro, blog para pencacai UMB sebolehnya nak kenakan "Datuk Sri" yang satu lagi tapi tak kesampaian.... mua ha ha...
BalasPadamMerak Langit
Mamak Kutty juga ...adik beradik Mahathir Mohamad Iskandar Kutty...
BalasPadam..skrg anak dia nak jadi MB Kedah..anak dia satu lagi Taiko Arak Filipino
marwan mohd zain,tukar pada ketua pemerintah pihak keselamatan negara (ketua polis),tukar menteri n kerajaan sbb depa ni y merogolkn kedaulatn undang-undang tu y jd tiada ketegasan dalam keputusan,penyiasatn pengganas lahad datu dh buat, tp ketua2 ni y meroskkn pdrm ,dimana integriti KETUA KETUA POLIS (pihak keselamatan)..??
BalasPadamHarapan kami generasi muda, PKR dapat membersihkan semula maruah pihak keselamatan apbila mnawan putrajaya kelak dan kekal untuk rakyat no 1.
"duduk setanah, sungai sealur, biarlah searah". PKR jgn pimpin ikot laluan tercemar y same, xguna.
Aku pun teringin sangat nak begambar dengan VIP dan VVIP..tapi apakan daya , aku hanya rakyat jelata yang tak punya apa apa makna di hati VIP dan VVIP ini...Kalau ada peluang pun aku mungkin tak akan bergambar sbb hanya dpt bangga sikit je..lainlah diaorang tu.. lagipun aku malu sebab muka aku tak fotogenik.
BalasPadamAku nampak cam ni, mcm yg aku tngok kat filem2 tamil, hindustan, jakie chan, holiwod ke, malah citer2 melayu & indon pun ada:
BalasPadamSesorang tu mmg ada rekod polis, tapi pasal expert belit & menipu, maka digunakan pemerintah atau polis ke utk melawankan pihak lawan.
Tak caya tngok le filem2 tu.
Tapi Allah & Rasul tak ajo gitu, kankankan
addoiiiii.... Kantoi lagi. benarlah wahai greenboc Kebenaran tetap akan menghumban kebathilan. ya Allah kau tunjukkan lah segala gala nya, Semoga menjadi pengiktibaran kpd generasi yang akan datang.
BalasPadamNak tahu sifat seseorang macam mana kena lihat sikap kawan / orang yang rapat dengan dia. Bukan satu perkara yang pelik kalau Najib berkawan dengan penjenayah kerana Najib memangpun seorang penjenayah. Penjenayah dikehendaki oleh Perancis. So rakyat M'sia terpulang kepada you all sama ada you nak pilih orang telah difitnah teruk oleh UMNO dengan macam - macam jenayah tanpa bukti dan saksi (kalau ada bukti dan saksi pun ianya direka sahaja) atau pilih orang yang memang sah seorang penjenayah oleh media antarabangsa. Pilihan di tangan anda.
BalasPadamTak Heran Pun,
BalasPadampapa gomo(kedana)(tanpa gelaran Dato or Dato Seri dll) penjenayah, banduan, perasuah, pendera isteri dan anak lebih lagi pentfitnah tersohor boleh bergambar dengan hampir semua menteri ada yang berpeluk sehingga ke tahap KPN (IGP)
Ini pula ada titile Dato Seri... lagi boleh bergambar dengan siapa saja waimah Sultan / Raja yang memberi gelaran.
Dalan umno/bn yang TAK BOLEH ialah HUDUD kerana HUDUD TIDAK MEMBOLEHKAN SEGALA JENIS kemungkaran.
Tokwan Parak
Sama macam gangster dan PERKASA , UMNO taja mana ada siasatan?
BalasPadamanuar jgn rasa lega. muslihat utk kaitkan anuar msh berterusan. hati2 dgn perangkap bn
BalasPadammasih nak kaitkan anuar ke?
BalasPadam