17 Feb 2013

Australia Juga Boleh Isytihar Najib, Hishamuddin & KP Imigresen Musuh Negara Itu


Senator Australia diusir pulang selepas ditahan 15 jam

Senator Australia Nick Xenophon telah diusir pulang pada pukul 10.30 malam ini selepas ditahan selama 15 jam di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) kerana didakwa menjadi 'musuh negara'.

Xenophon, yang mendarat di terminal LCCT di Sepang pada jam 6:40 pagi tadi dengan penerbangan AirAsia, ditahan pihak berkuasa Imigresen sebaik saja tiba.

Xenophon memberitahu akhbar Sunday Mail Australia bahawa beliau sedang ditahan di kawasan dengan semua sel tahanan penuh dengan wanita.

Katanya, beliau dimaklumkan yang beliau merupakan "musuh negara" dan akan dihantar menaiki penerbangan berikutnya untuk pulang ke negaranya.

Menurut senator itu, walaupun tidak dibenarkan membuat sebarang panggilan telefon, tetapi beliau sempat menghubungi akhbar Australia itu ketika ditinggalkan bersendirian dalam bilik soal siasat.

Ketua Kakitangan pejabat Ketua Pembangkang, Ibrahim Yaakob, yang bergegas ke LCCT untuk menguruskan perkara itu, memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai imigresen mendapati nama Xenophon telah disenaraihitamkan dalam sistem jabatan tersebut.

"Para pegawai tidak menyatakan sebarang sebab lain, tetapi Xenophon memberitahu kami bahawa dia dimaklumkan bahawa dia ialah musuh negara ini," kata Ibrahim ketika dihubungi.

Ibrahim juga berkata Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia telah tiba di LCCT dan sedang berusaha untuk menghubungi kementerian luar Malaysia.

Sementara itu, peguam Mohd Radzlan Jalaludin, yang berjaya bertemu dengan Xenophon, memberitahu Malaysiakini bahawa senator itu ditahan di bawah Seksyen 8 (3) Akta Imigresen sebagai seorang yang "dilarang '.

"Beliau baik, dilayan dengan baik. Mereka sediakannya makan tengah hari, "katanya.

Akan dihantar pulang

Menurut AFP, Menteri Luar Australia Bob Carr berkata pegawai Australia telah berhubung dengan Xenophon, serta menteri luar dan menteri dalam negeri Malaysia, dan sedang mengusahakan 'pembebasanya' dengan segera.

"Penahanan Senator Xenophon adalah satu tindakan yang mengejutkan dan mengecewakan dari sebuah negara yang Australia sentiasa mengekalkan hubungan diplomatik yang kukuh," katanya dalam satu kenyataan.

Senator bebas adalah sebahagian daripada delegasi empat anggota Australia yang mengambil inisiatif untuk meneliti sistem pilihan raya Malaysia selepas kerajaan Australia menolak permohonan Anwar mendapatkan pemerhati bebas bagi memantau pilihan raya umum akan datang.

Tiga lagi anggota delegasi itu ialah MP Mal Washer, Senator John Williams, dan MP Steve Georganas.

Delegasi itu dijadualkan bertemu dengan Anwar pada hari Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz pada hari Selasa, serta NGO lain dan ahli parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka masih belum berlepas ke Malaysia.

Menurut Ibrahim, mereka telah memutuskan untuk membatalkan lawatan mereka selepas apa yang berlaku kepada Xenophon.

"Ini akan menjejaskan nama Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.

Xenophon menghadiri perhimpunan BERSIH 3.0 tahun lepas sebagai pemerhati antarabangsa dan turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan, yang menyuraikan peserta demonstrasi menuntut reformasi pilihan raya itu.

'Arahan dari atas'

Xenophon memberitahu ABC News 24 Australia bahawa beliau tidak menjangka akan ditahan semasa ketibaannya di Kuala Lumpur.

Katanya, pegawai imigresen berkenaan "sangat sopan" tetapi mereka memberitahunya bahawa mereka menerima "arahan dari atas" untuk menahannya.

"Saya mendapatinya luar biasa. Saya pernan ke sini sebelum ini [dan] Saya telah membuat kenyataan mengenai keadaan demokrasi di Malaysia sebelum ini.

"Tetapi pada kali ini jelas seseorang yang berkuasa dalam kerajaan Malaysia tidak mahu saya di sini," katanya.

Xenophon cemar imej Malaysia

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad berkata dalam mesej teks kepada AFP bahawa Xenophon telah "mencemarkan imej negara ini" dan telah diklasifikasikan sebagai "pendatang yang dilarang".

Beliau kemudian menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa Xenophon telah disenaraihitamkan kerana beliau menghadiri "protes jalanan haram" di Kuala Lumpur tahun lepas.

"Malaysia adalah sebuah negara yang bebas dan demokratik, tetapi tiada siapa yang mengatasi undang-undang. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap mana-mana individu yang dianggap telah melanggar undang-undang negara," kata Alias.

"Xenophon telah memasuki Malaysia untuk beberapa kali sebelum ini dan dia telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti haram yang melanggar undang-undang Malaysia," katanya dalam kenyataannya.

Alias menjelaskan bahawa senator itu juga didapati telah membuat dakwaan tidak berasas dan menyebarkan pembohongan mengenai Malaysia.

"Larangan masuk terhadap Xenophon adalah prerogatif kerajaan Malaysia, selaras dengan undang-undang dan perlembagaan negara," katanya.

Xenophon berkata beliau menghadiri perhimpunan reformasi pilihan raya April lalu sebagai pemerhati sambil mengkaji sistem pilihan raya Malaysia.

"Ia nampak seolah-olah bahawa kerajaan takut diteliti," katanya melalui telefon dari lapangan terbang.

