20 Apr 2013

DAP Sah Akan Guna Logo PAS, PKR Selepas RoS Hanya Senyap


DAP akan bertanding dalam Pilihan Raya 2013 di bawah tiket PAS dan PKR buat pertama kali dalam sejarah selepas Pendaftar Pertubuhan (RoS) gagal untuk menarik semula surat mereka yang tidak mengiktiraf pemegang jawatan parti,” kata Tony Pua hari ini.

Setiausaha Publisiti DAP itu membangkitkan, calon tidak boleh mengambil risiko menghantar surat watikah calon membenarkan mereka untuk bertanding di bawah logo Roket yang ditandatangani oleh setiausaha agung parti yang tidak diiktiraf oleh RoS.

“Jika CEC kami tidak diiktiraf, bagaimana mahu keluarkan surat kebenaran kepada calon kita?” kata Pua kepada The Malaysian Insider hari ini, merujuk kepada ahli Jawatankuasa Kerja Pusat parti tersebut. Beliau menambah RoS langsung tidak menghubungi DAP hari ini.

Pua mengatakan 53 calon parlimen dan 103 calon bagi Dewan Undangan Negeri DAP diseluruh negara yang bertanding dalam Pilihan Raya 2013, dengan Hari Penamaan Calon bermula esok, menggunakan simbol PAS di semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak RoS semalam untuk menarik semula surat mereka bertarikh 17 April yang enggan untuk mengiktiraf CEC parti kerana kesilapan dalam pemilihan parti.

Datuk Abdul Rahman Othman dari RoS walau bagaimanapun dipetik berkata oleh agensi berita nasional Bernama semalam mengatakan DAP masih boleh menggunakan logo Roket dalam pilihan raya umum ke 13 kerana pendaftaran parti tersebut masih belum dibatalkan.

Abdul Rahman tidak menjawab panggilan dan kiriman pesanan ringkas dari The Malaysian Insider hari ini untuk meminta komen.

Penasihat DAP Lim Kit Siang mengakui tindakan RoS yang menghalang DAP menggunakan logo mereka untuk PRU13 kali ini mungkin akan memberikan kesan kepadanya yang bertanding di Gelang Patah kerana pengundi mungkin terkeliru jika DAP dipaksa menggunakan logo bulan PAS dan logo mata PKR.

MCA telah berulang kali memberi amaran kepada pengundi Cina agar tidak menyokong Pakatan Rakyat dengan mendakwa PAS akan menguatkuasakan undang-undang hudud di negara ini.

Tindakan RoS itu mungkin menghancurkan peluang DAP untuk menamatkan riwayat MCA dalam PRU13 terutamanya di kubu kuat parti Cina itu di Johor dimana Lim Kit Siang akan berhadapan dengan menteri besar sementara Datuk Abdul Ghani Othman di Gelang Patah.


DAP akan guna logo Roket, logo PAS dan PKR sebagai sandaran



Calon DAP akan menggunakan simbol Roket terlebih dahulu esok untuk hari penamaan calon akan tetapi menjadikan logo PAS di semenanjung Malaysia atau logo PKR di Malaysia Timur sebagai sandaran jika pegawai pengurus (RO) menolak borang pertama,” kata setiausaha agung Lim Guan Eng malam ini.

Calon akan diberikan dua borang penamaan calon apabila hadir di 51 kerusi parlimen dan 103 kerusi negeri yang akan ditandingi oleh DAP pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

“Kami akan sediakan dua surat watikah dan kita akan serahkan surat DAP terlebih dahulu dan jika ditolak, surat watikah kedua dari PAS di bawah logo bulan akan digunakan,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini merujuk kepada pertandingan di semenanjung Malaysia.

Ketua menteri sementara Pulau Pinang itu mengatakan keputusan tersebut dicapai kerana penyokong mahukan parti mencuba menggunakan simbol Roket.

Pendaftar Pertubuhan (RoS) telah enggan untuk menarik semula notis yang mereka hantar kepada DAP bahawa pemilihan ahli jawatankuasa kerja (CEC) pada Disember 2012 tidak diiktiraf.

“Kedua-dua RoS dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengatakan perkara ini langsung tidak menjejaskan calon kami dan boleh meneruskan untuk guna logo roket kami jadi kami akan cuba dan lihat sama ada mereka boleh memegang janji dengan menggunakan borang penamaan calon dengan logo DAP terlebih dahulu,” kata Lim yang kelihatan sedih.

Calon parti hanya boleh mengetahui keputusan esok untuk melihat sama ada RO menolak borang dengan surat watikah dari DAP.

“Ini adalah pertempuran untuk hidup bagi kami kerana Barisan Nasional (BN) sedang cuba menggunakan ini untuk mengetuk DAP dengan menghalang kami menggunakan logo roket,” katanya.

Buat pertama kali dalam sejarah 47 tahun, parti yang sinonim dengan logo roket itu mungkin dinafikan untuk menggunakan logo mereka dalam apa yang dikatakan pilihan raya umum paling sengit.

“Pengundi kami yang tidak biasa dengan logo PAS akan keliru dan tidak akan mengundi kita jika kita terpaksa menggunakan simbol bulan,” kata penyandang ahli Parlimen Bagan itu.

