Penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) mendakwa, beliau pernah terserempak dengan Altantuya Shaariibuu di pejabat Abdul Razak Baginda, di Kuala Lumpur, sebelum wanita Mongolia itu dibunuh.
Bala berkata, beliau berselisih dengan Altantuya yang ketika itu keluar dari lif lobi bangunan Getah Asli, di Jalan Tun Razak – pejabat Abdul Razak.
Menurut Bala, beliau ke bangunan itu untuk bertemu Abdul Razak di pejabatnya – Perimekar Sdn Bhd.
Abdul Razak adalah pemilik Perimekar yang didedah menerima komisen RM570 juta dalam urus niaga pembelian Scorpene dari DCNS di Perancis dengan bantuan Altantuya.
Waktu itu, Bala bertugas sebagai pengawal peribadi Abdul Razak. Antara lain beliau dikehendaki mengawal keselamatan bangunan pejabat majikannya.
“Apabila sampai (di bangunan Getah Asli), saya naik lif untuk ke tingkat 10 dan berselisih dengan Altantuya serta dua rakannya.
“Saya berjumpa Razak di pejabatnya dan dia tunjuk satu nota yang mengandungi tulisan Altantuya berbunyi: “Tolong hubungi saya segera, saya menginap di Hotel Malaya di bilik bernombor **** dan nombor telefon bermula dengan 017,” jelas Bala.
Kata Bala, beliau kemudian turun ke lobi dan nampak Altantuya bersama dua lagi rakannya berada di kawasan itu dalam keadaan menunggu.
“Saya suruh pembantu saya agar memberitahu tiga perempuan itu jangan berdiri di kawasan lobi. Mereka kemudian keluar dan menunggu di hadapan bangunan. Saya terus telefon polis dan beritahu ada tiga perempuan (muka macam) Cina datang buat kacau,” katanya.
“Kemudian unit peronda sampai dan tak jauh dari situ saya lihat pegawai unit peronda itu menemu ramah Altantuya. Saya dengar Altantuya cakap, “Suami saya di tingkat 10, namanya Razak Baginda, saya mahu bertemu dia,” jelas Bala.
Menurut Bala lagi, pertemuannya bersama Abdul Razak di bangunan tersebut selepas mendapat arahan majikannya itu menerusi telefon, selepas kira-kira tiga hari pertemuan mereka sebelum itu.
Semua ini didedahkan Bala pada forum ‘Pendedahan: Siapa bunuh Altantuya’ di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, Rabu lalu.
Ini kemunculan pertama Bala selepas pulang ke tanah air Ahad lalu sejak meninggalkan Malaysia pada 2009 kerana menerima ancaman.
Skandal ini dikatakan turut berhubung kait dengan pembunuhan Altantuya yang dibunuh mengguna peledak C4 dari Kementerian Pertahanan pada 2006.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika itu Menteri Pertahanan, melulus pembelian kapal selam Scorpene.
Bala yang membuat dua akuan bersumpah berkaitan skandal Altantuya, mengulangi kenyataan bahawa akuan bersumpah pertama adalah benar manakala akuan bersumpah kedua, palsu.
PI Bala menceritakan satu lagi drama bagaimana manusia yang tidak bermaruah bermain dengan nyawa orang. Gila punya kerja....
BalasPadamTak taulah.. kalau ada rakyat yang tak sedar lagi dengan kerja2 lahanat ini.
Patut le bini Razak Baginda sebut 'suami aku bukan nak jadi PM' masa wartawan tanya kes sedang dibicarakan dulu.
BalasPadamBala Round 1 Malaysia = BR1M
BalasPadamHaramjaddah punya najib.
Hidup Muhyiddin!
dah terang lagi bersuluh yang sepatutnya PR cerca ialah razak baginda, bukan najib razak. apa kaitan pembelian kapal scorpene di hujung rencana seakan2 cuba mengaitkan juga najib dalam hal ini. ??? cukup2lah fitnah pencacai PR ....
BalasPadam