Urusniaga tersembunyi Boustead bolehkan Ropiah dapat RM15 juta.
PETALING JAYA 20 FEB: Kementerian Pertahanan menganugerahkan kontrak tambahan kepada Awan Megah Sdn Bhd (AMSB), milik Ketua Wanita Umno Selangor, Raja Ropiah Abdullah melalui satu surat lantikan bertarikh 26 Jun 2012.
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, urusniaga tersebut disembunyikan dari pengetahuan umum dan pemegang saham lain kerana tidak difailkan kepada Bursa Malaysia.
“Kementerian Pertahanan menganugerahkan kontrak tambahan sebanyak RM15,054,408 kepada AMSB, selain dari pembayaran RM130 juta yang pernah diumumkan sebelum ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN, petang ini.
Justeru menurut Rafizi, tindakan tersebut bercanggah dengan syarat peruntukan dalam perjanjian yang secara automatik menyebabkannya terbatal.
“Urusniaga ini dirancang dan dimeterai dengan satu tujuan, iaitu memberi durian runtuh kepada Raja Ropiah,” jelas Rafizi memaklumkan, sebagai pemegang saham minoriti, beliau akan berbincang dengan peguam untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.
“Walaupun sudah dibayar RM130 juta atas alasan mengembalikan tanah-tanah kepada anak syarikat LTAT, sebenarnya hanya 200 ekar dari keseluruhan 223.3 ekar yang akan dipindahkan kepada Bakti Wira Sdn Bhd,” dedah Rafizi lagi.
Tambahnya, perjanjian secara jelas menegaskan, 23.2 ekar tanah kekal dalam tangan Raja Ropiah, yang dijangka mencecah RM400 juta dan sekiranya pembangunan bercampur dilakukan, ia bakal mencecah nilaian RM1.5 bilion. -KD
Urusniaga LTAT beri durian runtuh kepada Raja Ropiaah, kata Rafizi PETALING JAYA, 20 Feb — Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah menerima jutaan ringgit lebih dari klausa tersembunyi dalam rancangan kerajaan persekutuan membeli tanah di Bukit Raja, kata Rafizi Ramli hari ini.
Pengarah strategi PKR itu pagi tadi dibenarkan menyemak dokumen perjanjian tanah dan mengkaji saham Boustead Holdings Bhd selepas beliau membeli saham firma tersebut.
"Saya terperanjat kerana apabila kita semak klausa itu satu per satu, sebenarnya ada banyak lagi penyelewengan yang dilindungi dari pengetahuan orang ramai dan pemilik saham," kata Rafizi dalam sidang medianya hari ini.
"Raja Ropiaah menerima keuntungan berjuta ringgit atas angin."
Boustead, syarikat yang dilaburkan oleh tabung kerajaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan tahun lalu membeli 80 peratus saham syarikat Deepak Jaikishan, Astacanggih Sdn Bhd, dan sebidang tanah bernilai RM130 juta milik Awan Megah Sdn Bhd, syarikat ketua wanita Umno Selangor Senator Datuk Raja Ropiaah Abdullah.
Selain dari RM130 juta yang diumumkan sebelum ini, Kementerian Pertahanan menganugerahkan syarikat Raja Ropiaah Awan Megah Sdn Bhd RM15 juta dalam kontrak tambahan pada 26 Jun 2012.
Awan Megah juga menerima 23.2 ekar tanah dari asal 223.2 ekar, yang berpotensi bernilai jutaan ringgit.
Sejumlah RM4 juta juga diberikan kepada Boustead kepada proksi bernama Putra Nazrain Abdul Jalil untuk membeli 20 peratus saham Astacanggih Sdn Bhd yang dimiliki peniaga permaidani kontroversi Deepak Jaikishan.
Anak syarikat Boustead, Bakti Wira Sdn Bhd mengambil alih semua komitment Awan Megah kepada syarikat pembuat plastik GuppyUnip Sdn Bhd untuk membatalkan perjanjian sebelum ini.
Dalam perjanjian sebelum ini, Awan Megah bersetuju untuk bekerjasama dengan GuppyUnip, dan pemberian kredit diberikan oleh United Overseas Bank (UOB) kepada GuppyUnip untuk membiayai modal Awan Megah berjumlah RM59.25, premium untuk perpindahan nama tanah dari kerajaan Selangor dan kos penyediaan pembangunan kawasan tersebut.
Dalam dokumen tersebut, ia juga dipersetujui Deepak tidak akan membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran Boustead.
"Ini membuktikan dakwaan saya bahawa perjanjian ini hanya mahu mendiamkan Deepak," kata Rafizi yang membuat dakwaan tahun lalu sekiranya tuduhan dibuat oleh Deepak ke atas pembunuhan model Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak dianggap serius, tidak sekali-kali LTAT akan membuat perjanjian itu.
Beliau mengulangi bahawa beliau "tidak sabar dan bersedia" menghadapi Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah selepas kes saman di Mahkamah Tinggi bulan lalu, Rafizi menegaskan Ahmad Zahid belum lagi berhadapan dengannya dengan sebarang kes mahkamah.
Pengarah strategi PKR itu berjanji akan mendedahkan lebih banyak lagi perjanjian sejak beliau mendapat banyak maklumat dari lawatan beliau ke Boustead.
"Pasti akan seronok menjelang pilihan raya ini," katanya lagi, bergurau. -TMI
Mohon PKR Insyaallah bila menjadi Kerajaan, TOLONG ujudkan unit khas untuk membicara dan merampas harta-harta rakyat yang di miliki oleh puak-puak HXXXXJXXXX secara HARAM
BalasPadamKepada rakyat Malaysia yang cintakan negara sila beri maklumat penyelewengan BN/UMNO kepada sdr Rafizi yang ternyata boleh dipercayai dan bertanggungjawab.
BalasPadamIngat Lebai Zahid tak ler macam tu, ruper ruper nye seropa depa ni ...
BalasPadamSyabas Rafizi.PKR banyak membongkar salah-laku dan rasuah UMNO hingga UMNO tak dapat jawab.Ini baru strategy serang namanya.Serang,serang,serang hingga UMNO terkangkang tak ada jawapan.Berbeda dengan PAS yang selalu buka cerita lama - Nik Abduh dengan Hari Valentinnya,Harun Taib tak sudah-sudah dengan kalimah Allah dan Harun Din pulak nak jadikan Hadi Awang PM.
BalasPadam