Dakwaan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kemasukkan penceroboh Selantan Filipina ke Lahad Datu, Sabah, oleh pemimpin Umno-BN dengan berpaksikan kenyataan media luar adalah satu bahan jenaka dunia.
Lebih-lebih lagi apabila juga terdapat kenyataan media dari luar Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sebenarnya dalang kepada kemasukkan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah.
Sepatutnya, sebuah kerajaan yang penuh kreadibiliti dan mempunyai agensi yang kukuh di bawah naunganya, hendaklah menjalankan siasatan mereka sendiri mengikut prosedur yang ditetapkan.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam reaksinya berkata, menggunakan media untuk membuat tuduhan adalah satu tindakan yang tidak profesional dan kerajaan sepatutnya mengemukakan bukti terperinci.
“Sekiranya Datuk Seri Anwar terlibat, maka dia boleh dakwa secara formal. Tidak mungkin kerajaan begitu hebat main tuduh-tuduh begitu sahaja.
“Ini kerajaan yang tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ini adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan keselamatan negara,” katanya kepada TVSelangor.
Tegasnya, soal keselamatan negara merupakan perkara penting yang perlu diutamakan dan bukan menjadikan individu tertentu sebagai ‘kambing hitam’ untuk ‘menyelesaikan masalah’.
Disebalik keghairahan pihak tertentu mengaitkan Anwar, beberapa ‘bukti’ yang mengkaitikan Najib dengan insiden Lahad Datu telah tersebar hangat di laman sosial.
Dalam sebuah artikel portal Manila Buletin Publishing Corporation “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia”, Pengerusi Fron Pembebasan Nasional Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari ada menyebut nama Najib.
“When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak,” rujuk portal berkenaan.
(Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.
) Carian Tv Selangor pada pautan
http://www.mb.com.ph/article.php?aid=1201&sid=1&subid=1#.UUQrvxzqicO
mendapati artikerl berkenaan masih wujud dan boleh diakses.
Sebelum ini, beberapa media pro-Umno mendakwa Anwar terlibat di dalam pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan media asing.
Ekoran itu, Anwar telah memfailkan tuntutan saman berjumlah RM 100 juta masing-masing terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Stesen Televisyen TV3.
Ooooo... patut laa Najib tak ambil tindakan sehingga 9 anggota kita terkorban baru nak sebut mereka (sulu)itu pengganas.
BalasPadamMungkin ini yang dikatakan "Sandiwara tak jadi"
sudah terang um NO/B angkai N gara adalah PENGKHIANAT/PETUALANG sbenar negara..inilah antara dosa BESAR mrka
BalasPadamdgn pemberian mudah ic pd warga asing
MANA pergi JUARA2 penentang TIAN CHUA
spt PERKASA,PEKIDA,MUBARAK,GPRS dan lainnya.NAJIB dn kuncunya mesti dilucutkan warganegara.BERANI ke polis membuat DAKWAAN dan tangkapan NAJIB,HSHAMUDIN dan lainya..hanya BERANI dgn rakyat bawahan.tunggulah kezaliman kamu dibalas dMASYAR kelak
Nak harapkan polis dan jentera kerajaan yang lain dakwa PM dan kuncu-kuncunya tak mungkin akan terjadi melainkan dengan kuasa rakyat memberi mandat kepada PR baru kita dapat saksikan petualang negara ini akan diheret kemuka keadilan. Jadi, kita sebagai rakyat berhak menuntut keadilan melalui peti undi. Ayoh, ini kalilah kita sepakat angkat PR jadi pemerintah Malaysia..
BalasPadamTapi siapa individu VIP yang penceroboh tu nak jumpa sampai sekarang masih menjadi RAHSIA BESAR...kalai DSAI jawapnya akan terpampang di MEDIA UTAMA DIMUKA SURAT DEPAN BERMINGGU-MINGGU LAMANYA...KENAPA MASIH RAHSIA LU PIKIR LA SENDIRI...
BalasPadamBetul tu...bagi aku tu semua lakonan umno maklumlah pru dah dekat.
PadamHaha!!!aku rakyat SABAH,yang aku hairan PM dan KDN kata penceroboh itu bukan pengganas,tapi anggota2 keselamatan yang terkorban di simunul Semporna itu,telah dibunuh dengan kejam??(gerilla style).Ini menampakkan yang UMNO/BN tidak pekah dan tidak mempunyai kelayakkan untuk memimpin negara MALAYSIA.Kerana tidak dapat menjalankan kewajipan dengan penuh dedikasi dan cekap.Itulah kalau tamak dan halobah sudah menjadi DARAH & DAGING..semuanya akan sanggup dilakukan untuk mencapai hasrat dan orang lain menjadi mangsa hasil kerakusan JIWA yang telah membarah.Ingat!!orang2 PRIBUMI SABAH sudah mula tidak berapa yakin kepada kepimpinan umno/bn yang GAGAL dalam menyelesaikan isu ini sehinggah terjadinya pertumpahan DARAH kepada anggota2 keselamatan dan PENCEROBOH(PENGGANAS).Walaupun masih ada lagi segelintir pribumi sabah yang memihak kepada umno/bn disebabkan minda dan jiwa mereka masih dikuasai oleh media2 FITNAH umno/bn.TAKBIRR!!!ALLAHUAKBAR!!!!!
BalasPadamRakyat jadi mangsa bila diperintah oleh pemimpn yang tak ada integriti dan rasuah.
BalasPadamMAMAK PARIA PUNCA PEMUSNAH NEGARA. DISAMBUNG OLEH PENGKHIANAT RAKYAT NAJIB ALTANTUYA. PARTI KERAMAT YG BERJAYA MEMPERBODOHKAN ORG2 MELAYU. AKHIRNYA RAKYAT ASAL SABAH DIANAKTIRIKAN. INI KALI LAH ... TUKAR.
BalasPadam