14 Mac 2013

Mahathir Kata Negara Bankrap Jika PR Memerintah, Musa Kata TIDAK!


Kenyataan Tun Musa Hitam kelmarin memberikan pencerahan yang sangat baik untuk politik rakyat dan negara. Beliau tidak bersetuju apa yang didakyahkan oleh pimpinan UMNO khususnya Dr Mahathir yang negara akan bankrap jika Pakatan Rakyat memerintah selepas pilihanraya yang akan datang ini.

Musa berkata Pakatan Rakyat akan bekerja keras untuk mempastikan yang negara akan terus mencapai kemajuan dan tidak akan melalaikan tanggungjawab yang buat pertama kali diberikan oleh rakyat terhadap pihak pembangkang.

Musa juga tidak bersetuju dengan politik rasis yang menebal sekarang dan pihak yang memainkan sentimen perkauman itu merupakan permainan poltik bankrap yang sudah tidak relevan lagi buat masa dan zaman ini. Kenyataan Tun Musa ini tentunya bertentangan dengan pandangan Dr Mahathir, seorang pemimpin yang boleh berjalan di atas air itu.

Dr Mahathir yang akhir-akhir ini seperti orang yang dalam ketakutan yang amat sangat itu telah membuat kenyataan-kenyataan yang menghangatkan dengan bermatlamat untuk membina dan meningkatkan sentimen perkauman di negara ini. Beliau (Mahathir) telah meminta Felda untuk memainkan filem Tanda Putera bagi menaikkan perasaan kebencian orang Melayu terhadap kaum Cina dan ianya tentulah untuk menghalang DAP yang menjadi sasaran cemuhan Mahathir akhir-akhir ini.

Seperti yang saya sebutkan selalu UMNO hanya akan kekal berkuasa jika ada perbalahan dan perpecahan. UMNO tidak kekal jika rakyat dan negara dalam keadaan aman dan damai. Maka itulah sebabnya UMNO sentiasa berusaha untuk meningkatkan perasaan benci membenci di antara kaum agar parti itu terus menjadi parti pemerintah yang berkemampuan untuk melakukan rasuah secara sistematik.

UMNO memerlukan sangat untuk terus memerintah kerana sudah tertanam budaya dan pemikiran pimpinan UMNO di setiap peringkat yang parti itu ada modal untuk mereka berniaga dan mengumpulkan kekayaan keluarga dan kroni itu. Kejatuhan UMNO merupakan kehilangan punca mereka mengumpulkan harta seperti yang dikumpulkan oleh Karun dahulu.

UMNO sudah tertanam kepercayaan yang hanya UMNO sahaja yang layak untuk memerintah tetapi rakyat sudah berubah dan tidak lagi termakan dengan dakyah buruk dan hina parti itu. Rakyat sudah memahami bahawa mereka adalah tuan kepada negara dan bukannya Mahathir yang sentiasa berfikir yang hanya beliau sahaja yang berfikir. Mahathir berfikir hanya pemikiran beliau sahaja yang mesti diikuti.

Justeru kenyataan Tun Musa semalam merupakan pencerahan yang amat dinanti-nantikan oleh rakyat dan kenyataan beliau itu telah menjadi buah mulut rakyat terutamanya di Negeri Johor.

Saya tidak dapat untuk menuliskan secara 'detail' tentang apa yang ada dalam pemikiran saya kerana saya sedang berada di Kedah dalam siri ceramah yang telah diuruskan oleh PAS untuk saya.

Saya akan menulis tentang isu yang disentuh oleh Tun Musa ini apabila saya kembali ke Kuala Lumpur sehari dua lagi, insyaallah. -aspanalias


Pemimpin Umno kena rasional macam Musa Hitam

Kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang mengatakan negara tidak akan bangkrap jika diambil alih Pakatan Rakyat membuktikan manifesto Pakatan bersifat rasional dan realistik.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pengalaman Musa sebagai bekas orang nombor dua negara itu juga perlu dijadikan panduan kepada pemimpin BN dan ahli-ahlinya untuk tidak terus menakut-nakutkan rakyat.

"Apa yang dikatakan beliau itu merupakan satu pandangan yang rasional dan objekif. Yang juga bersifat negarawan, berbanding pemimpin BN lain yang sudah bersara seperti Tun Mahathir yang lebih emosional," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Tambah Salahuddin, kenyataan Musa itu perlu diterima pemimpin BN dan ahli-ahlinya bahawa jika berlaku sebarang perubahan kerajaan sekalipun, ia akan berada dalam suasana yang biasa.

"Mereka perlu terima hakikat jika berlaku perubahan kerajaan sekalipun, tiada apa yang luar biasa berlaku. Malah, kebiasaannya apabila bertukar kerajaan ia akan menjadi lebih baik dari kerajaan sebelumnya," tegas beliau.

Tun Musa, dalam kenyataannya berkata sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, gabungan tersebut akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan ekonomi negara berkembang dengan baik.

