Pembangkang harus terima sekiranya tewas pilihan raya’
KUALA LUMPUR, 8 Feb — Pembangkang harus menerima keputusan pilihan raya yang dilangsungkan tahun ini sekiranya tewas, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Beliau yang juga perdana menteri berkata, pembangkang perlu menghormati keputusan rakyat kerana ia adalah salah satu prinsip dalam sistem demokrasi.
“Menghormati keputusan rakyat adalah satu prinsip yang penting dalam sistem demokrasi iaitu demokrasi berparlimen, bererti kita mesti terima keputusan rakyat.
“Bila dia kata dia percaya demokrasi dia harus menyanjung prinsip itu, itu hakikatnya,” kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi Umno di ibu pejabatnya hari ini.
Menurut Najib, rakyat secara umumnya tidak menerima politik huru-hara, dan harus berpegang kepada kedaulatan undang-undang.
“Kalau dia nak buat huru hara, semua orang tak boleh terima.
“Kita akan wujudkan the rule of law,” kata Najib lagi.
“Menghormati undang-undang adalah prinsip asas dalam negara, perjalanan demokrasi menuntut kepada kita menghormati undang-undang negara,” katanya.
Katanya beliau yakin Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkemampuan untuk memastikan pilihan raya yang diadakan adil dan bersih.
Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menegaskan akan mengetuai perhimpunan rakyat besar-besaran sekiranya SPR tidak telus dalam menggendalikan perjalanan Pilihan Raya 2013.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menganjurkan demonstrasi ala “Arab Spring” sekiranya Pakatan Rakyat (PR) tewas.
Pilihan Raya 2013 perlu diadakan selepas mandat kerajaan BN tamat pada penghujung April.
Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan manakala 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) menjadi rebutan dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit dalam sejarah.
Setakat ini, hanya negeri Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya negeri pada 2011. -TMI
Ulasan GB
Sungguh dasyat tuduhan Najib di atas, sedangkan umum mengetahui selama ini segala desakan untuk kerajaan "membersihkan" sistem pilihanraya lansung tidak dipedulikan. Pelbagai laporan mengenai kerja-kerja SPR berjalan terus tanpa sebarang halangan.
Malah RCI Sabah yang sedang berjalan membuktikan wujudnya seperti yang diakui sendiri oleh mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir, ribuan pendatang asing telah didaftarkan sebagai warganegara dan menjadi pengundi di dalam pilihanraya di negara ini.
Itu baru di Sabah, dan kerajaan terus menyepi apabila ada tuntutan RCI ditubuhkan untuk hal yang sama di seleuruh negara.
Rakyat tidak akan bangkit jika tidak wujud sebarang hal yang mencurigakan di dalam sistem pilihanraya negara ini.
Malah jika kita tinjau, siapakah sebenarnya yang menimbulkan huru-hara selama ini jika bukan UMNO BN sendiri yang sentiasa rasa terdesak untuk mempertahankan kuaanya? Semak laporan polis, siapa baling batu, siapa baling telur, siapa baling besi, siapa turun dan contengkan bendera lawan dan seumpamanya jika bukan UMNO-BN?
Siapa yang bertindak samseng selama ini jika bukan UMNO BN? Pun begitu polis tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka kerana pihak polis berjaya dijinakkan oleh UMNO BN untuk menyebelahi pihak mereka.
Semasa negeri PR jatuh ke tangan UMNO BN seperti Terengganu di tahun 2008, ada pihak rakyat merusuh dan membuat huru hara sekalipun wujud penipuan yng dilakukan oleh SPR?
Tetapi apabila Perak jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, kamulah, Najib orang yang mendalangi rampasan kuasa di Perak.
Begitu juga halnya di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, kerajaan dan partilah yang melakukan segala bentuk sabotaj dan tindakan-tindakan untuk menekan kerajaan-kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat supaya rakyat menderita di dalam usaha kamu untuk merampas negeri-negeri tersebut dari Pakatan Rakyat!
Isu mengenai bendera Naib diturunkan... ia bukan dilakukan oleh rakyat tetapi dilakukan oleh phak berkuasa tempatan, MPSJ, yang menurut mereka penggantungan bbanner-banner itu tidak mendapat kebenaran PBT, mengapa salahkan rakyat? Apakah kamu Najib mahu rakyat tidak mematuhi undang-undang dengan memberikan contoh yang tidak baik iaitu tidak mematuhi undang-undang?
Hukum keneran dan keadilan akan tetap mengambil tempatnya. Seandainya penipuan SPR dan sistem pilihanraya terus berlaku, UMNO BN bakal dihumbankan dari Putrajaya. Rakyat akan bangkit. Apa yang berlaku pada Arab Spring yang begitu ditakui UMNO BN, ia adalah riaksi spontan rakyat, ia tidak dirancang dan tidak idalangi sesiapa, tetapi seluruh rakyat bangkit berkehendakkan pembersihan di dalam sistem pilihanraya negara mereka. Begitulah yang akan berlaku jika kerajaan UMNO BN terus memekakkan telinga supaya SPR dan sistem pilihanraya dibersihkan. Bukan Mohd Sabu, bukan Ambiga, bukan Anwar Ibrahim, buka Ust Hadi Awang, bukan Lim Kit Siang, bukan sesiapa pun yang menghasut rakyat untuk bangkit, tetapi seluruh jiwa yang suci dan bersih akan bangkit menuntut setiap yang kotor itu dibersihkan.
