5 Apr 2013

Kajian UM : 80% Rakyat Pantai Barat Tidak Percaya Fitnah Terhadap Anwar


Kajian yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati 80 peratus rakyat di negeri pantai barat tidak mempercayai kes-kes fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pengarah UMCEDEL, Amer Saifude Ghazali berkata, negeri tersebut ialah Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka.

Jelas Amer, responden yang ditanya berkenaan fitnah terhadap Anwar, kebanyakan yang percaya hanya 20 peratus.

“80 peratus lagi tidak percaya langsung, mereka (responden) anggap ini sebagai satu perkara yang sengaja di ada-adakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta mengenai reputasi Anwar Ibrahim ketika satu Seminar PRU-13 ‘Memperkasakan Demokrasi’ anjuran Pusat Pengajian Sejarah dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bilik Senat, Dewan Canselor, UKM hari ini.

Dalam isu sama, Amer berkata, dakwaan yang mengatakan Anwar yang juga Ketua Pembangkang itu tidak berkaliber, tidak berpengaruh dan zamannya berakhir adalah sangat menghairankan.

“Saya hairan orang kata beliau tidak ada pengaruh, zaman beliau sudah berakhir, tidak berkaliber dan sebagainya, tapi mengapa serangan yang dilakukan kepada Anwar hampir setiap hari, dari satu kes ke satu kes.

“Tapi beliau (Anwar) tetap dapat memimpin, perkara ini yang perlu diberi perhatian disebalik serangan oleh pelbagai pihak kepada beliau,” katanya lagi. -selangorku

7 ulasan:

  1. Inilah yg cuba disampaikan oleh penyokong2 PR dlm menangkis tohmahan BeeNd

    BalasPadam
  2. DSAI tetap menjadi idolaku sehingga keakhir hayat.....terlalu lama aku menunggu beliau dinobatkan sebagai PERDANA MENTERI MALAYSIA.....dugaan Allah SWT terlalu banyak untuk kita semua lalui.....insyallah ini kalilah......

    BalasPadam
  3. puak2 bangangg dan buta hati saja kata DSAI x berkaliber...hnya jauhari yg mengenal manikan siapa DSAI...Hidup PR...utk ameno..Ini Kali Lah

    BalasPadam
  4. Yang percaya hanyalah musuh Anwar dan penyokong UMNO/BN = orang yang bodoh, tak guna akal.

    BalasPadam
  5. Alhamdullillah !

    Mereka mereka yang mempercayai Hukum Allah dan Alam Akhirat sedar bahawa segala Fitnah akan menyeksa diri sendiri apabila masok kubur kelak.

    Apapun, umat umat DUMBNO akan tetap DUMB dan NO apabila dikatakan mereka DUMB.

    Mereka adalah dikalangan umat umat yang rugi , malas berdikari dan bangga hidup rasuah dan menjual bangsa dan agama untuk kekayaan duniawi yang secoit.

    Ketahuilah....

    BalasPadam
  6. Semoga allah jatuhkan UMNO/BN kerana kezaliman mereka

    BalasPadam
  7. orang UMNO pun tak percaya, tapi dah tiada isu terpaksa guna juga sebagai modal politik

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.