14 Mac 2013

PAS Bidas Muhyiddin: Pembangkang Mahu Cetus Huru-hara, Bohong Kata Mat Sabu

DDakwaan bahawa pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan porak peranda hanya omongan bohong. kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sebaliknya, Mohamad atau Mat Sabu, sebaliknya berkata, pihak yang satu lagi mencetuskan kacau bilau ke atas ceramah-ceramah diadakan Pakatan Rakyat selama ini.

(Pihak yang satu lagi dipercayai merujuk kepada Barisan Nasional atau Umno).

Menurut Mat Sabu dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin itu tidak memberi sebarang nilai.

“Kita (pihak Pakatan) patuh kepada undang-undang. Mereka mengacau ceramah, buat sekatan, baling batu dan telur selama ini.

‘Depa (mereka) pembohong (merujuk kepada Tan Sri Muhyiddin Yasin). Dia (pihak satu lagi) yang datang buat kacau segala ceramah kita. Apa yang beliau cakap tiada nilai dan membohong tentang dokumen yang kata kami akan mengagalkan pilihan raya umum nanti,” katanya ketika dihubungi FMT.

Muhyiddin dakwa ada maklumat

Semalam Muhyiddin mendakwa mempunyai maklumat dan beberapa dokumen yang boleh dipercayai bahawa pembangkang merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum dengan mewujudkan keadaaan porak peranda.

Muhyiddin mendakwa pembangkang gementar dengan sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional yang sudah mula meningkat.

“Macam (penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat,” dakwa Muhyiddin.

Mat Sabu menggesa Muhyiddin agar mendedahkan dokumen yang dipercayai pihak pembangkang merancang untuk mengagalkan pilihan raya umum.

Sambil mengulangi dakwaan Muhyiddin itu sebagai bohong, Mat Sabu percaya ia hanya kenyataan terdesak untuk mendapatkan sokongan rakyat kepada BN semata-mata. -FMT


Seolah-olah 'ada pihak' mahu huru-hara – Dr Hatta

Dakwaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kononnya Pakatan Rakyat merancang huru-hara merupakan satu dakwaan yang tidak berasas.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr. Mohd Hatta Ramli, berkata bagaimana Pakatan Rakyat yang berkeyakinan untuk menawan Putrajaya boleh bercadang untuk menimbulkan huru-hara.

"Untuk apa huru-hara itu? Siapa yang untung jika kita bercadang untuk timbulkan huru-hara? Dalam suasana kita (Pakatan Rakyat) bersedia menjadi kerajaan baru, sudah tentulah kita mengharapkan satu suasana yang lebih aman supaya transisi ke arah itu lebih baik," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Selain menyifatkan dakwaan Muhyidin itu sebagai sangat prejudis, ia juga menampakkan seolah-olah 'ada pihak' yang mahukan huru-hara berlaku.

Dakwaan itu juga, kata Dr. Hatta seolah-olah cubaan untuk mengaitkan Pakatan Rakyat dengan krisis yng melanda negara di Lahad Datu.

"Jika Naib Presiden PKR, Tian Chua boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, apa bezanya dengan Muhyiddin?" soal beliau.

Justeru, beliau berharap Muhyiddin tidak mengeluarkan kenyataan yang memberikan gambaran bahawa ada pihak yang ingin keadaan huru-hara berlaku.

Timbalan Presiden Umno itu mendakwa bahawa dari maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
-HD


16 ulasan:

  1. Si kartun dengan cerita kartun kanak kanak nya.... Sedih, tapi Benar.

    Sekali pandang, raut muka Mat Sabu lagi nampak lebih matang konfident dan bijaksana dari si sapa tu....

    Mat Sabu nampaknya lebih berpengalaman dari Mamat Yes Man tu.

    Tahniah !!!! Pakatan Rakyat mampu membawa Negara kehadapan setanding Korea Taiwan Singapura...masa akan membuktikan yang lembab tetap benggap.

    BalasPadam
  2. Muhyiddin membawa malu kepada Islam dan bangsa Melayu.

    BalasPadam
  3. Huru-hara datang dari Sulu

    BalasPadam
  4. Sendiri berak tengah jalan tuduh orang lain buat. Satu dunia tahu Umnolah yang jadi jaguh kacau. Lempar batu, bawak kerambit, bakar bendera lawan, halang laluan, cakaplah apa jenis kejahatan semua Umno lah jadi juara. Dulu MIC kaki gaduh, tapi sekarang orang India sudah bertamaddun, Melayu Umno mundur jadi bengap.

