9 Mac 2013

Pengakuan Bapa Saiful Bukti Nyata UMNO Semakin Berkecai!


Dalam keadaan terdesak, UMNO pula cuba melawan bom nuklear yang diletupkan oleh Bapak Saiful dengan mengadakan sidang medianya tersendiri. Di dalam sidang tersebut yang baru sahaja selesai dilangsungkan, Saiful pula cuba mengajar bapaknya untuk kembali ke pangkal jalan.

Semua orang sahaja tersenyum melihat gelagat UMNO yang kini bagai cacing kepanasan. Anak pula yang mengajar bapa.

Nasib UMNO kini benar benar mirip kerajaan Jepun dan Nazi semasa pengakhiran Perang Dunia Kedua dimana ramai cuba meninggalkan kapal bahteranya yang nampak sudah nak karam.

Pertama, pengakuan bapa Sayful sekali gus menghancurkan segala percubaan untuk mempalitkan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan pelbagai isu. Ianya menghancurkan percubaan mempalitkan Dato Seri Anwar dengan isu pencerobohan Lahad Datu, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu China Doll, ianya menghancurkan percubaan mempalitkan DSAI dengan isu Sodomi 1 dan Sodomi 2.

Ini kerana, semakin lama DSAI cuba dipalitkan dengan seberapa banyak isu yang boleh, maka semakin sukar ianya untuk dipercayai oleh rakyat jelata. Dengan adanya pengakuaan Bapa Saiful, maka rakyat telah mendapat bukti jelas yang segala segalanya hanya perbuatan jahat yang bertujuan untuk memfitnah DSAI dan mewujudkan persepsi negatif terhadapnya.

Kedua, pengakuan bapa Sayful umpama meletupkan peluru berpandu di kampung UMNO. UMNO telah menghabiskan masanya berkempen secara habis habisan untuk membunuh karektor politik DSAI. Tujuan UMNO bukannya untuk memuliakan diri mereka tetapi untuk membuat DSAI kelihatan lebih teruk dari mereka.

Tetapi sekarang sebaliknya yang berlaku. Dahlah UMNO sinonim dengan pemimpin lemah, tidak patriotik, perasuah, kurang pandai, penuh dengan masalah dalaman, rasa bongkak, tidak demokratik, mata duitan dan mencipta isu demi survival politik, racis, berfikiran sempit tetapi kini mereka bakal dikategorikan sebagai pemfitnah.

Dengan adanya pengakuan bapa Sayful ni, maka UMNO tiada lagi sebarang lunas ataupun landasan untuk berkempen. Kalau nak berkempen kononnya pemimpin UMNO ni satu satunya pemimpin Melayu yang disegani, tak boleh kerana orang yang mendengar tu muntah.Kalau nak berkempen kononnya mereka pejuang Melayu terakhir - tak boleh kerana Perkasa dah ambil tempat tu terlebih dahulu. Kalau nak berkempen konnonya UMNO ni mempertahankan kedaulatan negara - tak boleh kerana UMNO mendalangi projek IC yang ditolak lebih 90% pengundi. Kalau nak kempen kononnya "Anwar Ibrahim itu ..." tak boleh. Tak sampai UMNO nak habiskan ayatnya orang dah lempar slipar!

Berkecai UMNO di cawangan. Berkecai UMNO di bahagian. Berkecai UMNO di siber. Berkecai UMNO di prasana antarabangsa. Berkecai!

Maka berlumba-lumbalah tikus meninggalkan bahtera UMNO yang sudahpun dah nak karam. Tan Sri Musa, yang sekian lama cuba menjadi mahluk dua alam dijangka akan berbuat sama. Kemudian ianya akan diikuti oleh bekas orang kuat UMNO sehingga tiada lagi pelampung keselamatan.

Dan setelah itu, maka berkaramlah bahtera UMNO sambil disambut sorakan dan tepuk tangan oleh kesemua rakyat Malaysia.


IMAM Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Pohigi mendedahkan konspirasi terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim yang dirancang oleh Timbalan Perdana, Najib Razak. Dalam temuramah eksklusif dengan Suara Keadilan, Ramlang berkata seorang pegawai khas kepada Najib telah mengaturkan segala persiapan upacara sumpah yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan disaksikan oleh beliau sendiri.

