31 Mac 2013

[BONGKAR] Perangai Buruk Shafie Apdal Didedahkan!


Inikah hukum karma yang diterimanya atau memang sengaja dilakukannya??

Itulah yang terjadi ke atas Naib Presiden Umno, Mohd Shafie Apdal yang disifatkan sebagai liat membayar hutang sehingga memalukan Umno kerana gagal mematuhi Konsep 'Janji Ditepati' yang dipelopori presidennya sendiri! Seorang peniaga Bumiputera, Karim Ahmad, mendedahkan bahawa Shafie Apdal telah pun berhutang dengan syarikatnya, Hazrim Sukanika pada 1994 sejumlah RM12,600 ketika diminta membekalkan alat binaan dan alat pejabat kepada Pejabat Umno bahagian Semporna.

"Sehingga ke hari ini setelah beberapa kali saya minta, Shafie hanya membayar RM200. Cukup memalukan dan menghina peniaga bumiputera seperti saya," ujar Karim yang kesal kerana Umno masih mengekalkan pemimpin yang tidak berhati perut seperti Shafie.

Menurut Karim, hutang berkenaan telah diakui sah dan disaksikan oleh Ketua Daerah Semporna, OKK Haji Musa Hj Sabaani yang ketika itu bertugas sebagai Penyelia KEMAS Daerah Semporna.

Walaupun Karim telah memberikan notis tujuh hari bermula 4 Februari 2013 kepada Shafie untuk menjelaskan hutang berkenaan, namun sehingga ke hari ini dia tidak mendapat sebarang respon dan akan menyerahkan kepada peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang.

Kini jumlah hutang Shafie ialah RM31,248 setelah mengambil kira kadar kerugian 8% setahun selama 19 tahun.

"Sehubungan itu, saya menyeru agar rakyat Semporna menilai semula sokongan mereka terhadap Shafie kerana tidak bertanggungjawab dan sentiasa menindas peniaga dan mereka yang bersimpati dengan perjuangan Umno selama ini," ujar Karim yang kesal kerana menerima nasib yang sama dengan puluhan peniaga lain.

Manakala dalam satu lagi kes melibatkan kementeriannya, pada 20 Julai 2011, 20 kontraktor Kelas F mencela sikap buruk Shafie yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah gagal menyelesaikan isu tuntutan kontrak kerja mereka yang belum dibayar; walaupun kerja telah disiapkan sejak lebih setahun lalu.

Jurucakap kontraktor berkenaan, Kunsul Nahul mengesahkan pihaknya sudah terlalu lama menunggu janji Shafie untuk menyelesaikan isu tuntutan 20 kontraktor bumiputera yang teraniaya oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) apabila Pejabat Daerah Lahad Datu memberitahu tidak mempunyai cukup wang untuk membayar GWO (Pesanan Kerja Am) yang telah dikeluarkan kepada mereka.

“Kerja kita telah buat dan telah disahkan siap, tetapi sampai hari ini janji Shafie untuk selesaikan isu ini belum tertunai. Bukan salah kami. Kami terima GWO dan buat kerja ikut spesifikasi. Bila mahu tuntut, Pejabat Daerah kata duit habis,” ujar Kunsul yang mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena kerana peruntukan khas RM1.5 juta yang dikeluarkan oleh KKLW kepada Pejabat Daerah Lahad Datu telah disalahgunakan untuk tujuan lain sehingga mereka gagal membayar kontrak kerja yang telah kami siapkan.

Tegas Kunsul, walaupun tuntutan projek kecil beliau tidak banyak, antara RM20,000 sehingga RM50,000, tetapi adalah jumlah yang cukup besar bagi kontraktor Kelas F seperti beliau dan rakannya yang bukan sahaja terpaksa membeli batu kelikir, membayar pekerja dan sewa jentera malah menanggung keluarga.

Projek Selenggara Jalan Kampung Sapagaya, Lahad Datu yang diperolehinya melalui KKLW/PD/PJK/S/LDU/SIM/358P/03-09 dan dikeluarkan GWO bernombor A 172499 pada 19 Mac 2009, kata Kunsul telahpun disiapkan dua minggu kemudian. -sabahkini

7 ulasan:

  1. selepas ni shafie bedal akan cakap yang kontraktor kelas f berkenaan telah disenarai hitamkan kerana melanggar perungjawabjanjian dengan kerajaan, ini semua Anwar Ibrahim yang perlu bertangungjawab kerana tak membayar hutang kontraktor tersebut dan memalukan shafie bedal dan kerajaan malaysia dibawah pimpinan umno bn

    BalasPadam
  2. Bukan tak nak bayar tapi duit tah terbagi kepada budak Zahida tu.... burit adalah priority kepada pemimpin UMNO....rakyat jelata boleh pegi mampos!!!

    BalasPadam
  3. kita rakyat jelata ... pemimpin mcm mereka anggap sebagai sampah ajee... demi temolok dan kroni mereka... tulah sbb dah lama sgt memerintah... harap2 lepas PRU13 nee pemerintahaan berubah... ABU

    BalasPadam
  4. kesian kontraktor bumiputera sebab dikencing oleh menteri umno bumiputera .... kah kah kah ... kalau dasar penipu dimana-mana pun akan menipu selagi belum tumpor akan terus menipu

    ayah chu

    BalasPadam
  5. woi Pie! burit punya hal ratus ribu no hal.hutang punya hal lu buat buat lupa.dasar umporno keparat

    BalasPadam
  6. Mintak gundik dia zahida bayarkan... Dr asyik membazir duit rakyat beli bende2 branded.. Kahkahkah

    BalasPadam
  7. Wahai pemimpin yg bergelar menteri. Ingatlah balasan Allah di akhirat. Hidup kita di dunia bukan menongkat langit. Pejam celik, umur meningkat. Rumah kata pergi, kubur kata mari! Masa tu jangan baru nak bertaubat!!! Baru ingat isteri yg selama ini tak setia padanya. Ada perempuan lain! Baru ingat dosa yang selama ni tak heran pun. Bila nyawa di hujung halkum, baru nak menyesal. Na 'uzubillahi min zalik.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.