22 Feb 2013

5,000 Rakyat Pelbagai Kaum Julang Plakad ‘Anwar PM Ke-7′ Di Klang


Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim pada ceramah perdana Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Rakyat, Taman Sri Andalas, Klang disambut meriah dengan plakad ‘Anwar PM ke-7′.

Ketua Umum KEADILAN itu tiba ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sedang berucap sekitar jam 11 malam sebelum Menteri Besar Selangor itu mengumumkan ketibaan Anwar.

Berikutan itu, rakyat baik Melayu, Cina dan India menjulang plakad berkenaan dengan disertai gema sorakan sebelum Anwar bergambar kenangan dan memulakan ucapan.

Plakad itu disediakan atas inisiatif Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri yang diedar kepada sebahagian dari lebih 5,000 hadirin.

Turut berucap pada program itu ialah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid; Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifly Ahmad dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.

Anwar pada 17 Februari lalu disambut dengan plakad yang asalnya disediakan untuk Datuk Seri Najib Razak tetapi orang ramai mengubahsuaikannya kepada ‘I Love (New) PM’.

Ia berlaku pada majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di Kolej New Era di Kajang yang dihadiri Najib secara berasingan. -KD


3 ulasan:

  1. Adakah rakyat mahukan Najib lagi menjadi PM Malaysia? atau Adakah rakyat inginkan Malaysia Bernafas Baru?

    BalasPadam
  2. Tahniah atas inisiatif mengeluarkan plakad. Tapi saiznya agak besar dan fokus pada DSAI dan PR. Kurang best.

    Perlu fokus pada PR. plakad boleh diguna seluruh negara ( sila lihat plakad OBAMA)

    Elok di buat lebih kecil dan mewakili PR. boleh guna perkataan TUKAR atau UBAh. biar ada 3 logo.

    Plakad itu boleh dijual pada penyokong parti.

    BalasPadam
  3. Syabas PKR.Memang rakyat maukan DSAI jadi PM bukan Hadi Awang atau Ku Li sebagaimana yang dihasratkan oleh Harun Din.

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.