12 ulasan:

  1. Bila aku dengar Tok Jib bercakap tentang kedaulatan negara, termuntah aku ... Ada lagi manusia macam ni. Depa yang menggadaikan kedaulatan negara tapi bercakap macam Pahlawan Negara. Bila lagi Melayu nak sedar????
    Jangan lupa bahawa Melayu itu Islam tapi Islam itu bukan semestinya Melayu.
    Hendak lagikah kita pada Melayu ni menjual bangsa dan negara??????

    BalasPadam
  2. 1st ! Iman sah goyang bila menyekutukan Allah. igt perkara sumpah2 nie memain ke??

    BalasPadam
  3. ambe tgk video si sepol jap td..mana peginya tanda hitam kat dahi dia? dah takder laaa...

    dulu2, waktu tunjuk gmbr gi Mekah n dkt mahkamah, dahinya tak hilang2 tanda tu..tp ari ni tetiba hilang. Kata org, tu tanda org kuat sujud..lama sgt sujud jd dahi jadi hitam..dan, selalunya tanda gitu susah nok hilang melainkan....eeeerrmmmm....ntahlah..

    BalasPadam
  4. Nak pecah perut aku ketawa bila dgr anak nasihatkan ayah supaya kembali ke pangkal jalan. Sepatutnya anaklah yang patut dengar nasihat ayah..kah..kah..kah. Memang benar skrg ini dah jaman edan..

    Insp Sivaji (the Boss)

    BalasPadam
  5. Seorang bapak tahu mane yg terbaik utk anaknye...smpai bile nk jd penghianat negara sendiri...sampai masa mati jua terseksa...

    BalasPadam
  6. Mana tanda hitam kat dahi dia?
    senang ke nak menghitamkan dahi dalam masa yg singkat?
    Senang nak hilangkan hitam di dahi dalam masa singkat?

    BalasPadam
  7. Masya Allah !

    Sesungguhnya mereka mereka yang Bloody Fool akan tetap jadi SayFool.... Sedih melihat anak yang di suap didik dari bayi 1 hari besar menombak baba nya dari belakang. Ketahuilah bala dari Allah SWT bagi mereka mereka yang menderhaka pada ibu bapa sendiri amat cepat datang tiba nya.

    Taubat lah selagi nyawa di kandong badan.....Makan lah Subway, tapi jangan hidup bagai Underway !

    BalasPadam
  8. Seorg sahabat pernah mengajar di kelantan. Dalam perjalanan pulang ke kampung di Johor dia telah terlanggar seorg penunggang motosikal. Dia telah meninggalkan mangsa tanpa memberi pertolongan. 3 tahun sahabat itu tak dapt tidur mlm dgn nyenyak. Dia dapat tau mangsa tersebut telah menunggal dunia. Setelah menemui kelurga mangsa, memohon maaf dan memberi saguhati barulah sahabat tadi tenang.

    BalasPadam
  9. Satu SUMPAH LAKNAT dah makan tuan. Kita tuggu dan lihat pulok SUMPAH LAKNAT ke-2 oleh Datuk Trio.... Bala yg turun keatas UMNO semakin menjadi-jadi akhir-akhir ni... Insaflah wahai UMNO...

    BalasPadam
  10. So Najib please bersiap sedia packing barang mu supaya kami hantar kamu ke Francis (kalau boleh jangan balik ke Malaysia lagi). Kawan baikmu sedang menunggu anda di Ferancis (William Buardon) dan dia sangat rindukan awak Najib.

    BalasPadam
  11. Wahai pejuang PR sedarlah kita sedang berjuang, dlm keadaan apa yg berlaku skrg kita seolah2 tlh merasa kemenangannya tapi ingat, kerana musuh menpunyai strateji yg cukup licik. Contohnya seperti beberapa pristiwa yg tlh berlaku kdg2 tak terfikir ianya konspirasi mereka. oleh itu istikomah lah.

    BalasPadam
  12. Tanda hitam kt dahi tu jgn2 dakwat hitam yg digunakan utk mengundi kot....

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.