Malah, beliau juga berkata tidak adil jika menganggap negara akan bankrap jika pembangkang berjaya memerintah negara.
-HD



8 ulasan:

  1. ramai pemimpin umno dh mmg kaki tortok mahathir. mahathir buat taik pn mereka percaya tu emas

    BalasPadam
  2. Hanya dua golongan saja yg akur pendapat mahater, 1. org2 yg berkepentingan dgn umno. 2. mereka yg belum sedar/ belum mdpt hidayah Allh.

    BalasPadam
  3. KENYATAAN :
    Berita jam 077 pagi tadi; seorang pemimpin tertinggi berkata bahawa semua kemajuan yang dinikmati sekarang adalah hasil usaha kerajaan yang memerintah.
    JAWAB :
    Memang begitulah fitrahnya, sesiapa pun yang memerintah akan buat kemajuan !
    CADANGAN :
    Sebutkan bahawa sejumlah 198 bilion telah lesap keluar negara di bawah kerajaan yang memerintah.
    CATATAN :
    ABU ABU ABU

    BalasPadam
  4. YANG AKU TAU....MASA PAK LAH, HUTANG NEGARA 240 BILLION ++ TAPI SKANG NI DAH LEBIH 450 BILLION.
    NI SEMUA SALAH ANWAR LE NI HUTANG NEGARA MELAMBUNG....

    MACAM MANA TAK BANGKRAP. TAKDIR PR MENANG....MEMANG MEWARISI HUTANG SEBUAH NEGARA YG HAMPIR BANGKRUP.

    NI PUN SALAH ANWAR GAK....

    BalasPadam
  5. GB, bila nak pru ni? Aku dah lama tangguh rancangan nak beli kereta baru ni. . .

    Cepatlah pru woooiiii....

    BalasPadam
  6. bila riak sudah dirasa di kata
    orang lain tuhan tak kurniakan otak
    kerna mereka mendakwa kamilah
    keturunan bijak,nauzubillah,yg penting kita ada 2 panduan...tst

    moral nya dont be riak

    BalasPadam
  7. Sesungguhnya Lanun Lanun itu berkata "Bankrap! Bankrap! Bankrap!" maka bertempiaranlah mereka lari lintang pukang mencari MahaFiraoun yang telah lupus hilang di padang pasir Mesir.

    Datang si Datuk Seri, "Mengapa kah Lanun Lanun itu lari sedangkan sampan sampan mereka tidak bocor, malah di parking di tepian Lombong di Sepang?"...

    Lanun Lanun itu telah menongkat langgit sewaktu hidupnya; mereka mereka adalah umat umat yang rugi di alam dunia dan di alam akhirat.

    Ketahuilah....

    BalasPadam
  8. Tun Mahathir ni nampaknya semakin menampakkan lagaknya seperti pemimpin yang berkuasa. Orang tua jahanam ini sudah banyak menimbulkan kerosakan di bumi Malaysia & rakyat pula semakin ramai yang mengetahui wajah sebenar diktator ini. Antaranya:

    -menghina hudud dengan mengatakan ramai rakyat Malaysia akan kudung jika hudud dilaksanakan di nagara ini.

    -menghina sunnah Rasulullah dengan mengatakan baginda menyimpan janggut kerana pisau cukur belum wujud pada masa itu.

    -menghina kewajipan menutup aurat dengan mengatakan tujuannya adalah kerana lelaki pada zaman Jahiliah dikurniakan nafsu yang sangat tinggi.

    -menggadaikan bahasa kebangsaan dengan mengagungkan bahasa penjajah dan memperlekehkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bukti yang paling jelas ialah PPSMI.

    -membazirkan duit dengan sangat banyak hanya semata-mata untuk projek yang tidak bermanfaat. Contohnya Putrajaya, KLIA, litar F1.

    -mendiskriminasi negeri Kelantan hanya semata-mata kerana ia diperintah oleh PAS. Termasuk memburukkan & memfitnah negeri Serambi Makkah itu.

    -menjadi dalang di sebalik tragedi pembunuhan Ustaz Ibrahim Libya & para syuhada Memali. Rejim BN telah menipu rakyat dengan mengatakan Ustaz Ibrahim Libya & pengikutnya adalah pengganas.

    - dan sangat banyak lagi.

    Kesimpulannya, Tun Mahathir telah gagal memacu negara kita menjadi sebuah negara maju walaupun digelar Bapa Wawasan. Kenapa? Kerana dia sanggup mengabaikan kebajikan rakyat hanya semata-mata untuk mengejar kebendaan & wawasan palsunya termasuk Wawasan 2020. Dia telah mengamalkan politik sempit dan menidakkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta bahasa ilmu, selain gagal memartabatkan agama Islam dengan baik walaupun agama ini dijulang sebagai agama rasmi!

    Jika BN masih meneruskan corak pemerintahan seperti ini, saya yakin sampai 50 tahun lagi pun Malaysia tak akan maju. Oleh itu, marilah kita berganding bahu mengemudi serangan PR demi menumbangkan rejim BN. Hayya alal falah!

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.