24 Mac 2013

[VIDEO] 31 Ahli Dan Aktivis Umno Besut Sertai Pas


Besut - Seramai 31 orang bekas ahli dan aktivis Umno Besut, khususnya dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Hulu Besut meninggalkan parti tersebut dan menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS seumur hidup.

Bekas Ahli Jawatan Kuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ramli bin Bidi (Mat Bidi) 62 tahun mewakili rakan-rakannya menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dalam satu Majlis Ceramah di Kampung Lubuk Kawah, Hulu Besut, di sini malam ini, Sabtu 23 Mac.

Dari jumlah 31 orang bekas aktivis Umno itu, enam orang yang keluar adalah dari Kampung Lubuk Kawah dan 25 orang dari Kampung Kayu Kelat. -BO


2 ulasan:

  1. sesungguhnya um NO sudah lama mampus
    sejak mahkamah mengharamkan tahun80an
    keris 2pun hanya tinggal satu.hanya yg berKARAT saja mngaku um NO TETAP wujud.mereka terus diperbodohlembukan
    bahawa um NOskrglah yg merdeka negara
    dari BRITISH.Hingga BODOH DAN DITIPU
    menyambut ulangtahun 66tahun pula.dan
    hari ini pula muhyidin nyatakn tgganu
    amat penting utk terus memBAHAM harta
    rkyat.BALASAN ALLAH jua bila rampas ryalti myak TERENGGANU DARUL RUNTUH

    BalasPadam
  2. Pakatan Rakyat memang punya peluang baik untuk tawan semula Trengganu.Tapi ada syarat - Syarat utama,jangan lagi kemukakan calun-calun "kuda tua" yang sepatutnya sudah dibersarakan.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.