    BalasPadam
  5. memang kartun, org sedang bersiap untuk keamanan dan kesejahteraan rakyat dengan menghumban kan rasuah dan meningkatkan integriti pakatan rakyat serta memartabatkan keadilan dan keamanan sejagat jika di beri peluang memerintah, tohmahan jahat ini mengurangkan lagi keyakinan rakyat terhadap UMNO/BN. Wahai TPM KAMI MAHU HIDUP DLM KEADAAN AMAN DAN HARMONI DAN KAMI MAHU KERAJAAN YG BERSIH DAN BERWIBAWA. HARI INI HANYA pakatan rakyat SAJA YG NAMPAK BOLEH MENJAGA RAKYAT.DAH LAMA DAHHHH,,,CUKUP LAH DAN INI KALI LAH.

    BalasPadam
  6. hidup Bang Mat! suka hati kami dpt timbalan presiden seorg yg mantap macam ni, tak lah macam era nasha yg tak erti buat kerja.

    BalasPadam
  7. huru hara memang dikehendakki oleh umnongok agar dapat pertahan kuasa. orang itu memang suka cakap bohong. di kawasan pagoh tempat orang itu pun orang itu bohong. kami di pagoh dah sangat2 benci ngan orang itu. orang itu dengan bosnya memang sama je suka cakap bohong. rakyat dah menyampah tahu tak.

    BalasPadam
  8. bersih tu pun bukan hura hara kah? mat sabun dan drhatta sudah lupa kah macammana dibuat KL dulu. pakatan sememangnya merancang untuk memusnahkan keamanan.

    BalasPadam
  9. Belum pernah dlm sejarah UMNO dipinggir oleh rakyat,lihat lah sekarang bagaimana pemimpin2nya cakap pun dah merapu, kadang2 cakapnya lebih BODOH dari ORANG BODOH!!!!

    BalasPadam
  10. nampaknya yg beriya-iya nk kekalkn kerajaan BN ni cuma Umno sorg2 je.. mca dan mic dh diam. kesian dia, umnolah yg huru hara, tabur fitnah sana sini.

    BalasPadam
  11. Anonymous 11:39 PM menulis...
    "bersih tu pun bukan hura hara kah? mat sabun dan drhatta sudah lupa kah macammana dibuat KL dulu. pakatan sememangnya merancang untuk memusnahkan keamanan."

    Mahkamah sudah memutuskan BERSIH tidak haram. Dan perbicaraan di mahkamah juga telah menunjukkan yang melakukan huru-hara di dalam perhimpunan BERSIH ialah golongan UMNO dan provokasi polis.

    BalasPadam
  12. anon 11:39 tu bodoh...nmpk sgt la kebodohan pencacai taik umno ni...x ikut perkembangan langsung...ko ni biol ke anon 11:39...ohhh..betul la..yg dlm umno..yg tinggal semuanya bodoh sampai usus...yg pencacai plak..bodoh mcm umno..tambah piang sikit..tu psl la jd pencacai bodoh piang...kah kah kah...

    BalasPadam
  13. Cerita penglipur lara, dah jelas lagi bersuluh, rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa ...buang masa saja, selagi PRU 13 dilambatkan maka akan bertambahlah lagi isu-isu rasuah dan penyelewengan akan terbongkar. Biarkan siluncai terjun dengan labu-labunya.... semakin lama dibiarkan semakin banyak lagi akan terbongkar...teruskan....lambatkan lagi PRU13.....kita lihat siap yang kena... kita lihat siap yang akan berbaris panjang dipintu mahkamah nanti. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua. Bukan hanya diakhirat, didunia pun tidak mustahil Allah SWt akan tunjukkan hukumannya...mungkin esok, mungkin lusa , mungkin sebulan, mungkin duas bulan atau mungkin dengan tiba-tiba....InsyaAllah kita akn saksikan......

    BalasPadam
  14. Mana tak meracau si Muhyiddin. Dia harap dialah jadi PM seterusnya... tapi main dengan keadaan sekarang... kerusi sudah goyang-goyang dangdut... pening... jadi meracaulah.

    BalasPadam
  15. BN kalah UMNO akan jadi huru hara, Sebab ramai tak mengaku jadi ahli UMNO

    BalasPadam
  16. Kesian sungguh. Dah habis modal, maka sengaja diHINTkan yang PR akan buat huruhara. Tau tak, ini adalah RUBBER STAMP yang dipersiap awal. Lepas ni jika belaku huruhara yang mereka cipta, rubber stamp tu lah yang mereka guna. Sudah-sudahlah duk main silap mata.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.