Mahkamah hari ini memerintahkan Utusan Malaysia memohon maaf terbuka dan membayar sejumlah pampasan kepada Azan Ismail ekoran laporan fitnah akhbar tersebut ke atas Ahli Parlimen Indera Indera Mahkota itu.
Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam kamar pada jam 10.00 pagi ini.
Permohonan maaf tersebut perlu disiarkan di akhbar kawalan Umno itu dalam tujuh hari bermula hari ini.
“Utusan sedia membayar gantirugi dan permohonan maaf seperti yang dituntut sebelum ini. Jumlah pampasan tak dapat kita sebut kerana dalam surat penghakiman, mahkamah meminta supaya ia tidak diberitahu umum,” jelas Azan, diwakili peguam, A Vasudevan.
Mengulas kemenangan itu, Azan mengingatkan etika pemberitaan perlu telus dan tepat.
“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan,” katanya kepada Keadilan Daily.
Pengerusi KEADILAN Terengganu itu memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambarnya bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.
Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.

Bilalah agaknya empunya Utusan ni nak sakit terlentang. Biar dia tahu sakitnya akibat membenarkan fitnah berleluasa.
BalasPadamSesiapa yang masih baca utusan kemudian percaya dengan beritanya, dia memang seorang yang.......Kalau saya membacanya saya termasuk dalam kategori orang bodoh, sebab itu sudah bertahun-tahun saya tidak membeli utusan.
BalasPadambiarkan mereka rasa azab fitnah kemudian hari...itu lah kalau letak ulama di bawah umarak.... terlalu cintakan dunia pun susah juga..
BalasPadamAssalammu'alaikum,
BalasPadamWahai PErkerja Utusan, bilalah kamu nak sedar diri dah jelas dan nyata tempat kamu bekerja tu Pusat Fitnah Negara.
Kamu masih mahu makan rezki haram, INGAT MEMAKAN DAN MEMBERI MAKAN ANAK, ISTERI/SUAMI DARI REZKI SUMBER YANG HARAM SAMALAH SEPERTI KAMU MENYEDIAKAN MEREKA UTNUK BAHAN BAKAR API NERAKA
Didoakan semoga kamu semua sedar bahawa rezki yang halal dan thoyiba itu walau sikit besar barakahnya.
Carilah kerja lain......
inilah tanda2 utusan dh buang tabiat. tulis cite bukan2, merapu yg byk. tanda nk mampus PRU13 nih. cukup lah dgn permohonan maaf, lupaknlah hal pampasan tu. org pun dh x nk beli paper pencacai fitnah ni, tungu bankrap je..
BalasPadamUTUSAN, TV3 ADALAH ALAT MEDIA PENIPU UMNO
BalasPadamBerani buat fitnah beranilah tanggung....kehkehkeh.
BalasPadamNak ikut teknik Geobble konon supaya orang lama-lama percaya pada mereka. dey ini zaman teknologi le orang boleh buat perbandingan bukan di Malaysia saja tapi dunia
BalasPadamyg mana utusan tak boleh control mereka.Banyak saluran ada.
Saya penjual semua akbar yang paling tak laku langsung pada masa ini ialah akbar Utusan Malaysia.
BalasPadamUtusan dah tak ada maruah. Apa lagi, belahlah pekerja Utusan.
BalasPadamUM menipu kerana bossnya UMNGOK lagi kaki menipu rakyat!!! Mampuih hangpa UMNGOK!!!
BalasPadam