Beliau mengingatkan semua calon DAP untuk menyerahkan borang penamaan calon dengan surat watikah calon dari DAP dan hanya menggunakan borang sandaran dari PAS atau PKR (di Malaysia Timur) jika borang pertama ditolak.

Pada 17 April, 48 jam sebelum hari penamaan calon, DAP menerima dua surat dari RoS.

Dalam surat pertama yang diterima pada 11.45 pagi, ia memberitahu parti tentang inkuiri mengenai pemilihan CEC telah ditangguhkan pada 9 Mei.

Lima jam selepas itu, DAP menerima satu lagi surat daripada RoS mengatakan senarai CEC tidak diiktiraf.

Menyelar tindakan ini, Lim mengatakan pucuk pimpinan parti akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan tentang ini dan turut akan berbincang dengan sekutu Pakatan Rakyat (PR) mereka.

“Semua ahli dan penyokong sangat sedih dan marah dengan ini dan menuntut kami cuba menggunakan logo DAP dan kami akan mencuba kerana ia amat perit untuk kali pertama kami dinafikan hak menggunakan simbol parti untuk pilihan raya,” katanya.

-TMI





Nik Aziz: DAP guna logo detik bersejarah dalam perjuangan PAS


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kesediaan DAP untuk menggunakan logo PAS dalam Pilihan Raya 2013 sebagai satu detik bersejarah dalam perjuangan parti Islam itu.

Hari ini, setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengumumkan untuk menjadikan logo PAS sebagai sandaran di Semenanjung Malaysia jika pegawai pengurus (RO) menolak surat watikah dari calon parti tersebut.

Bagi negeri di Malaysia Timur di Sabah dan Sarawak, logo mata PKR akan digunakan oleh DAP sekiranya terpaksa.

“Dari sudut yang lain, kesediaan DAP menggunakan logo PAS ini saya sifatkan sebagai detik bersejarah dalam perjuangan PAS semenjak lebih separuh abad ia ditubuhkan,” kata Nik Abdul Aziz dalam satu kenyataan petang ini.

Semalam pendaftar pertubuhan (RoS) menghantar satu surat kepada pucuk pimpinan DAP mengatakan mereka tidak mengiktiraf pemilihan CEC yang dijalankan pada Disember tahun lalu.

Menurut menteri besar Kelantan sementara itu, keberanian DAP untuk menggunakan logo bulan PAS untuk bertanding di kawasan Cina membuktikan tembok perkauman yang selama ini cuba ditanam oleh pemerintah Barisan Nasional (BN) akhirnya berjaya dipecahkan.

“PAS dan DAP sering dilagakan oleh Umno/Barisan Nasional. Di hadapan bangsa Melayu, pemimpin Umno menakut-nakutkan mereka dengan bahaya DAP dan begitu juga sebaliknya di hadapan bangsa Cina, mereka digembar-gemburkan dengan imej PAS sebagai taliban, radikal dan sebagainya.

“Hari ini, benteng tersebut telah runtuh sepenuhnya. DAP tanpa takut-takut lagi telah merobohkan persepsi ini apabila bertindak berani memilih logo PAS untuk bertanding di kawasan-kawasan yang telah diperuntukkan kepada mereka khususnya kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Cina,” tambah beliau dalam kenyataan yang disiarkan di portal Harakahdaily itu.

Nik Abdul Aziz bersimpati dengan kejadian yang menimpa DAP pada saat-saat akhir sebelum hari penamaan calon yang akan diadakan esok.

“Isu logo sekalipun mungkin nampak kecil bagi sesetengah pihak, tetapi ia melambangkan maruah dan harga sebuah perjuangan,” katanya.

Petang tadi Lim Guan Eng mengatakan calon DAP akan diberikan dua borang penamaan calon apabila hadir di pusat penamaan calon di 51 kerusi parlimen dan 103 kerusi negeri yang akan ditandingi oleh oleh parti itu pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

“Kami akan sediakan dua surat watikah dan kita akan serahkan surat DAP terlebih dahulu dan jika ditolak, surat watikah kedua dari PAS di bawah logo bulan akan digunakan,” kata beliau dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat DAP di sini merujuk kepada pertandingan di semenanjung Malaysia.

Ketua menteri sementara Pulau Pinang itu mengatakan keputusan tersebut dicapai kerana penyokong mahukan parti mencuba menggunakan simbol Roket.

-TMI

4 ulasan:

  1. Kamu wahai orang2 Islam,apabila kamu tidak mahu melaksanakan apa yang telah ditetapkan oleh Allah; maka maka Allah akan menggantikan kamu dengan suatu kaum yang mana dia akan memerintah dengan lebih adil dan membenarkan apa2 yang telah diperintahkan oleh Allah untuk orang Islam.Inilah titik permulaannya. MAS Ipoh.

    BalasPadam
  2. ada hikmah di sebaliknya...

    BalasPadam
  3. macam ada kesepakatan antara ROS, BN/UMNO dan SPR, baling batu sembunyi tangan

    BalasPadam
  4. RoS lu jaga. kalau kami dapat maklumat you bersengkol dengan UMNO, we akan dedahkan habis - habisan guna facebook, twiteer dan sebagainya supaya satu dunia tahu you juga adalah prnipu. Sekarang tiada bukti i tak dapat komen.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.