5 Jan 2013

UMNO BN Lesapkan RM207 Billion Wang Pampasan Buruh Paksa


Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu sudah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, mengesahkan bahawa Tokyo sudah menyerahkan wang tersebut dari awal 1990an hingga tahun 2004.

“Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

“Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut),” kata beliau, dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Menurut Suegami, pihaknya tidak mengetahui bagaimana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu.

Bagaimanapun, beliau berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak, yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Sekretariat itu ditubuhkan untuk mencari waris kepada mangsa yang dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan laluan kereta api dari Siam ke Burma semasa Jepun menjajah Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta Tokyo memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta Tokyo menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

“Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

“Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami,” katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepun berkenaan.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, Tokyo membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

“Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa.

“Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946,” katanya lagi.

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga AJK PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

5 ulasan:

  1. BARUA UMNO-APCO MANA DAH SONGLAP DUIT TU ? DUIT MANFSA KERAJAAN JEPUN KEATAS BURUH PAKSA SENANG-SENANG PEMIMPIN-PEMIMPIN PARTI DAJJAL SEKUTU APCO SELEWENG ? SIASAT SAMPAI KELOBANG CACING BARUA MANA TERLIBAT ! ABU !

    BalasPadam
  2. 1. Diminta wakil-wakil daripada anggota PR berkumpul dan berjumpa dengan hasan ali dan mufti harusani untuk bertanyakan hukum dalam Islam tentang melambat-lambatkan atau menyenyapkan pemberian kepada yang berhak.

    2. Diminta diadakan satu forum tertutup diantara nizar dengan pihak tidak berkepentingan seperti mufti-mufti berkaitan hukum melambat-lambatkan pemberian ganti rugi RM207 bilion kepada 30 000 mangsa buruh paksaan jepun tersebut.

    3. Diminta nizar mewakilkan kepada Rafizi Ramli untuk membuat pengumuman tergempar di malaysia dan di jepun tentang hal RM207 bilion ini agar tindakan peringkat antarabangsa dapat dilaksanakan.

    4. Diminta supaya keturunan 30 000 mangsa, kaum keluarga, sahabat handai, sanak sedara dan keturunan-keturunan mereka mengundi PR supaya mereka mengetahui di manakah sebenarnya wang pampasan itu telah disimpan, dilabur atau dileburkan, apabila PR memerintah Malaysia pada tahun 2013 nanti.

    5. Diminta nizar dan rafizi pergi sendiri dan berjumpa dengan kerajaan jepun dan mahkamah jepun untuk menyelidik perkara ini serta membuat laporan kepada mahkamah jepun jika ada unsur penipuan dan salah guna wang pampasan telah dilakukan oleh KERA jaan malaysia.

    BalasPadam
  3. Sebahagian wang pampasan itu telah digunakan untuk 1. Pembinaan KLCC 2. Bailout kroni 3. Jolly 4. Judi

    BalasPadam
  4. Macai UMNO bermain api,
    Buruh paksa terbakar hati,
    Air mata darah bercampur keringat,
    Duit pampasan milik UMNO.

    UMNO mengkhianati rakyat sendiri. Menyalak sanasini ketuanan Melayu, melayu bersatu, tapi hak rakyat sendiri dia rampas.

    BalasPadam
  5. desakan ahli amnu pengkalan chepa mintak dali hussin letak jawatan...
    desakan ahli amnu pengkalan chepa mintak dali hussin letak jawatan...

    BalasPadam

Oleh kerana terlalu ramai yang menyalahgunakan ruangan komen untuk tujuan mengeluarkan kata-kata kesat, mencarut, maki hamun dan bahasa yang tidak murni, semua komen akan disemak dahulu sebelum dilulusterbitkan.