Kumpulan pelajar cabar Sharifah berdebat dengan Bawani
Kesal dengan apa yang telah berlaku sewaktu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) Disember lalu, sekumpulan pelajar mencabar Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berdebat dengan pelajar UUM, KS Bawani.
Kumpulan itu memberitahu satu sidang akhbar bersama Bawani hari ini bahawa siri debat dan forum sedang dirancang untuk bincangkan isu pendidikan percuma.
Bawani sendiri telah mengesahkan akan menghadiri dua daripada program tersebut dan berharap Sharifah akan hadir sama.
"Kami akan mengadakan satu bengkel mengenai pendidikan percuma pada 26 haribulan ini, Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
"Saya juga menjemput Sharifah untuk datang dan membincangkan isu itu dengan kami," kata pelajar undang-undang tersebut yang menjadi popular selepas video Sharifah menegurnya sewaktu forum anjuran SW1M di UUM bulan lalu, tersebar di di Internet.
Satu lagi program yang akan dihadiri Bawani ialah forum anjuran Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Dengan tajuk "kebebasan akademik dan hak asasi manusia", forum itu juga telah mengesahkan kehadiran bekas profesor undang-undang Abdul Aziz Bari dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Maszlee Malik.
Seorang wakil dari SAMM, Wan Noor Faril Azli, berkata pihak penganjur telah menghantar jemputan ke pejabat SW1M beberapa hari lalu, dan mereka akan ke sana lewat petang ini untuk menyerahkan jemputan rasmi kepada Sharifah.
NGO lain yang menghadiri sidang akhbar hari ini ialah Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Kumpulan Mahasiswa Unisel, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) dan Rangkaian Rakyat Tertindas (Jerits).
Sebagai menunjukkan sokongan kepada Bawani, mereka juga menuntut Sharifah memohon maaf secara terbuka atas pelakuannya terhadap Bawani sewaktu forum di UMM bulan lepas.
Bagaimanapun, Bawani berkata permohonan maaf tidak penting baginya. -mk

Ada ke dia berani nak pergi ke majlis orang.Dah menikus agaknya SiMinah tu.Mesti dibawanya wanita serumpun dengannya Penternak lembu 250 juta sebagai bodygurd.
BalasPadamSaya rasa Syarifah akan takut berdebat seperti mana Najib yang takut berdebat dengan Anwar. Dia sendiri pun dapat menjangkakan dia akan kalah teruk jika berdebat dengan Bawani.
BalasPadamTak payah pergi kerana dah banyak dah debat dengsn puak puak ini. Kalau di bacakan hadith sekali pun dia tak mahu dengar, inikan pula pendapat atau buah fikiran kita.
BalasPadamPotong telinga lh klu minah berani..pasti kecut bila debat..
BalasPadamPengerusi SW1M kau jangan berdolak dalih untuk berdebat. Berdebat untuk membukti kredibiliti kau dan supaya orang tak panggil kau sebagai PENAKUT.
BalasPadam