17 Feb 2013

[BERGAMBAR] Hassan Ali Gagal Hadir, Ezam Berdebat Sorang-sorang Atas Lori Ikan!


Debat" Rakyat kelmarin 15hb Februari 2013, di Padang Rekreasi Rakan Muda, Taman Seri Andalas dihebohkan kepada satu dunia adalah antara Penaung Waris Malaya, Ezam Md Nor lawan Presiden JATI Hasan Ali.

Tapi malangnya "pedebat" dari JATI, Hasan Ali tak nampak batang hidung. Maka terpaksalah Ezam Md Nor berdebat seorang diri diatas lori 3 tan bawa ikan.

Kelmarin dulu Ezam dengan Noh Omar "berdebat" atas lori ikan yang sama.

Pengacara "debat" tidak memberitahu alasan dan punca mengapa Hasan Ali enggan datang untuk berdebat dengan Ezam Md Nor.

Adakah dia merasakan pentas "debat" tidak sesuai dengan statusnya sebagai Presiden NGO Tiga Jalur, JATI yang "memperjuangkan" Islam, Melayu dan Raja... Wallahuakhlam Bissawab.

Kehadiran orang ramai pada amatan dan pandangan mata Omakkau ialah sekitar 150-200 orang kebanyakkannya ialah budak-budak dari Waris Malaya yang berpakaian Baju T warna putih dimana Ezam adalah Penaungnya.

Kalau beginilah cara UMNO berdebat maka istilah debat perlu digubal semula dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam kamus UMNO debat maknanya dua orang berhujah tanpa ada bangkangan. -omakkau


17 ulasan:

  1. Duit dah habis disorok oleh pemimpin2 Umno, takut keluar modal sekarang sebab gerenti tak ada pulangan lepas PRU13. Jadi terpaksalah pakai lori ikan yang sepatutnya diagihkan kepada persatuan nelayan Kuala Selangor, ihsan Kementerian Asas Tani Noh Omar.Angkut kerusia banyak2, ingatkan ribu2 datang dengar debat paling hebat antara dua tokoh ternama, rupa2 ciput saja yang datang.Jadi tak payah turunkan dari lori.Senang angkut balik.

    BalasPadam
  2. Ramainya yg pi :) elokla geng katak naik lori ikan..

    BalasPadam
  3. Bhai GB...

    Aik... bangku plastik pon masih kat atas lori... pasai aper tak diturunkan... maybe pasai dah tau takkan ramai orang datang... pasai tue la tak payah buang masa nak turunkan bangku plastik dari atas lori...

    Hahaha... lawak aaa...

    BalasPadam
  4. Perkembangan ini, ezam boleh nasihat najib bubar parlimen kerana dapat sokongan ramai

    BalasPadam
  5. Itu bukan debat namanya. yang sesuai adalah "gila talak". Maruah 10 sen aje.

    BalasPadam
  6. kg senduk bukit gantang17 Februari 2013 pada 11:00 PG

    lori yg ezam buat pentas tu lori sampah sebenarnya.... lepas debat dgn setan kutip sampah dan daun kayu... buang sampah dgn ezam2 sekali senang tak payah nak dgr lagi melalut org syg duit dari syg perjuangan

    BalasPadam
  7. nii mesti ke cirit sebab silap makan tu yg hassan jati tak leh nak mai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Debat pasai ikan lg pekdah.atas lori ikan pn jadik puak ni..kasihannn.

      Padam
  8. ini bukan debat tapi jual ubat, mari2 ini ubat bagus, tak hilang penyakit hilang duit. sebentar lagi saya akan tunjuk cara main dengan ular, tuan2 jangan balik lagi kerusi kosong banyak lg mari duduk depan jgn malu2 kalau tuan2 malu saya lebih lg malu biar kita sama2 malu memang kita jenis muka tak malu, aku pikir aku hero tp hasan hentam aku ko

    BalasPadam
  9. hasang ali pi amik kotak-kotak izam terlupa bawak ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  10. Sudahlah menampakkan kebodohan (Ezam), tanda - tanda dia tak siuman pun ada. Kalau orang yang normal dah tahu si katak (Hassan Ali) tak datang jangan continue lagi debat buang masa sahaja. Ini continue lagi. Tak apa nanti PR memerintah kami panggil Dr. Sakit Jiwa untuk periksa si Ezam ini sama ada masih ok ataupun sudah tidak siuman kerana tanda - tanda dia tidak siuman sudahpun ada.

    BalasPadam
  11. edisi terdesak,naik lori ikan.sapa pun tak mau kat amno dah.boleh blah la ezam.

    BalasPadam
  12. Hasan Ali pun takut hadir, takut kena tuduh liwat atas lori????

    BalasPadam
  13. lawak betul tengokkan si jonggos BN DUMBNO ni...atas lori 3 tan pun jadi bagi ceramah debat sorang sorang.

    macam macam sudah perangai budak budak kampong sekarang ni...hidup buat habis beras aje!

    BalasPadam
  14. kahkahkah... ini bkn debat ini berduet, ceramah... teruknya dah tua2 pn xtau mcm mana debat... dulu kat sekolah mesti x pernah belajar... kahkah dah mcm org x sekolah cara pikirnya...hmmm apa nak jd ni... ABU

    BalasPadam
  15. Ezam bawa lori, standby nak angkut barang najib dari putrajaya lepas PRU13

    BalasPadam
  16. Anonymous kat atas kata "Bukan debat tapi gila talak". Aku kata, ini bukan debat tapi "GILA MELALAK!"

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.