23 Apr 2013

Calon Bebas: Sebab Namanya Tercicir, Rais Tibai Najib


Calon bebas: Rais Yatim salahkan Najib

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim seolah-olah menyalahkan Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak dalam masalah yang timbul dalam pemilihan calon BN kali ini.

Rais, yang digugurkan daripada menjadi calon di pilihanraya umum ke 13 kali ini memberikan bayangan bahawa penentuan calon tidak dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.

"Dalam menentukan calon mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti mereka,” kata Rais.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sumber Umno berkata kriteria ‘winnable’ candidate sebenarnya tidak wujud dalam BN.

Katanya, yang ada hanya calon-calon team Kak Ros atau bukan. Kali ini, asalkan calon-calon yang disukai Kak Ros akan dicalonkan sebagai calon BN.

"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," rungut Rais lagi, yang dilaporkan sangat kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke 13.

Rais turut berkata calon mesti ditentukan dengan lebih awal untuk mengelakkan timbul masalah ketidak puasan pihak tertentu di saat-saat akhir, seperti yang berlaku sekarang.

Semalam, seramai 61 ahli Umno termasuk pemimpin Wanita Umno berpengaruh Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Datuk Mohd Shariff Omar dipecat serta merta kerana bertanding sebagai calon Bebas.

Perkara itu diputuskan oleh Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail menggunakan fasal 20.10 Perlembagaan Umno.

Fasal itu menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

"Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat," katanya Ahmad Rithaudeen yang dipetik Sinar Harian.

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan sekurang-kurangnya 22 ahli dan pemimpin Umno dipecat kerana bertanding atas tiket bebas. -HD


Kamalia, Mohd Shariff antara 61 ahli dipecat Umno


KUALA LUMPUR: Umno memecat 61 anggota Umno serta-merta kerana bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi Jawatankuasa Khas Lembaga Disipilin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail berkata keputusan pemecatan itu diambil selaras dengan fasal 20.10 Perlembagaan Umno yang menyatakan mana-mana anggota Umno yang bertanding sebagai calon bebas akan dipecat daripada parti dan tidak akan diterima keahliannya selama-lamanya.

“Surat-surat pemecatan keahlian telah dihantar kepada mereka yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bekas naib ketua Wanita Umno Datuk Kamalia Ibrahim adalah antara yang dipecat kerana bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.

Turut dipecat ialah bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga bekas Ketua Bahagian Tasek Gelugor Datuk Seri Mohd Shariff Omar, yang bertanding di Parlimen Tasek Gelugor dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Sepang Datuk Suhaimi Mohd Ghazali yang bertanding kerusi Parlimen Sepang.

Datu Badruddin Tun Mustapha juga dipecat kerana bertanding di Parlimen Semporna dan DUN Senallang.

Ahmad Rithaudeen berkata selain itu, tiga anggota Umno akan dipanggil minggu ini bagi menjawab tunjuk sebab mengapa tindakan disiplin tidak boleh diambil terhadap mereka kerana menjadi pencadang, penyokong atau gagal menyerahkan borang calon pada hari penaman calon Sabtu lepas.

Mereka akan dipanggil mengikut Fasal 20.8 Pelembagaan Umno dibaca bersama perkara 3 Tataetika Ahli Umno (Gagal mengikut perintah-perintah parti atau gagal menjalankan dasar-dasar parti).

“Lembaga Disiplin Umno sekali lagi mengingatkan anggota Umno bahawa lembaga disiplin telah bersiap sedia untuk bertindak ke atas mana-mana anggota Umno yang melakukan kesalahan sabotaj parti dalam waktu tempoh berkempen pilihan raya umum ke-13 ini.

“Tindakan tegas termasuk pecat dan gantung keahlian akan diambil setelah bukti-bukti dan laporan daripada pemantau yang dilantik diterima dan disiasat secara terperinci,” katanya.

Ahmad Rithaudeen juga meminta semua anggota parti supaya bersatu-padu dan menyokong calon-calon Barisan Nasional (BN) yang dinamakan bertanding oleh pucuk pimpinan parti.

