16 Feb 2013

[Edisi Menyayat Hati] Anak Diperkosa Depan Ibu


Batu Pahat: “Kami diseret 10 meter ke ladang sawit di belakang rumah sebelum anak perempuan bongsu saya dirogol seorang daripada penjenayah berkenaan,” kata seorang wanita dikenali sebagai Mah berusia 50-an di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, dua beranak itu turut dirompak dua penjenayah yang menceroboh rumah mereka di sebuah kampung di daerah ini.

Menceritakan kejadian itu, Mah berkata, mereka sedang tidur di ruang tamu rumah pusaka keluarga sebelum dikejutkan dengan kehadiran dua lelaki yang menutup muka dengan kain.

“Penjenayah yang bersenjatakan parang dan pisau itu memaksa kami mengambil barangan berharga selain berdiam diri jika tidak mahu leher dikelar.

“Mereka mengugut anak perempuan supaya menyerahkan wang dan barangan berharga atau disembelih sebelum anak menyerahkan wang simpanannya RM200,” katanya ketika.

Tidak cukup dengan itu, mereka diseret ke ladang sawit sebelum tangan diikat dan mulut disumbat dengan gumpalan selimut.

Menurutnya, dia dan anak perempuannya berusia 20-an dipisahkan empat meter sbebelum anaknya dirogol oleh seorang daripada penjenayah berkenaan.

“Tidak lama kemudian, penjenayah itu masuk semula ke rumah untuk mencari barang berharga lain.

“Selepas berjaya membuka ikatan, saya bergegas mendapatkan anak sebelum melarikan diri ke rumah jiran,” katanya.

Katanya, berikutan kejadian itu, anaknya dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, trauma dan tidak henti menangis.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parit Raja Datuk Ab Aziz Kaprawi yang turut melawat mangsa bersedia memberi bantuan bila-bila masa. -hm

3 ulasan:

  1. malaysia negara selamat kata menteri KDN...jenayah semakin meningkat PDRM sibuk pantau aktiviti PR...tumbang BN insyaallah..kehidupan / keselamatan rakyat akn lebih terjamin...undilah PR

    BalasPadam
  2. Setuju kita seluroh rakyat malaysia sokong undilah pakatan rakyat gulingkan umno bn haram jadah syaitan

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.