Apr 9, 2013

Belum Apa-apa Seluar Papagomo Dah Terlucut, Tak Layak Jadi Calon!


Peguam persoal kelayakan Papagomo jadi calon

Pengumuman penulis blog kontroversi Papagomo untuk bertanding menentang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disambut dengan tanda tanya oleh para pengamal undang-undang yang mempersoalkan kelayakan bekas anggota polis itu sebagai calon.

Tanda tanya itu timbul memandangkan Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini didapati bersalah atas kesalahan rasuah dan didenda ketika bertugas sebagai konstabel polis trafik.

Mahkamah Rayuan pada tahun lalul mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi, dan Wan Muhammad Azri didenda RM10,000 dan dijatuhi hukuman penjara 14 hari.

Seorang peguam, Razlan Hadri Zulkifli, berkata Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding disebabkan hukumen berkenaan memandangkan keputusan mahkamah itu dibuat pada tahun lalu.

“Maka, Wan Muhammad Azri tidak boleh bertanding melainkan Wan Muhammad Azri bukan Papagomo,” katanya.

Seorang lagi peguam, Ranjit Singh juga sependapat dan berkata individu yang dikenakan hukumen denda RM2,001 dan lebih tinggi tidak boleh bertanding, seperti yang diperuntuk dalam Perkara 48 dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan itu menyebut, seorang anggota parlimen hilang kelayakan apabila didapati bersalah dan dijatuhi hukumen utuk tempoh tidak kurang dari satu tahun dan didenda tidak kurang dari RM2,000 dan tidak menerima pengampunan.

Perkara itu juga menyatakan, individu yang didapati bersalah tidak dibenarkan untuk bertanding dalam tempoh lima tahun. -mk

14 comments:

Amuraria said...

mungkin partu sekutu apco boleh 'ubah' akta tersebut! ABU !

Tokwan Pencen said...

Kenapa "LONDEH" sekarang ?
Tunggula dihari penamaan calon, tamat masanya ada "Masa Bantahan", haaa masa tuuu laaa kita "LONDEH" dia.

papa bukan gomo said...

papagomo ialah aset berharga UMNO.. orang lain akan diupah untuk mengaku sebagai papagomo dan bertanding di PR.. seterusnya menyelamatkan wan azri daripada disaman.. kemudian blog papagomo akan ditutup oleh SKMM, manakala orang yang diupah tadi akan dihukum penjara beberapa bulan/tahun.. papagomo yang sebenar pula akan memulakan blog baru dan terus menyebarkan fitnah..

Yong said...

Salam Greenboc

Heheheh, akhirnyer ader peguam yang sependapat dengan Yong.

http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/04/sudahkah-papa-gomo-menjalani-hukumannya.html

http://yongsukakuning.blogspot.com/2013/04/aktivis-dan-peguam-ameno-yang-tak.html


Anonymous said...

Tak kan peguam UMNO tak tahu perkara ini. Acah je lebih.

papa bukan gomo said...

tokwan pencen, mana ada "masa bantahan" lagi sekarang.

angtuah said...

Kenapa tak calonkan dibawah tiket BN. BN pun takut Papagomo kalah

Anonymous said...

Lepas dia gi penamaan calon, nuar ngan husam pi tangkap dia dan ajak masuk mahkamah. Tak payah lagi nak dakwa dakwi sapa sebenarnya papagomo tu.

**Alamak, terpecah lobang pulakkk!

Any said...

Chittt.. ader hati nak jadi YB. Anak bini sendiri tak leh jaga nak jaga rakyat..phuiii

orangpencen said...

Tak perlu tanda tanya lagi.... kalau tak mcm mana mangkuk hayun ni boleh selamba saja masuk dlm kapal selam tldm

Anonymous said...

kah kah kah

Anonymous said...

takpa kalau tak boleh bertanding disini papagomo jangan risau pi lah bertanding kat pilihanraya umum bangladesh, lagipon muka papagomo pon dah seakan muka bangla ..

kg senduk bg said...

kalau setakat lulus SRP.... tak payah lah ada hati nak jadi ahli politik.... agak2 le.... mangkuk oiiii....

Anonymous said...

Londeh Papagomo sampai tanpa seurat benang.