Kuala Lumpur: Bekas pemimpin veteran Umno Datuk Tamrin Abdul Ghafar mendakwa ada lagi pemimpin tertinggi Umno yang akan mengikuti jejak langkah bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyertai PAS.
Tamrin berkata, individu itu merupakan seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno senior yang kecewa kerana tidak dicalonkan bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
“Dia tak gembira dengan keputusan itu dan ada kemungkinan besar dia akan masuk PAS dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Anak mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Ghafar Baba itu berkata, hasrat pemimpin MT Umno dinyatakan semasa pertemuan singkat pada minggu lalu.
Katanya, pemimpin Umno itu turut mendakwa ramai rakan-rakannya yang tidak dinamakan bertanding atas tiket Umno sedang berbincang secara serius untuk memberi sokongan secara terang-terangan kepada calon Pakatan Rakyat.
Sementara itu, dalam kenyataan bersama Muhammad, Tamrin menyeru ahli Umno khasnya 61 pemimpin Umno yang dipecat kerana bertanding atas tiket Bebas memberikan undi kepada calon PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU13.
“Kami berdua dengan rendah diri dengan ini menyeru semua rakan-rakan yang masih berada dalam Umno untuk bersama-sama kami membuat perubahan.
“Kami yakin masa depan sudah tidak ada dalam Umno. Dengan corak dan pendekatan politik yang ada, Umno sudah tertinggal di arus perubahan negara dan dunia,” katanya.
Katanya semua calon Umno yang terpilih itu terdiri daripada mereka yang tidak layak, bermasalah dan mempunyai agenda kepentingan peribadi.
Disebabkan itu, Tamrin menjangkakan banyak kerusi Parlimen yang dimenangi BN sebelum ini akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.
Beliau turut meramalkan tindakan BN yang memindahkan Datuk Mukhriz Mahathir daripada Parlimen Jerlun ke kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam sebenarnya ingin membunuh karier politik anak mantan Perdana Menteri itu.
“Sepatutnya kerusi yang selamat untuk Mukhriz adalah DUN Kuah di Langkawi kerana ada sentimen Mahathir yang telah membangunkan Langkawi.
“Kawasan Jitra (Kayu Hitam) itu kawasan kuat PAS. Dua PRU yang lalu PAS menang.
“Memang ada unsur cubaan nak pekena dia sebab ada kumpulan lain yang nak jadi Menteri Besar juga,” katanya. -FMT
Teruskan strategi seperti yang dirancang, insyaallah BN akan tumbang walaupun mereka menipu
BalasPadamwamakaru wamakarallah wallahhukhairunmakirin, memang sudah sampai umur UMNO akan di kuburkan, bersyukur hidayah telah di kurniakan kpd veteran2 umno. selamat berjuang mempertahankan islam dan kesaksamaan dan keadilan semua.
BalasPadamHarap kesucian PAS tidak dikotornya
BalasPadamKalau pemimpin-pemimpin besar UMNO yang punya kepentingan besar juga sanggup terang-terang meninggalkan UMNO menyertai PAS,kaki tangan kerajaan yang masih bertugas tak usah gusar dan takut mengundi Pakataan Rakyat.Selepas 6hb Mei,kerajaan baru,jangan khuatir.
BalasPadamSyabas kepada tuan tuan yang telah berhijrah dari zulumat kepada cahaya petunjok, TAHNIAH semoga Allah memberkati langkah anda.
BalasPadamBarangsiapa berhijrah meninggalkan lubok keburokan kejahatan maksiat menuju kepada lingkungan kebaikan taqwa dia berhak mendapat kemuliaan di sisi tuhan.
Berhijrah dengan penuh keinsafan kesedaran bahawa sesunggohnya tiada suatu faedah apapun berjuang di bawah panji asobiah yang sempit, marilah sama sama kita berjuang bersama para ulama yang membawa seruan keadilan Islam yang lebih sempurba untuk semua.
Kepada yang masih bertanggoh, ayoh bangun berhijrah menuju kemenangan yang lebih besar. Adalah lebeh bermakna jika tuan tuan hijrah sebelum pukol 5 petang pada 5 Mei ini, sokongan anda didalam peti undi dialu alukan bagi MENOLAK KAJAHATAN dan menyelamatkan zuriat keturunan di masa depan. Insya Allah.