Demikian hukum Allah, sunnatullah namanya yang disebut hukum kebenaran dan keadilan, jika kamu tidak mengetahuinya

Tolonglah wahai Najib bubarkan segera parlimen kami tak sanggup lagi menunggu lama kerana tangan kami ini gatal sangat nak memangkah Party Pas atau PR pada masa pru ini. Tak usah cakap banyaklah jika PR berkuasa tidak akan menjadi perhimpunan besar besaran kalau anda tidak membuat penipuan gak.
BalasPadamMajoriti rakyat tahu BN akan tumbang PRU13, pelik kalau BN menang...
BalasPadamYa kami rela kalah tp kami x rela di tipu...
BalasPadamKalau dh tak yakin menang, tak mampu nak buat kojo, ko serahkanlah jawatan ko kt PR secara terhormat.Mgkn tu lbh selamat atau mgkn salah ko boleh dimaafkan. Pedulikan Madey, anak yassin yg dh terang2 tikam belakang.Kalau masih berdegil tanggunglah nanti akibatnya.Masa tu takde saper nak tolong!
BalasPadamkita dgn keluarga semuanya utk mengundikan kpd PR..jika umno/bn nak gunakan pengundi hantu insyaAllah PR akan menang juga jika pengundi2 sah Malaysia pilih PR sampai 60%...leh kalahkan umno wpun kira2 5% undi ditambahkan oleh org2 pengundi yg x sah tu ..kita mohon dan rayuan kpd tentera/polis dan seumpamanya utk undikan kpd PR juga...utk kebaikan Malaysia dan anak2 cucu kita.
BalasPadamNajib macam tahu, dia dan BN nak jadi pembangkang PRU13 nanti..insyaallah
BalasPadamMacam nasihat dan pujuk diri sendiri kerana BN nak jadi pembangkang????
BalasPadamSama-sama kita doakan kehancuran dan kemusnahan UMNO dan BN, jika menipu PRU13
BalasPadamKami orang muda nak undi pakatan rakyat, mak bapak kami dah 55 hidup susah dibawah pemerintahan BN
BalasPadamPelik bin ajaib kalau BN menang PRU13..
BalasPadamSemoga Allah menglaknat si Najib penipu ni..
BalasPadamsebelum itu..najib kene jugak menghormati majoriti keputusan rakyat yg inginkan pilihanraya adil dan tidak dicemari taktik2 yg kotor...iaitu cthnyer membersihkan senarai nama 2 pengundi....kalu tidak rakyat akan mendesak SPR pulak yg akan dibersihkan.....sbb SPR terlalu kotor dan jijik dimata rakyat yg sanggup menjadi anjing kurap UMNO/BN.....dan juga UNO/Bn kalah UMNO/BN pulak kene menghormati keputusan rakyat.....
BalasPadamSalam GB
BalasPadamHarap PAS anjurkan solat hajat sebelum GE.
Jahanamkan penipu dari SPR maupun JPN dan badan2 berkaitan yg menipu utk pilihanraya
Fread
Terima kasih Allah Taala kerana memberi brim melalui kerajaan bn
BalasPadamSekira bn menang dlm pru 13 ini maknanya Allah masih belum mengizinkan pkr memerintah . Something is going wrong somewhere. Sila muhasabah diri.
BalasPadamOrang lain Najib suruh ikut rule of law. TaPi dia pakai rule of jungle takpe. Agaknya pada mereka, Rakyat Malaysia ni takde akal, takde perasaan dan takde nilai kot.
BalasPadamMereka lupa Rakyat Malaysia bukan seperti ternakan di zoo.
Kalau najib rasa boleh menang dah lama buat PRU13, tapi sebab nak kalah terpaksa tangguh-tangguh
BalasPadamPR/Pembangkang dah kalah 12 kali dlm PRU..tak pernah pun huru hara melainkan 13 mei...yang tak pernah kalah tu BN yang takut kalah dan hilang kuasa tu BN bukanya PR. Sebelum PRU13 nie pun dah nampak BERUK-BERUK umNO buat huru-hara pada ceramah PR...BERUK-BERUK BELAAN umNO takkan buat huru hara kalau takde arahan pemimpin atasan.
BalasPadamSaya setuju 100%.
PadamAlhamdulillah bila Pakatan Rakyat menang besar PRU12 dulu dapat juga kami rasa BR1M kalau tak jangan haraplah, terima kasih Pakatan Rakyat, moga dapat ke Putrajaya
BalasPadamYahudi menang keatas orang Palestin bukan kerana mereka benar.....kalau penipu allah izin boleh menang..
BalasPadamdoa orang yang dizalimi tidak ada hijab dengan allah, jika dizalimi BN mohonlah doa kepada allah...
BalasPadam100% rakyat Malaysia memang dizalimkan oleh pemerintah skrg..kerana BN xcekap menguruskan kerajaan menjadikan harga2 Barang Naik yg menjadikan rakyat hidup jd sempit..sedangkan keluarga umno dan kroni jd kaya raya melimpah2..rakyat Muslim laksanakan solat hajat mlm hari sebelum PRU 13 ni supaya PR menang mengatasi BN .
BalasPadam