Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli sehingga hari ini masih menunggu surat saman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pendedahannya mengenai penyelewengan wang pesara tentera dalam Boustead Holdings Berhad.
“Saya sampai hari ini masih menunggu saman beliau yang belum dihantar kepada saya agar perkara ini boleh didedahkan juga di mahkamah. Saya hanya terima surat tuntutan (demand), bukan surat saman,” kata Rafizi.
Zahid dilaporkan memfailkan writ saman menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi pada 25 Januari lalu.
“Selepas saya mendapat maklumat (dokumen perjanjian Boustead), saya lebih dari bersedia untuk ke mahkamah. Saya ingin menegaskan Datuk Seri Zahid gagal dalam menjaga kebajikan angkatan tentera,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi berpandangan ada ‘orang lain’ yang mendapat keuntungan dari semua urusniaga, transaksi dan pindah milik tanah antara Boustead Holdings dengan Awan Megah dan Asta Canggih Sdn Bhd.
“Saya rasa Raja Ropiah Abdullah adalah proksi kepada pihak tertentu. Raja Ropiah tak penting untuk segala terma perjanjian yang berjumlah ratusan juta ringgit.
“Kontrak dianugerah selepas Awan Megah gagal melaksanakan projek Puspahanas (Pusat Latihan Pertahanan Nasional), selepas anugerah (kontrak) Kementerian Pertahanan menjadi kontroversi,” kata Rafizi.
Rafizi sebelum ini membeli 100 unit saham Boustead dengan harga RM4.86 setiap satu, sebagai tindakan membolehkannya menjadi pemegang kepentingan Boustead dan akses kepada dokumen unit pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Mamak, Kasi Roti "ZAHID" satu...!!!
BalasPadamBUKTI KAN RAFIZI, ANAK JANTAN PR TAK TAKUT MELAWAN,MEREKA TERUTAMA PEMIMPIN KERAJAAN SEKARANG SEDANG DI LANDA DEMAM DAN FOBIA DI SAMAN..
BalasPadamHarap banyak lagi penyelewengan UMNO/BN dibongkar supaya rakyat tahu. Seelok bongkar ketika kempen pilihan raya.
BalasPadamBerani kerana benar takut kerana salah. Berani samanlah tunjukkan keberanian jangan takut kena istihar bankrap oleh mahkahmah kerana terpaksa bayar saman semula kepada Rafizi. Zahid PENAKUT manalah berani sebab kalau sudah diistihar bankrap carrier mu sebagai ahli politik tamat kerana tidak boleh bertanding lagi pada PRU akan datang.
BalasPadam