12 Mac 2013

UMNO Ganas, Pakatan Rakyat Bakal Menang Lebih Besar


Keganasan Umno akan memberi kemenangan lebih besar kepada Pakatan Rakyat, jadi tidak timbul soal bertindak balas, kata Pengarah Propaganda Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas keganasan yang mengancam nyawa apabila kayu dan telur dibaling ke arah bangunan ibu pejabat PKR di Damansara, semalam.

Minggu lalu, keganasan juga telah berlaku dalam satu majlis ceramah di Bukit Katil, Melaka yang menyebabkan dua orang hadirin cedera berdarah di kepala.

Katanya, semua keganasan itu berlaku dengan jumlah yang kerap semenjak Umno dan Barisan Nasional dilihat tidak mampu bangkit dari kekalahan PRU tahun 2008.

Menurutnya, keyakinan terhadap mereka untuk terus memerintah terus merundum.

Maka, ujarnya di atas kedudukan getir itu, penyokong Umno tertekan dan mula membuat kacau menyedari mereka masih dipelihara oleh undang-undang.

“SAMM tidak terkejut dengan apa yang berlaku kerana ia telah banyak kali berlaku dan ia juga sebahagian dari proses perubahan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

SAMM juga, kata beliau tidak terkejut mengetahui sebuah balai polis terletak selang dua pintu dari lokasi serangan berlaku dari Ibu Pejabat PKR.

“Bagi SAMM, jika kekacauan seperti ini tidak dibendung, ia akan berlarutan hingga ke musim pilihanraya. Dijangka semakin dekat tarikh PRU pasti lebih banyak lagi keganasan dicetuskan,” ujarnya.

Justeru, katanya tangkapan harus dilakukan ke atas penganjur perhimpunan untuk kekang keganasan seterusnya.

“Juga telah terbukti ia bukan perhimpunan yang aman apabila objek kayu dan telur dilontar membahayakan keselamatan awam. Terdapat beberapa video yang boleh dijadikan bahan bukti,” katanya lagi. -HD


7 ulasan:

  1. rakyat tidak mudah diperbodohkan oleh samseng UMNO,
    rakyat tidak mahu samseng samseng UMNO memerintah Malaysia kerana puak puak samseng unmo akan menjadi penyamun belesen curi wang cukai dari titik peluh rakyat, rakyat akan jadi papa kedana, samseng UMNO akan menjadi kayaraya.
    Rakyat bukanya BODOH, sudah serik kena tipu oleh pemimpin samseng UMNO.

    BalasPadam
  2. CIKGU-CIKGU JANGAN PEDULI ANAK SAMSENG MACAM NI...JANGAN DOK AJAR ANAK DEPA.

    BalasPadam
  3. Baguslah gitu buah banyak kekecohan lagi UMNO kita yang untuk kelak, Nak salah siapa? kita pengikut BN ditipu pemimpin membenarkan samseng gila tidak dicekup segera.

    BalasPadam
  4. Langkah yang bijak biar rakyat lihat sendiri, apabila kalah siapa akan disalahkan Najib yang diam membisu kini.

    BalasPadam
  5. apa kecoh2 bai. melayu umno hanya diperbodohkan oleh mamak. sedarlah wahai melayu, multi-millionaire di Malaysia ini kebanyakannya mamak yg dinaikkan oleh mamak.

    BalasPadam
  6. Sebab itulah UMNO boleh dikatakan sebagai organisasi pengganas terbesar di M'sia kerana nak suruh rakyatnya jadi pengganas.

    BalasPadam
  7. ini semua waris-waris Pemuda Umno tahan lasak 1969.. datuk-nenek diorang pun mcm 2 gak dulu..
    Ketua dewan pemuda PAS pasir mas tahun 1969 kan terkorban menegakkan syiar Islam melalui PAS.dek perbuatan..

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.