12 Feb 2013

Tidak Mustahil "Arab Spring" Berlaku JIKA Ada Penipuan Dalam PRU - Mat Sabu

Gelombang ‘Arab Spring’ tetap berlaku di Malaysia jika ada penipuan daftar pemilih dan keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13), kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang yakin ‘Arab Spring’ boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah PRU akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.

Mat Sabu menegaskan, gelombang itu hanya berlaku jika terbukti penipuan sebelum dan semasa hari pengundian membabitkan daftar pemilih.

“Umno BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diingatkan jangan berkomplot menipu dalam pilihan raya atau menerima kesan kebangkitan rakyat di jalan raya.

“Rakyat sekarang memiliki akses maklumat yang luas dan mereka semakin bijak menilai dan membandingkan maklumat yang dikemukakan baik dari media Pakatan atau Umno BN.

“Tuntutan terbesar seluruh rakyat sekarang ialah sebuah proses pilihan raya yang bersih dan telus,” ujar Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR), 12 Januari lalu itu kepada Keadilan Daily.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata, istilah ‘Arab Spring’ tidak sesuai dengan konteks Malaysia kerana beberapa perbezaan dasar seperti geopolitik dan sejarah berbeza namun penggunaan istilah bukan isu besar.

Katanya, penukaran kerajaan akan dibuat mengikut sistem demokrasi melalui proses pilihan raya.

Beliau turut menolak fitnah Musa kononnya Pakatan gagal mentadbir empat negeri dengan baik.

“Jangan tuduh melulu, teliti laporan Audit Negara sebelum keluarkan kenyataan yang memalukan diri sendiri.

Sebenarnya Umno BN yang gagal mentadbir dan mereka patut berundur dari memerintah negara,” katanya.

7 ulasan:

  1. nak habaq kat abang Mat, mula kita nampak mcm dia nak bantu kita ,lepas tu dia u turn dia bantai kita..lebeh baik tok sah dok layan statement bekas IGP ni.. kita nak percaya kah org yg macam ni..banyak dah apa yg kita tengok drpd tindakan dia selama ini. .abang Mat lebeh faham......

    BalasPadam
  2. nasib yb nizar dah ingatkan DSAI ttg niat musa nee... cuba baca blog nizar.... kalau musa nak nyusup masuk dlm PAS mmg la tak diterima .... kalau musa U turn tu dah agak dah...

    BalasPadam
  3. Dah lebih 50 tahun Malaysia merdeka dan dah byk pilihanraya diadakan, ada BN menang, ada pembangkang menang , ada BN kalah dan ada pembangkang kalah, kenapa susah sgt nak menerima kekalahan????

    Didiklah pengikut dengan tauhid yg betul..Semua yg berlaku, kalah atau menang adalah ketentuan Allah.

    Redho dan sabar menerima apa apa keputusan...bukannya memberontak!!!

    Jgn asyik bila kalah aje,,,SPR menipu. Bila menang, kata SPR adil dan telus. Bodohlah lu Mat Sabu

    BalasPadam
  4. pembetulan bukan NASIB tapi syukur alhamdulillah

    BalasPadam
  5. Jika PR kalah kami tidak akan membuat rusuhan, kerana kami telah melalui banyak kekalahan, termasuk kekalahan yang disebabkan oleh pengundi hantu. Hanya minta pengikut Be end belajarlah menerima kekalahan...jangan teruskan tindak tanduk yang tidak bertamadun seperti yang kita sedang lihat sekarang. Ini belum kalah lagi...

    BalasPadam
  6. anon 11.41, lu lagi bodoh dan senantiasa di perbodohkan oleh umporno, dah lebeh 50 tahun tuan di perbodohkan, Abang Mat Sabu seorang pejuang untuk ummah, kerja buat beliau membebaskan kita dari di perbodohkan..sepatut nya kita berbangga dgn apa yg di perjuangkan nya. kalau dia nak senang dan pangkat dah lama dah dia bersama umporno, buka lah sedikit mata hati menilai perjuangan orang, bukan membodoh kan yg sebenar kebodohan itu balik kpd diri sendiri, kerana dulu kini dan selama nya anda di perbodohkan. keluar lah dari ....PR dah nak menang dah....

    BalasPadam
  7. jika BN dan UMNO menipu melalui SPR bermakna melanggar undang-undang, bagaimana nak suruh rakyat ikut undang-undang?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.