24 Feb 2013

[VIDEO] Anwar Kecam Media Putar Belit Ucapan Nik Aziz


Kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkaitan Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bukan menghina rakyat sebaliknya mengecam motif pemberian itu.

Mempertahan ucapan Mursidul Am PAS itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kenyataan berkenaan diputar belit sekaligus membuktikan tahap kerosakan media kawalan Umno.

“Saya dengar sendiri seluruh ucapannya yang tak menghina rakyat tapi hina motif penggunaan wang untuk memperbodohkan rakyat. Ada dua perbezaan.

“Nik Aziz dituduh hina rakyat yang tidak langsung tertera dalam ucapan beliau. Ini membuktikan betapa bobrok, rosaknya media Umno untuk cuba mengaibkan pemimpin yang menampilkan akhlak baik.

“Bila saya baca sekaligus, sukar mempercayai. Bila saya rujuk kenyataan lengkap. Ternyata sekali lagi fitnah yang direkayasa mahu dijadikan bukti sahih,” katanya.

Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian pada rakaman dua minit yang mengulas fitnah berleluasa media Umno terhadap ucapan Nik Aziz sepulangannya dari Mekah.

Ia berikutan TV3 dan Utusan galak memfitnah kononnya Nik Aziz menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan sedangkan maksud perumpamaan lain.

Anwar berkata, media kawalan Umno termasuk TV3 sebaik-baiknya perlu memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri ucapan asal Nik Aziz tetapi ia mustahil berlaku.

“Bagi rakyat dengar, TV3 beri ruang kepada Nik Aziz yang pada istilah Umno, mustahil berlaku. Jadi, kita doakan supaya perubahan (politik) berlaku ,” katanya.

9 ulasan:

  1. media pecacai umno-apco yang kronik ! ABU saja boleh ajar barua-barua ni semua !

    BalasPadam
  2. Kesempatan menghadapi PRU menjadikan pemberita kaki fitnah terus buat fitnah.
    Samlah Perumpamaan ini.
    Bapak Borek Anak Rintik.
    Bapa Kencing Berdiri,
    Anak Kencing Berlari.
    Tertegaknya kerajaan BN selama ini hasil drpd pemberitaan penuh dusta dan fitnah.

    BalasPadam
  3. Tahniah!!! Ramai penerima BR1M menyumbang wang kepada jentera PRU13 Pakatan Rakyat..
    Senjata BN makan tuan

    BalasPadam
  4. memutar belit fakta itu adalah fitnah. rakyat bukannye bodoh nk dgr fitnah giler umno nih. utk para pengundi atas pagar, jgn sokong parti penyebar fitnah...

    BalasPadam
  5. 1 dia bagi, 1000 kita balas..

    tapi dengan cara berhikmah!

    BalasPadam
  6. Wahai ahli-ahli PAS,lihat dan dengar baik-baik.Buka mata,telinga dan hati - siapa yang benar-benar mempertahankan Mursyidul Am.Ustaz Azhar,DSAI dan orang diluar PAS.Mana Stopa Ali,mana Harun Din,mana Harun Taib dan mana Presiden PAS? Semua sibuk menggorek lubang untuk menenggelamkan kapal Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
  7. Semoga allah hancurkan UMNO dan BN kerana kezaliman mereka diganti pemerintah beriman

    BalasPadam
  8. apa yg ditakuti fitnah ini sampai
    pada generrasi warga emas ,susah nak sedar berhati2 lah membuat statement fom sabah

    BalasPadam
  9. sama-sama kita doakan kejatuhan UMNO yang menzalimi rakyat...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.