Berhijab Penuh: Siti Nurhaliza Tunai Janji Dengan Fans Manis bertudung litup sejak menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-34 pada 11 Januari lalu, penyanyi tersohor Dato’ Siti Nurhaliza Taruddin mengesahkan bahawa keputusannya untuk berimej sopan dengan berhijab penuh itu dilakukan dengan kerelaan hatinya sendiri.
Malah, Siti Nurhaliza berkata sudah tiba masanya dia menunaikan kata-kata serta janjinya selama ini yang mahu berhijab penuh sebaik sahaja pulang daripada menunaikan Haji di Kota Suci Mekah tidak lama dulu.
“Inilah doa daripada orang ramai dan peminat. Saya pernah kata dulu yang saya akan berhijab penuh, dan kini saya tunaikan jua. Alhamdulilah pada hari jadi saya yang ke 34 yang kebetulan jatuh pada hari Jumaat saya mengambil keputusan untuk berhijab penuh,” katanya ringkas yang tidak berniat untuk mengulas lanjut.
Siti Nurhaliza ditemui murai.com.my di majlis resepsi ketiga penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex dan Leuniey di Hotel Royale Damansara, malam semalam.
Pada majlis yang berkonsepkan English itu, Siti telah menyumbangkan sebuah lagu untuk kedua-dua mempelai yang berjudul Kengan Terindah dendangan Samsons.
Mengenakan gaun berwarna cokelat lembut atau nude colour rekaan pereka fesyen kegemarannya, Rizman Ruzaini, penampilan Siti itu telah dipadankan dengan tudung litup dari rona serupa.
Bukan sekadar tudung dan gaun dari rona serupa, dia turut memadankan penampilan mempesonanya itu dengan clutch serta tumit tinggi warna yang sama. -murai
Ulasan GB
Semuga Datuk Siti istiqamah dengan tindakannya memakai tudung penuh tersebut.
Itu yang pertama. Yang kedua semuga Datuk Siti mensucikan niat bertudung penuh itu kerana Dia, bukan dikeranakan dengan kerana-keranan yang lain.
Semuga kehidupan Datuk Siti sekeluarga dilimpahi hidayah, inayah, perlindungan dan rahmatNya.
semuga ct dapat membezakan memakai tudung dgn menutup aurat>
BalasPadamlakukan kewajipan dengan penuh keinsafan. perkara yg dah lepas ishtighfar banyak2 kepada Allah minta keampunan. Allah kasihkan orang bertaubat dan meminta keampunan dariNya. Tidak kira siapa kamu... Artis terkenal ke, dato ke.. atau siapa saja tidak akan terlepas di hari pengadilan kelak... KH
BalasPadamkerana ALLAH bukan sekadar fesyen
BalasPadamteringat ceramah ustaz zazan di ikim radio,malaikat yg jaga neraka bengis dan total comitment dgn tugas,pendek kata no rest hukum terus,kerdil rasanya,bak kata bukan
BalasPadammelayu mudah lupa tapi seluruih manusia mudah lupa,ianya hampir di usia akhirat,bayangkan nabi Adam,detik syurga dan dunia jauh berbeda,dah lupalah,sehari di sana bersamaan.......berapa ribu tahun
di dunia ya tolong ingatkatkan sapa tahu,,,dah lupa,lupa lupa lupa, manusialah katakan lupa tntang hukuman...........Allahhualam
Kak CT ni kira ok, zaman dia mula2 popular dulu2, dia dlm kategori decent, tapi sejak kaya & bnyak bergaul dgn UMNO, tu yg menyerlah imej UMNO nya tu.
BalasPadamAlahai kak CT. Lupakan lah UMNO tu yg membawa balik ke zaman jahiliah.
Elok sangat btudung. Lg la elok sama2 kita sokong parti yg pjuangkn agama ye x?
BalasPadam