24 Apr 2013

[BERGAMBAR & VIDEO] InsyaAllah, Husam Bakal YB Putrajaya


Tidak lama lagi, YB Putrajaya." Itulah mesej pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pengarang kanan sebuah akhbar harian malam tadi.

Bersama SMS itu, beliau menyertakan gambar-gambar orang ramai yang memenuhi ceramah calon PAS Datuk Husam Musa di Putrajaya.

Melalui gambar itu jelas kelihatan suasana orang ramai yang penuh sesak di ceramah Husam yang sangat luar biasa bagi kawasan Putjaya.

Ini kerana, sebagai pegawai kerajaan, penduduk Putrajaya agak sensitif dengan ceramah yang dianjurkan bukan BN.

Namun semangat untuk berubah telah merubah segala-galanya di Putrajaya.

Malam tadi Husam berceramah di Padang Presint 9, Putrajaya. Turut memberikan ceramah malam tadi adalah bekas MB Selangor, Tan Sri Muhamad Haji Mohd Taib yang baru menyertai PAS.

Sejak petang semalam lagi Husam sibuk dengan pelbagai aktiviti di Putrajaya.

Jam 5.30 petang, beliau turun minum petang di Monumen 2020 bersama penduduk Putjaya.

Jam 6.30 petang pula beliau berkempen di pasar malam dsambil menyapa pembeli dan peniaga di situ.

Jam 7.30 malam, beliau menunai solat Maghrib di surau Alhuda, Presint 9 bersama jamaah di situ.

Jam 8.30 malam pula beliau menunaikan solat Isyak di surau Abdul Rahman, Presint 9.

Pada malamnya, beliau memberikan ceramah umum di padang Presint 9 berdekatan Sekolah Rendah Agama An-Najjah bersama Dr Zaiyadi Awang Noh (bekas ketua pemuda Umno Kelantan) dan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Mantan Menteri Besar Selangor). -HD









CERAMAH MAT TAIB BANTU HUSAM DI PUTRAJAYA


13 ulasan:

  1. suatu harapan yang tidak boleh diragukan,,
    maju ke hadapan wahai pejuang,,
    jangan ditoleh melihat penkhianat tersungkur,,
    doa dan restu kami iringkan,,
    agar kejayaan dapat dikecapi,,



    Insyaallah,,

    BalasPadam
  2. Cukuplah selama ini UMNO/BN 'memenjarakan' kakitangan kerajaan;
    Cukuplah selama ini UMNO/BN memesongkan fikiran kakitangan kerajaan;
    Cukuplah selama ini UMNO/BN 'memperhambakan' tenaga kakitangan kerajaan;

    cukuplah...cukuplah...cukuplah...

    BalasPadam
  3. Kita sma2 munajat kpd ALLAH..agar chaya ISLAM brsinar d PUTRAJYA...msa bkempen 15 hri ( maana nya 15 round)...di round ke15..(5mei) nanti..mdh2an ALLAH menurunkn bantuan nya hingga tsungkur ( KO B End ) undi PAS PKR DAP di tmpt msing2..slam dri sya utk sluruh WARGA PAKATAN RAKYAT.

    BalasPadam
  4. insyallah... Putrajaya akan beralih angin... Husam akan mjadi titik sejarah perubahan d kawasan itu.. takbirrr

    BalasPadam
  5. Alhamdullillah !!!!!

    tahniah Pakatan Rakyat....

    Apakah sama airmuka Kepala Syaitan dan airmuka Orang Beriman sesuai untuk menjadi Pemimpin , melainkan Malaon.

    Tahniah Husam.... Approved.

    BalasPadam
  6. Ya Allah perkenankanlah semoga PR maju dan mentabdir putrajaya..aminyarabbalamin

    BalasPadam
  7. Kalo kalah juga PR n gagal nak tawan putrajaya, confirm2 SPR dah kene suap.. Bila ini terjadi, mari ramai2 turun ke jalanraya n demo besar2an seluruh negara kita jatuhkan BN.. Jgn lg percaya pd SPR.

    X sanggup lg nak punyai pemimpin kaki rasuah.. Kita rkyat makin susah, dia pula sedap jer belanja duit cukai..

    Kita tidur pikir mcm mana nak dapat duit dia pula pikir kat mana nak belanja duit ni.. Haha..

    Jom ubah dan undi calon PR.. Buang BN selamanya dari bumi malaysia ini!!!!

    -andy-

    BalasPadam
  8. 1.jgn yg datang dgr tu orang luar putrajaya,takguna juga
    2.kena org putrajaya sendiri turun keluar mengundi

    BalasPadam
  9. Semoga Husam Musa menjadi pelopor sistem pemerintahan Islam di Putrajaya. Dan seterusnya rakyat hidup dengan aman sejahtera dan mewah.

    BalasPadam
  10. Harga minyak RM1.50 mulai 7 May 2013. Inikalilah .....

    BalasPadam
  11. ini kalilah....takbir !

    BalasPadam
  12. Bukan setakat Putrajaya, insyaallah Pakaran rakyat akan perintah Makaysia

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.