21 Feb 2013

[VIDEO & BERGAMBAR] Treler "Negara Berkebajikan" PAS Dilancarkan


Pada badannya tertulis "Negara Berkebajikan' dengan gambar tiga pemimpin utama Pakatan, Ustaz Hadi, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng dalam suasana penuh ceria.

Pada pentasnya pula tertulis Undilah PAS, PAS for All, Negara Berkebajikan.

Pelancaran ringkas hari ini hanya dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdul hadi yang memohon kepada Allah agar proses perjalanan jelajah ini selamat.

Ia diikuti dengan pembukaan pentas pada badan treler ini yang menunjukkan rekabentuk latar belakang pentas bergerak ini.

Ustaz Hadi ketika sidang media menjelaskan, trak ini akan bergerak ke seluruh negara untuk menyampaikan mesej PAS kepada rakyat umum.

"Ini satu pendekatan baru agar kempen kita lebih lancar bergerak," kata Presiden PAS itu.

Mohamad Sabu pula dalam sidang media yang sama selepas pelancaran itu berkata, kos trak ini lebih RM100,000.

Namun kesemuanya disumbangkan oleh ahli PAS dan dermawan.

"Kawan-kawan kita beli dan dermakan kepada kita," katanya kerana duit PAS berada dalam poket ahli-ahlinya.

Program pertama yang akan menggunakan trak ini adalah dalam ceramah Pakatan Rakyat di Pendang 23 Mac ini.

Di samping itu, trak ini akan berhenti dari bandar ke bandar untuk menyampaikan mesej PAS.

Ketika ditanya di mana ia akan berhenti, Mohamad Sabu berkata, "Kita akan berhentia apabila sampai ke Putrajaya." -HD









5 ulasan:

  1. tahniah kpd pakatan rakyat mennggunakan cara lebih canggih ..boleh berhadapan dgn rakyat tanpa screen tv yg bnyk telah diedit. Maknanya pemimpin2 PR lebih telus dan berwibawa sebagai pemimpin yg kita boleh diaharapkan utk kebaikan Malaysia.

    BalasPadam
  2. saya nampak treler ni ptg tadi di jalan kuala kangsar ipoh..very good..:)

    BalasPadam
  3. kerjasama dan perpaduan yg baik pakatan rakyat. tp aku nk bgtaw sikit yg aku memang x setuju langsung kalau pas nk bergabung dgn umno meskipun umno bersetuju ubah prinsip parti 2. kalau dh taik, x usah nk bersuci lah. zat dia sendiri dh memang tahi. x payah nk bg harapan langsung utk bersatu dgn umno, klu buat cm 2 gk nampak sgt perpaduan antara pakatan x mantap lg. nanti org tgk apehal dh nk pilihanraya tp masih xkuat perpaduan.tengok shj kajian yg dibuat umcedel yg menunjukkan bilangan yg masih kurang keyakinan akan perpaduan pakatan rakyat agk tinggi. dh brape lame bersama dgn pakatan tiba2 dekat nk pilihanraya nk kuar p gabung ngan umno. syaitan bkn bru setaun dua menipu, umno bkn baru setaun jagung jd penipu. nama pon syaitan dikenali. plz don't make it spoil. kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  4. Parti kesayangan kami pas for all...takbir.

    BalasPadam
  5. Salam Tuan Greeenboc,

    Boleh tak sampaikan hajat saya pada Harakah. Kalau boleh tolonglah interview driver treler ni. Dia pasti seorang yang istimewa sebab bawak treler yang istimewa ni bukan mudah. Banyak cabarannya. Saya aminkan kata kata Abg Mat treler ni cuma akan berhenti bila ia sampai ke Putrajaya.

    Saya tunggu treler ni sampai Johor. Teruja sangat ni.

    Terima Kasih

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.