7 Mac 2013

Tangan Suspek "Pengganas" Tidak Bergari - Bukti Sandiwara?


Kerajaan seringkali memberi amaran supaya pengamal media baru tidak mengatakan insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara pihak kerajaan BN...

Kerajaan marah jika kita kata sedemikian...

Tapi tindakan yang diambil oleh kerajaan sendiri yang membuatkan rakyat memikirkan ianya satu sandiwara semata-mata..

bagaimana rundingan sia-sia yang dijalankan selama hampir sebulan..?

bagaimana lambatnya kebenaran diberikan terhadap pihak tentera bagi mengambil alih situasi dari pihak PDRM yang sebelum itu telah pun mengorbankan seramai 8 anggota polis...

kerajaan juga cuba menyalahkan Anwar di dalam insiden di Lahad Datu itu, bagi meraih kepentingan politik BN..

Dan yang terbaru yang kini tersebar di banyak laman sosial adalah bagaimana pengganas-pengganag yang ditahan ini tangan mereka tidak bergari..?

pengganas tidak digari tangan mereka..?



Begitukah cara kita melayan seorang pengganas..?

dengan berbudi bahasa dan tidak memalukannya dengan tidak mengikat tangan mereka..?

Jika benar begitu peraturannya bagaimana pula dengan peserta Bersih 2.0 yang ditahan ini..?

tangan mereka diikat walaupun mereka hendak menunaikan solat..

tangan mereka diikat walaupun mereka cedera...


Kenapa pengganas Sulu dilayan lebih baik daripada warga negara asal yang menuntut satu pilihanraya yang bersih dan adil..? -LiangLahad



Kalau nak lebih jelas sila tonton video di bawah ini pada saat ke .30:



Ulasan GB

Ada beberapa persoalan menarik untuk direnungkan.

Pertama seperti yang ditimbulkan di atas, pihak polis perlu jawab, kenapa tangan seseorang yang dikatakan suspek pengganas tetapi tangannya tak bergari.

Jika tidak pihak berkuasa tidak boleh menyalahkan rakyat yang berpersepsi, ini semua sandiwara belaka.

Kedua, kenapa baju berlambang gambar Shafie Apdal yang tertera?

Ada yang bertanya GB kenapa pakai baju bergambar Shafie Apdal dijadikan isu?

Mari GB jawab. Sungguh hairan, sewaktu kes Semporna begitu hebat dilaporkan, kelibat batang hidung ahli parlimennya iaitu Shafie Apdal lansung tidak kelihatan.

Rakyat juga boleh berpesepsi bahawa apakah ini perancangan pihak tertentu kerana Shafie dikatakan salah seorang menteri yang tak lepas tapisan SPRM untuk PRU13 ini dan justeru itu "sanddiwara" pemakaian baju berlambangkan gambarnya yang dipakai oleh "suspek pengganas" sebagai justifikasi lanjut untuk menggugurkan beliau?

Wallahu 'alam.

21 ulasan:

  1. Rasa nyer diorang ikat pakai cable-tie yang kasar tuh...

    BalasPadam
  2. MEmang betul la semua ini sandiwara belaka.. Nasib baik sekarang ada media internet dan blog... Kita dah tahu bukti yg sebenar.. Sampai tahap macam tu mereka2 bn umnongok, tentera dan polis nak menipu rakyat...

    BalasPadam
  3. Yea.... yea..... Ikat pakai cable tie ...... tu yang susah nak nampak tu..... Apasal ko tak terus jer cakap cable tie tu ikat kat jari jer....

    BalasPadam
  4. Dah menjadi kebiasaan UMNGOK menipu, dah tak pandai nak sembunyi lagi, tapi hanya yg bodoh sja masih percaya, sbb tak diberi hdayah Allah.

    BalasPadam
  5. yea yea yea harga minyak naik lagi... tahniah PM... rakyat didahulukan...

    BalasPadam
  6. Untuk terus berkuasa semua cara dihalalkan. Nyawa org tak penting. Kuasa mengatasi segalanya.

    BalasPadam
  7. tlg bagi tau camna aku nak postkan beritani FB aku. Aku nak tunjukkan kengkawan aku yg karat UMNO yg selalu memaki hamun PR kata PR dalang pencerohohan lahat datu. mereka2 ni langsung xnak bukak media alternative cuma tengok TV dan akhbar UMNO. Biar aku tlg bukakkan bijik mata mereka.

