Mar 28, 2013

Sultan Kelantan Sentiasa Menziarah Rakyatnya...


Dalam gambar ini menunjukkan Tuanku Sultan Kelantan bertanya sesuatu tentang keadaan warga tua yang terlantar sakit..

Sultan yang begitu zuhud & menjadikan Allah sebagai prinsip memerintah... Tidak dapat dibezakan dari segi penampilan apakah beliau rakyat mahupun Sultan.. Tuanku sentiasa berpenampilan sederhana pakaian harian Tuanku adalah jubah & kopiah..

Ini lah Sultan yang mirip pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz Abad ke-21, Tuanku adalah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V (Tuanku Muhammad Faris Petra) sentiasa mencemar duli ke ceruk-ceruk kampung menziarahi rakyat.

ALLAHUAKBAR!!!

Itulah Tuanku Sultan Muhammad Ke-V Kebanggaan Rakyat Kelantan & Malaysia...

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"

10 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....moga tuanku dpnjgkan usia....aku bangga mjadi rakyat klante.....

Anonymous said...

Aku bukan rakyat Kelantan, tapi inilah satu- satu raja yang dapat ku curahkan kasih sayang dan mendoakan kesejahteraannya.
Ya Allah kurniakanlah ia seorang isteri soleha......... agar bertamabh ketaqwaan dan keimanan baginda

nana Penang said...

Macam nie punya sultan pun ada ka ? Alhamdulillah, moga Tuanku dan negeri jajahan Tuanku sentiasa dalam rahmat Allah.

Muhammad Anas Firdaus said...

Jika tuan-tuan/puan-puan dapat solat Jumaat di Kubang Kerian (dekat dengan Istana Kubang Kerian) Tuan-Tuan/Puan-Puan akan tenguk ramai orang menangis bilamana Imam membacakan doa (ketika khutbah kedua) supaya Allah melanjutkan usia tuanku Sultan Muhammad V ni dan semoga Allah memberikan keselamatan kepada beliau sentiasa. Sungguh saya tidak pernah merasai betapa doa kepada Sultan itu begitu dihayati ketika dibaca oleh Imam dan di aminkan oleh semua makmum. Allahuakbar..sungguh terkesan dihati melihat keadaan itu. Betapa rakyat bersyukur di anugerahkan Sultan sedemikian.

Anonymous said...

Sejuk mata hamba rakyat tengok khalifah yg sedar akan tanggungjawabnya yg sebenarnya....bukannya apabila jadi pemerintah...mulalah nak berlagak sombong dan hidup dalam kemewahan yg melampau...lupa pada rakyat yg susah...joli duit rakyat sesuka hati...tapi ingatlah setiap sen yg digunakan BUKAN pada tempat yg sewajarnya...pasti akan disoal kat sana...renung-renungkanlah...

Carlos Santiago said...

Sultan beginilah yg kita cari. semoga malaysia byk mengalami perubahan bila baginda menjadi agong nanti.

admin #BANkami

Anonymous said...

Adoi, cemburunya saya pad a rakyat Kelantan, dapat Sultan yg beriman(anak Johor).

Anonymous said...

Walaupun IC aku Kedah, sebab ayahanda aku orang Kelantan, aku bangga ada Sultan macam ni...

Anonymous said...

salam alaik.semuga baginda di limpahkan rahmat dan hidayah ALLAH swt selamanya dan semuga sultan2 lain boleh mencontohi baginda.

semuag bila menjadi YDA nanti bersama kerajaan baru ada perubahan ketara dalam negara ini.

ALLAH HUAKHBAR

Anonymous said...

hendaknya sultan2 yg lain ikut contoh sultan kelantan ini. biarlah ade kesedaran sikit.