25 Apr 2013

[INIKALILAH] Tiada Lagi Negeri Jadi Kubu Umno BN


Tanggapan bahawa Pakatan Rakyat sukar menang di beberapa negeri seperti Melaka dan Johor ekoran menjadi kubu Umno BN, tidak lagi terpakai dalam pilihan raya umum kali ini.

Ketua umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia ditunjukkan melalui jumlah kehadiran penyokong Pakatan yang cukup memberangsangkan di banyak kawasan, ketika penamaan calon 20 April lalu.

“Orang tak masukkan Melaka dalam perkiraan sebenar. Dia ingat Melaka ini susah nak dapat daripada BN.

“Tapi tengok masa penamaan calon baru-baru ini. Menggemparkan. Banyak kawasan yang kehadiran penyokong Pakatan Rakyat; DAP, PAS dan KEADILAN, lebih ramai daripada penyokong BN,” katanya.

Anwar berkata demikian depan kira-kira 10,000 rakyat pada Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat di Taman Dato’ Thamby Cik Karim, Batu Berendam, Melaka, malam tadi.

Beliau menjadikan Johor Bharu sebagai contoh, apabila menerima panggilan daripada calon KEADILAN Parlimen itu, Tan Sri Hashim Hussein selepas selesai proses penamaan.

“(Saya terima) panggilan daripada Tan Sri Hashim, (beliau) kata; ‘Anwar, ini Johor Bharu, kubu Umno, tapi masa penamaan calon, jumlah (penyokong) Pakatan jauh lebih daripada Umno BN’,” katanya.

Kehadiran Anwar semalam disambut persembahan bunga api, selain tepukan dan sorakan gemuruh hadirin.

Malah padang ceramah sesak, sehingga ada yang terpaksa memanjat pagar rumah dan pokok, semata-mata untuk mendengar ucapan pemimpin kesayangan mereka.

Layar turut dipasang di padang bersebelahan, untuk menampung kapasiti penduduk.

Batu Berendam terletak dalam Parlimen Bukit Katil.

Menurut seorang hadirin, kehadiran semalam pasti memberi suntikan moral buat calon KEADILAN Parlimen itu, Shamsul Iskandar Mohd Akin. -KD



11 ulasan:

  1. gerombolan parti pandi kutty hanya harap main kotor saja ! ABU !

    BalasPadam
  2. Malangnya calon pkr bukit katil bukan org yg rajin turun padang buat kerja dan bermesra2 dgn rakyat.

    hanya tahu menghurung pemimpin tertinggi je.

    BalasPadam
  3. D'Jango@TheRedBURET said :

    MASAKKKKK BOHHHHHH....HAHAHAHA....NANGIS TEPI LONGKANG JAWABNYA GENG Be End UMNONOK TU BOHHHHHHH.....INI KALILAHHHHHHHH.....PR AKAN MENANG BERGAYA.....TAKBIRRRRRR

    BalasPadam
  4. Alhamdullillah !!!!

    Nampak gaya nya Kubu Kubu budak budak Bahalol main mercun mercun lenyap bagai Reban Ayam di tiup ribut.

    Rakyat sudah bijak dan banyak membaca tidak mudah di tipu kentot oleh budak budak Bahalol.

    Kemenangan Melaka dan Johor oleh Pakatan Rakyat bagai Hang Jebat membuang Taming Sari semula ke Hang Toye....

    Yahoo !!!!

    BalasPadam
  5. Semua Negeri akan Jadi KUBUR tanpa nisan untuk amno/bn.Insya Allah.

    BalasPadam
  6. Insyaallah kita sama-sama kuburkan BN, Diganti pemimpin ikhlas dan beriman serta meninggikan syiar islam

    BalasPadam
  7. Kami orang muda dan pelajar IPT tolak BN 100 peratus, Pakatan Rakyat nak hapus PTPTN

    BalasPadam
  8. anon 12:23pm..ko x pyh la meroyan kat sini..kalau nk meroyan pi la kat papagomo xde telor ko tu...ko x tau ke yg bn dah nk mampos..hanya org bodoh je yg sokong bn..harap bendera je lah yg nk undi bn tu...kah kah kah..

    BalasPadam
  9. Good show dude..

    BalasPadam
  10. Kutuk2 byk,neraka pun byk kosong lg.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.