    BalasPadam
  8. Makin bertambah2 lah tempang skrip Lahad Datu yang di gembar gemburkan oleh kerajaan.... yang menerima padah adalah KITA.. Rakyat.. sebab tuh dia dah bagi slogan awal2 ... RAKYAT Didahulukan... PENCAPAIAN diutamakan...

    BalasPadam
  9. Gari menggari tak masuk dlm skrip,pengarah pon tak arahkan,pelakun ikut jer..penonton kenalah bijak menilai.

    BalasPadam
  10. Logik ke kalo ada yg mati tu d katakan sndiwara..jawab otak luar kata x logik..sapa kata ia sndiwara akn d dakwa..tpi otak dlm otak kata utk mmbntuk logik suatu konspirasi apa pun sjak zaman nbi adam a.s hingga mnjelang kiamat suatu korban trpksa msti d buat. Kes pmbunuhan julius ceaser zmn rome purba..pmbunuhan m.gandi india..abraham lincon..usa .robert kenedy usa..n banyak lgi prng dunia 1 & 2 adalah drama yg di rncang.. Pnjajahn barat british.spain.blanda..porrugis dll mracik2 krajaan mlayu nusantara..pembelotan pengkhianatan wow pnjang nya. Drama..

    BalasPadam
  11. UMNO tumpor negara selamat aman damai. Nakkan kuasa rakyat jadi mangsa. Celaka punya UMNO

    BalasPadam
  12. pemimpin ameno boleh menipu rakyat sebilang masa ttp pemimpin ameno TIDAK boleh menipu rakyat setiap masa...rakyat semakin bijak sekarang hnya cai2 aje masih bengong..ada otak ttp xda akal...dulu kini dan selama2nya bodo mcm ameno..hahahahah

    BalasPadam
  13. LAIN KALI TENGOK BERITA TU BIAR HABIS! TIME NI MUNGKIN TIDAK BERGARI. TAPI SELEPAS DIKUMPULKAN DI VAN, DIA ORG KENE MENIARAP SAMBIL TANGAN KENE GARI DENGAN KABEL WARNA PUTIH..ADOYAI...FITNAH..FITNAH..

    BalasPadam
  14. Lepas tu gari yg polis beli beribu2 ringgit tu simpan bagi tikus makan..

    BalasPadam
  15. boleh je guna cable tie ikat kat ibu jari, lagi susah nak lepas tuh.....

    BalasPadam
  16. 8 org anggota polis terkorban...salah siapa?
    salah kerajaan UMNO BN yang gagal menyekat kemasukan penceroboh ini sejak awal lagi... atau apakah mereka sengaja dibiarkan masuk? atau kerana mereka pemegang ic pemberian zaman tdm?

    BalasPadam
  17. Pakatan juga mampu mendaulatkan negara. Jgn ingat umno saja yg patriotik... PRU13 ni kita tukar saja yg br, lgpun dh lama diorg ni kita bg kuasa. cukuplah..

    BalasPadam
  18. sejarah telah terbukti boleh tanya saudara terdekat dlm kes terdahulu seperti

    Kes Memali dan AlMaunah (Grik)

    BalasPadam
  19. Anon 2 p.m kata tengok berita biar sampai penghujung...oklah boleh la..betul juga lah tu...TAPI KITA KENA ANALISA BERITA SECARA MAKRO DAN MIKRO....dulu tak ada internet ..boleh la pihak kerajaan buat propaganda memihak kepada nya sahaja.Tapi sekarang tak boleh la dek non....kebanyakan sejarah atau tragedi dunia adalah dibatu api oleh orang2 yang berkepentingan untuk BERKUASA. Dari Perang Dunia hingga matawang USA. Yang bukan hanyalah bencana alam seperti TSUNAMI...

    JANGAN JADI KATAK DIBAWAH TEMPURUNG

    BalasPadam
  20. Baru tahu kenapa tangan tak bergari?sebab pakai baju lambang / Muka pemimpin UMNOGOK, Cuba pakai baju muka Anwar confirm 1 dunia di canang,dok gitu

    BalasPadam
  21. Aduii,, peserta demontrasi bersih 2.0 ditangkap dan digari pdhal mereka bersenjatakan bendera dan botol air mineral,,tp pemberontak di lahad datu ditangkap tanpa digari pdhl mereka bersenjatakn M-16..pelik2,,,pengikut umno tak nampak lagi ke..??

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.