"Ini dalam fikiran saya mengesahkan bahawa mereka (pilihan raya) tidak akan menjadi adil".

Ulasan GB

Tindakan pihak Imegresen menahan dan mengusir senator Australia, Xenophon adalah satu tindakan bangang yang mengandungi risiko yang besar. Ia amat mencemar imej negara kerana hanya dengan mengistiharkan beliau sebagai "musuh negara".

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Bagaimana jika di satu hari nanti, ada rakyat Malaysia dihalang masuk ke Australia semata-mata kerana diisytiharkan musuh negara berkenaan?

Malah tau nanti Najib, Hishamuddin Tun Hussein dan Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad ditahan di mana-mana negara asing terutama Australia kerana sebab diisytriharkan musuh negara berkenaan!

What goes round turns around!

10 ulasan:

  1. Saya harap bukan sahaja Australia ishtihar diaorang sebagai musuh negara bahkan seluruh negara kerana diaorang ini terlibat dengan Rasuah excpecially Najib yang kes Rasuah sampai ke Perancis. Saya harap apabila PR memerintah labelkan juga Rasuah sebagai musuh no.1 negara dan Dunia selain daripada Dadah.

    BalasPadam
  2. SEMUA CAWANGAN DAN BAHAGIAN UMNO BUBAR KEMUDIAN MASUK PAS, UMAT ISLAM DAN MELAYU AKAN BERSATU...

    BalasPadam
  3. taktik penyamun ajak orang sertai kumpulan penyamunnya

    BalasPadam
  4. Buat tuan Greenboc

    Masalah kemasukkan orang putih tu ke Malaysia tidak akan timbul dan disekat jika hanya sebagai pelancong biasa. Tapi kalau dah datang berkali-kali dan turut serta mengkritik hal ehwal dalaman sesebuah negara maka sebagai penguasa tentunya memandang serius apa lagi dalam keadaan hampir dengan PRU . Jangan pula terlajak sudu dari kuah.

    Dan kalau orang putih tu tidak cuba mencampuri hal ehwal sesebuah negara tentunya tiada sekatan sedemikian. Tapi cuba tuan greenboc campur urusan sesebuah negara dan berdemo sama seperti yang dibuat oleh orang putih tu...maka mana negara yang boleh tuan tunjuk membuka ruang untuk tuan masuk dengan pasport tuan.

    Jadi jangan calitkan rakyat biasa dengan kes ini sebagai "musuh Austarlia"...kita dengar pandangan dari kerajaan mereka sendiri bukan dari orang perseorangan macam orang putih tu..yang datang bukan sebagai wakil kerajaan dari keputusan Parlimen mereka.......walahualam

    BalasPadam
  5. pakcu rantau panjang

    Apa sebenarnya kesalahan Xenophon?
    Beliau hanya datang kemari "membuat tinjauan" terhadap perhimpunan Bersih. Dan beliau membuat kritikan terhadap kerajaan Malaysia kerana bertindak ganas terhadap peserta BERSIH sehingga beliau sendiri turut menjadi sasaran gas pemedih oleh polis anti-rusuhan.

    Tiba-tiba kerajaan Malaysia menganggap beliau "musuh negara"!

    Hukum kebenaran dan keadilan tetap berlaku bahawa: kerajaan yang tidak mengamalkan keadilan dan menyembunyikan kebenaran akan terhumban juga akhirnya.

    Pakcu RP boleh simpan kata-kata saya ini.

    BalasPadam
  6. mcm2 alasan bodoh dan bangangg kerajaan bg utk tutup pekung mereka...pecacai ameno boleh la telan bulat2 apa pemimpin ameno ckp...lain2 sory...

    BalasPadam
  7. Masalahnya kalau sekiranya berlaku apa-apa terhadap malaysia, misalnya.. diboikot, di tutup pintu perdagangan, atau diserang dan sebagainya siapa nak dipersalahkan, Rakyat atau pemimpin ? Atau apakah rakyat patut menerima segala risiko yang telah dilakukan oleh para pemimpin yang jahil, atau dek kerana kebodohan pemimpin dalam mengurs tadbir Negara?

    Kalau itulah caranya, maka bangkitlah wahai rakyat..., marilah kita sama-sama menukar kerajan yang sedia ada dengan kerajan yang baru. yang masih fresh!...tidak ada rasuah, salah guna kuasa, rakus, bobrok, jahil dan tidak ada penyelewengan.

    BalasPadam
  8. Bior namo nogaro den terjOjas, asalkan jangan periok nasi den ha ha ha. ABU.....

    BalasPadam
  9. Pakcu Rantau Panjang tuu sedar ke apa yg dia cakapkan tuu?

    Nak tunggu kerajaan BN beri penjelasan, tapi bila?

    Orang putih tuu datang dengan tiada bersenjata apa2 pun, just bersama dengan Bersih 3.0 sebagai pemerhati pun BN nak takut ke?

    Pakcu Pakcu.......harap KEBODOHAN orang semacam Pakcu nie akan berubah akhir nanti. kenali dahulu siapa dia SYAITAN yg dikenali!

    Aku (Warfitnah) tak menyebelahi mana2 pihak dan aku suka selidik kedua-duanya sekali, so the result is, BN lah yg semacam mengelabah sekarang ini. KALAU BENAR APA YG NAK DITAKUTI....

    Akhir zaman ini yg mana kerajaan yg memerintah adalah zalim dan jahil, akan tiba masanya kebangkitan di Malaysia menyahut Gelombang Kebangkitan di Asia Barat, ALLAHU AKBAR !!!

    BalasPadam
  10. Hakim dah isyitiharkan perhimpunan Bersih tu tak haram.. so ape masalahnyer?

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.