Dalam heboh Umno menakut-nakutkan kaum Cina agar membenci PAS, 10 orang anak muda kaum Cina telah menyertai program berbasikal anjuran Dewan Pemuda PAS Gombak semalam.
Bertempat di Taman Metropolitan, Kepong mereka antara 30 peserta membuat kayuhan di taman itu sempena pelancaran Alternative Cycling Club (ACC) yang ditubuhkan oleh Lajnah Sukan dan Kebudayaan (Dacs) Pemuda PAS Gombak.
Salah seorang peserta, Thai Choo Swee yang datang bersama keluarganya berkata, beliau begitu gembira dan teruja kerana dapat bersama-sama pemuda PAS dalam aktiviti tersebut.
"Saya mendapat tahu program ini daripada rakan-rakan saya bangsa Melayu. Jika ada lagi program sebegini, saya mesti akan sertai lagi," katanya.
Program seperti ini adalah kali pertama dianjurkan oleh Dacs dan Dewan Pemuda PAS Gombak sebagai tarikan kepada anak muda zaman sekarang.
Ternyata, program tersebut semalam bukan sahaja menarik anak muda Melayu Islam malah turut menarik minat bukan Islam khususnya masyarakat Tioghua.
Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Gombak Syarhan Humaizi berkata, penyertaan buakn Islam ke program itu semalam membuktikan bahawa PAS sebenarnya sudah menjadi parti massa yang diterima semua kaum.
Malah katanya, propaganda serta momokan oleh pihak Umno yang cuba menakut-nakutkan bukan Islam kepada PAS ternyata gagal.
"Alhamdulillah, ketika orang lain sedang sibuk menakut-nakutkan kaum Cina kepada PAS, mereka bukan semakin takut, tetapi mereka sebenarnya semakin dekat mengenali Parti Islam Se-Malaysia PAS", katanya ketika merasmikan kelab berkenaan.
Beliau juga mengharapkan anak muda dapat menyertai pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan pada masa akan datang.
Kelab berkenaan merupakan kelab ke-3 yang telah ditubuhkan oleh Pemuda PAS Gombak selepas Alternative Riding Club (ARC) dan Alternative Photography Club (APC) untuk mendekati anak muda Gombak.
Turut diadakan bersama semalam program 'Outing Fotografi' bersama APC Gombak ditempat yang sama dan telah menarik lebih kurang 40 orang penyertaan. -pemudagombak
Teringat kata Ustaz zaharuddin di dalam ceramah 'Forum Cinta rasul' di Shah Alam. Apabila musuh Islam menghina Islam dan bersabar atas penghinaan itu, sesungguhnya mereka sebenarnya membuka ruang simpati pihak2 lain (kaum kafir) terhadap umat Islam dan parti mereka. Sesungguhnya Islam itu dibantu oleh tangan-tangan orang yang Fajir. MasyaAllah.
BalasPadamPAS,PKR DAN DAP KAWAN BAIK, UMNO MUSUH UTAMA RAKYAT, PEMIMPIN UMNO KAYA RAYA, RAKYAT KAYAP...
BalasPadam