“Jauhi perbuatan sabotaj atau perbuatan yang boleh melemahkan parti dan BN,” katanya.
- Bernama



Berikut nama yang disenaraikan oleh Umno Online:


1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI MOHD SHARIFF HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATUK SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) – YAACOB MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BABA

12. PARLIMEN BERA- MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG- ZAINUDIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)- AMEIR HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – ROSLI OMAR

26. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF MASUD

27. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI WAHAB

28. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI IBRAHIM

29. PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL HAMIDSOR

30. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR SAKA

31. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD MANUKE

32. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR KAWI

33. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI EDRI

34. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN ATANG

35. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU ENJIL

36. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE PG. HINDI @ ABDUL GHANI

37. HUSSEIN MUMAKIL

38. JULKALANI ABD RAHMAN

39. MAMAT BALHANA

40. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM TALIP

41. ABDUL MANANG HATIB LAWARI @ OS

42. ATAL MUHAMMAD K.K ABD MENANG

43. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH ABU BAKAR

44. DUN SEBATIK (KALABAKAN) – MOHAMAD YUSUP LEWAH

45. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN HARITH

46. AK. ALIUDDIN PG. MOHD. TAHIR

47. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI SUHAILI

48. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI SAMAT

49. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH MADARAK

50. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH AGITOR @ MOHD DAUD

51. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN MUSTAPHA

52. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD ABDUL

53. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN IBNU HASSAN

54. SHARIF SHAMSUDDIN SHARIF SAGAF

55. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN TUN DATU MUSTAPHA

56. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID SAHJINAN

57. PARLIMEN TAWAU – AHMAD AWANG @ MADON

58. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA ZAINAL


Ulasan GB

Nama Rais Yatim sudah menjadi sejarah...sama seperti nama-nama Syed Hamid Albar, Rafidah Aziz, Radzi Sheikh Ahmad yang telah digugurkan dari menjadi calon PRU.

Yang menariknya ialah

"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," rungut Rais lagi, yang dilaporkan sangat kecewa kerana tidak dicalonkan sebagai calon BN dalam pilihanraya umum ke 13.

Dalam bahasa yang mudah beginilah bunyinya:

"Walaupun aku dah tua, Najib ingat aku tak produktif lagi ker?"

Semua orang tahu bahawa Rais adalah menteri paling mengampu di dalam kerajaan BN. Sesiapa pun jadi PM beliau akan "disembahnya" demi untuk mempastikan survivalnya di dalam UMNO dan BN terus berlansung.

Rais pun mengeluh .... puas sudah aku mengampu, namaku dicicirkan jua oleh Najib...

Namun hukum kebenaran dan keadilan tetap berlaku juga. Orang yang paling banyak mengampu dan membodek itulah yang paling buruk perangainya dan tidak layak untuk memimpin. Sebab jika tak ada apaapa, takan sanggup lakukan seperti di bawah ini:




10 ulasan:

  1. petanda Be ended akan hancur

    BalasPadam
  2. Kesian dia , sekarang tiada PM nak di ampu jangan ampu ampu Maid Indonesia sudah.....berang orang rumah nanti!

    BalasPadam
  3. Ada 2 kekecewaan di sini.

    1. Tak jadi calon

    2. Tak diberitau dari awal. Tak sempat nak ambik borang calon Bebas.

    Hehe..

    BalasPadam
  4. dia pernah bakar jembatan..
    jembatan yg ada padanya hanya org yg kesian bagi pinjam... muka tak tau malu..!!
    apa dah jadi sekarang bila jembatan dah org ambik balik..?? pergilah terjun ke lubang jamban kalau ada maruah....

    BalasPadam
  5. Baru sekarang berani nak sebut pasal kak ros?

    BalasPadam
  6. Rosmah...hari dah nak hujan,angkat kain..!!!Rais....jambatan dah runtuh, angkat kaki....boleh bla....!!!

    BalasPadam
  7. Minta tolong sangat2 kpd pimpinan PR supaya jangan sesekali mengambil 61 manusia ini masuk ke dalam PR. PR bukannya bakul sampah. manusia2 yang tamak jawatan seperti ini pasti akan menyusahkan PR di kemudian hari. mereka keluar umno kerana di pecat, bukan keluar secara sukarela kerana keinsafan diri..

    BalasPadam
  8. maha suci ALLAH telah menentukan bahwa mantaN MENTERI 10 MINIT ni dikuburkan oleh BOOSnya sendiri...krn
    bodek melembukan diri...kami hanya beri pakatan rasional brcakap 10minit
    sekali saja bagi menunjukkan betapa ADILnya B angkai N egara dan arwah2
    um NO DULU KINI DAN SELAMANYA.INSHA ALLAH semua pemimpin dn penyokong mereka akan terkubur pada PRU13.

    BalasPadam
  9. KALAU RAIS BUKAN PENGAMPU, SILA MASUK PAKATAN RAKYAT.

    BalasPadam
  10. Rais jantan penakut, Kamilia wanita berani, Rafidah dan Shahrizat takut sejarah hitam, mana berani lawan boss

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.